Sekolah Menengah Sains Rembau (original) (raw)
Saluran Komunikasi SEMESRA
Untuk makluman semua,
Blog ini akan berhenti beroperasi dari dikemaskini berkuatkuasa serta-merta. Untuk perkembangan terkini dan berita terbaharu SEMESRA, tuan/puan boleh mengikutinya melalui saluran komunikasi rasmi SEMESRA iaitu:
FACEBOOK:
INSTAGRAM:
TWITTER:
Teruskan sokongan anda di saluran-saluran komunikasi SEMESRA yang baharu ini. Jumpa di sana!
Pendaftaran Tingkatan 1 2018
Selamat datang diucapkan ke Zealous Cycle 3 yang baharu sahaja mendaftar masuk sebagai warga SEMESRA. Seramai 80 pelajar lelaki dan 81 pelajar perempuan telah mendaftar sehingga pukul 1 petang tadi.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang baharu mendaftar pada hari ini. Sesungguhnya anda sangat bertuah kerana terpilih memasuki sekolah berasrama penuh. Semoga anda akan terus cemerlang di bumi SEMESRA ini.
Facebook Rasmi SEMESRA
Untuk makluman warga SEMESRA,
Kini SEMESRA mempunyai satu lagi saluran informasi rasmi iaitu di facebook. Makluman terkini mengenai sekolah akan turut dimuatnaik di sana. 'Like' page untuk mengikuti perkembangan terkini sekolah.
Sekian, harap maklum.
Selamat Datang Puan Zainah bt Ahmad Sisman, Pengetua baharu SEMESRA
Majlis sambutan telah diadakan bagi meraikan pengetua SEMESRA yang baharu Puan Zainah binti Ahmad Sisman ke SEMESRA. Beliau merupakan pengetua yang ketiga bagi sekolah ini.
Tahniah puan atas kenaikan pangkat menjadi pengetua baharu SEMESRA. Semoga kehadiran puan akan terus dapat membawa SEMESRA ke peringkat yang lebih gemilang.
Gotong Royong Perdana Blok Akademik
Hari ini telah diadakan Gotong Royong Perdana bagi blok akademik. Gotong royong dimulakan dengan sesi penerangan mengenai perjalanan aktiviti dan seterusnya pelajar-pelajar bersama guru-guru mereka memulakan aktiviti membersih, mengemas dan menghias bilik masing-masing.
Semoga para pelajar SEMESRA dapat memastikan kelas-kelas sentiasa bersih dan ceria bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.