LAMAN UTAMA (original) (raw)

Tahniah Kepada Wakil KMM di KonPPI-4

Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dengan bangganya mengucapkan tahniah kepada para peserta yang telah berjaya meraih pelbagai kejayaan cemerlang di Konvensyen Penyelidikan, Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community-PLC) dan Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi KPM Kali Keempat Tahun 2024 (KonPPI-4 2024) yang telah berlangsung pada 18 hingga 20 Ogos 2024.

Para peserta KMM telah menunjukkan prestasi yang luar biasa dalam pelbagai kategori, sekaligus mengharumkan nama kolej. Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, dedikasi, dan semangat inovatif yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat. Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan akademik dan kreativiti para pelajar, tetapi juga membuktikan bahawa KMM terus melahirkan bakat-bakat muda yang berdaya saing di peringkat nasional.

Pengarah KMM, Tuan Mohd Azeli Bin Abdul Latif, turut menyampaikan ucapan tahniah kepada para peserta dan para pensyarah yang telah memberikan bimbingan dan sokongan. Beliau menekankan bahawa pencapaian ini akan menjadi inspirasi kepada warga KMM yang lain untuk terus berusaha dan mengembangkan potensi mereka dalam bidang akademik dan inovasi.

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada semua peserta KMM yang telah berjaya di KonPPI-4. Semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong untuk terus mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa akan datang.