Khairunnas Rahmatan | The National University of Malaysia (original) (raw)
SYARIE COUNSEL
017-3565887
Supervisors: CONTACT ME FOR ANY QUESTION
Phone: 0173565887
less
Related Authors
Kolej Universiti Islam Sains & Teknologi (KUIST)
Uploads
Papers by Khairunnas Rahmatan
Pada masa kini, gejala jenayah kian meningkat diseluruh dunia termasuklah Malaysia. Hari demi har... more Pada masa kini, gejala jenayah kian meningkat diseluruh dunia termasuklah Malaysia. Hari demi hari berita-berita yang tersebar di media-media sosial tentang gejala jenayah semakin rancak berlaku di Malaysia. Contohnya, baru-baru ini di Johor Bahru digemparkan dengan jenayah 'Suami tetak tangan dan kaki isteri akibat cemburu', di Pulau Pinang dilaporkan tentang 'Polis menahan 2 individu, cari 3 lelaki bantu kes bunuh Myanmar', dan lain-lain. Justeru itu, pada masa kini pihak-pihak yang telah diberikan kuasa oleh undang-undang negara untuk membanteras gejala jenayah berusaha sedaya upaya dengan apa-apa cara sekalipun bagi membendung daripada gejala jenayah berkurangan setiap hari. Pihak-pihak yang diberi kuasa boleh melaksanakan segala kuasa yang diberikan kepada mereka seperti melakukan siasatan, penggeledahan, tangkapan, dan lan-lain. Namun, setiap kuasa yang diberikan kepada mereka perlulah dilakukan dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Penggeledahan merupakan salah satu tatacara yang terkandung dalam setiap peruntukkan yang dikuatkuasakan oleh undang-undang jenayah di Malaysia, sama ada jenayah sivil mahupun jenayah syariah. Penggeledahan jika melibatkan jenayah sivil pihak yang boleh melakukan penggeledahan adalah pihak polis, manakala jenayah syariah dilakukan oleh penguatkuasa agama. Namun, wujudkah perbezaan pandangan terhadap kuasa penggeledahan yang diberikan oleh undang-undang kepada pihak polis dan penguatkuasa agama berdasarkan peruntukkan dalam undang-undang jenayah di Malaysia dan hukum-hukum berdasarkan dalil-dalil serta pandangan para Ulama berkaitan dengan penggeledahan, sama ada dibenarkan dalam Islam atau sebaliknya? Oleh itu, kajian ini dilakukan demi untuk mendapatkan jawapan yang sebenar berkaitan tentang penggeledahan yang dilakukan oleh pihak polis dan penguatkuasa agama sama ada dibenarkan dalam Islam atau tidak? Dan jika dibenarkan, adakah ianya mampun menjaga kemaslahatan umat pada masa kini atau sebaliknya.
ABSTRAK Kajian ini membincangkan prosedur permohonan bagi mendapatkan surat kuasa tadbir di Unit ... more ABSTRAK Kajian ini membincangkan prosedur permohonan bagi mendapatkan surat kuasa tadbir di Unit Pusaka Kecil (JKPTG). Apabila disebut harta pusaka kecil maka tergambarlah kepada kita bahawa ia melibatkan harta yang ditinggalkan oleh si mati tanpa wasiat yang terdiri daripada harta tak alih sahaja atau campuran antara harta tak alih dan harta alih yang jumlah nilainya tidak melebihi RM 2 Juta pada tarikh permohonan dibuat, seperti mana yang dinyatakan dalam subseksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 Pindaan 2009. Justeru, kajian ini akan meneliti apakah kepentingan surat kuasa tadbir itu sendiri dan yang terutamanya mengkaji bagaimana prosedur bagi mendapatkan surat kuasa tadbir ini bemula daripada peringkat tuntutan, perbicaraan dan sehinggalah surat kuasa tadbir itu diperolehi. Selain itu, kajian ini juga akan meneliti siapakah waris-waris yang berhak membuat permohonan surat kuasa tadbir seterusnya melihat proses-proses yang perlu dipenuhi dan dilengkapi oleh waris disetiap prosedur tersebut. Semua proses ini akan dijalankan mengikut kaedah-kaedah dan tatacara yang telah ditetapkan. Diharapkan dengan adanya penulisan ini sedikit sebanyak membantu kita mengetahui dan memahami proses-proses dan prosedur yang yang perlu dilalui untuk membuat permohonan pusaka kecil dan pemilikan Surat Kuasa Tadbir itu sendiri.