Abdul Latiff Ahmad - Academia.edu (original) (raw)
Papers by Abdul Latiff Ahmad
Jurnal Wacana Sarjana, Jun 30, 2019
Jurnal Wacana Sarjana, Sep 30, 2020
Terdapat peningkatan terhadap bilangan para pelajar yang melanjutkan pengajian mereka ke luar neg... more Terdapat peningkatan terhadap bilangan para pelajar yang melanjutkan pengajian mereka ke luar negara. Fenomena ini secara tidak langsung dapat memberi peluang yang besar dalam meningkatkan kebolehpasaran diri dan kemampuan yang tinggi untuk mempelajari dan menerima budaya baru. Namun begitu, proses untuk melanjutkan pelajaran ke negara asing ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi sesetengah pelajar disebabkan oleh beberapa faktor peribadi, persekitaran dan budaya. Kajian ini dijalankan bagi meneroka proses adaptasi wanita Melayu yang pernah melanjutkan pelajaran di United Kingdom, serta proses penyesuaian semula setelah kembali ke Malaysia. Pengkaji telah memilih Model Lekuk-W oleh Gullahorn dan Gullahorn (1963) untuk meneliti setiap cabaran dan proses adaptasi dengan lebih mendalam. Model bermula daripada fasa bulan madu, fasa kejutan budaya, fasa penyesuaian, fasa pengasingan mental, dan akhir sekali fasa penerimaan dan integrasi. Bagi memastikan data yang diperolehi itu sah dan relevan, sesi temu bual mendalam yang melibatkan lima (5) orang wanita Melayu telah dijalankan. Berdasarkan jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh informan, dapat dibuktikan bahawa kesemua pelajar wanita Melayu di dalam kajian ini telah berjaya melalui proses adaptasi semasa melanjutkan pelajaran di United Kingdom, walaupun menghadapj kesukaran atau cabaran dari aspek akademik, sosial dan agama. Begitu juga dengan proses penyesuaian setelah pulang ke tanah air, informan tidak mengalami sebarang kesukaran untuk beradaptasi dengan budaya asal mereka. Pembinaan hubungan dengan komuniti Malaysia dan pengekalan dalam mengamalkan budaya Melayu semasa menetap di luar negara selama tiga tahun telah menyebabkan mereka tidak mengalami kejutan budaya terbalik. Melalui kajian ini juga, pelajar tidak mengalami sebarang serangan yang berbentuk Islamofobia daripada masyarakat tempatan. Malah, pelajar wanita Melayu mempunyai hubungan yang baik dengan mereka. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa penghijrahan pelajar wanita Melayu ini telah memberi impak yang positif kepada diri mereka.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 2022
Setiap individu yang bermigrasi ke tempat baharu akan mengalami proses adaptasi antarabudaya. Ini... more Setiap individu yang bermigrasi ke tempat baharu akan mengalami proses adaptasi antarabudaya. Ini termasuklah populasi yang bermigrasi secara paksa (forced migration). Populasi orang pelarian dan pencari suaka merupakan populasi yang bermigrasi secara paksa ekoran faktor-faktor seperti penganiayaan, konflik, keganasan, atau pelanggaran hak asasi manusia di negara asal mereka. Sama seperti populasi yang bermigrasi secara suka rela (e.g., golongan profesional dan pelajar antarabangsa), orang pelarian dan pencari suaka juga akan mengalami proses adaptasi antarabudaya di negara tuan rumah (negara transit atau penempatan semula). Pengalaman adaptasi antarabudaya golongan terpinggir dan rentan (marginalised and vulnerable) ini bukanlah sesuatu yang mudah. Artikel ulasan ini bertujuan untuk meneroka cabaran dan isu utama yang dialami oleh populasi orang pelarian dan pencari suaka semasa menyesuaikan diri di negara tuan rumah. Kajian-kajian terdahulu berkaitan populasi orang pelarian dan pe...
Akademika, 2020
The trends in higher education have changed tremendously over the past decade. Knowledge is now a... more The trends in higher education have changed tremendously over the past decade. Knowledge is now an asset that moves between countries. The profound effort generates the globalization of universities, students and niche research. Hence international mobility program are gaining popularity as it gives significant outcomes for its students who had experienced mobility exchange. It is apparent that mobility had prepared the students to contribute to the global workforce, establish global networks and join the brain global circulation. Mobility exchange is seen to be the driving force for the students who are not able to study abroad to obtain an international degree. It is also seen to be giving opportunities to students to become “international” or global by studying abroad for a semester, which is more affordable for most students. Realizing the importance of mobility exchange, ASEAN have now taken the initiatives to encourage mobility among students. The students are going to exchang...
The influence of blog is extensively noticeable especially during the 13th General Election that ... more The influence of blog is extensively noticeable especially during the 13th General Election that had received unexpected turn outs as the public nowadays are more daring and bolder in voicing their opinions on the democratic issues in Malaysia. Malaysians are now more outspoken and have cried out for a new government by asking the current government who has been ruling since independence to step down. Most blogs that are supporting the oppositions have voiced out the intention to call upon a new government through campaigns such as “Ubah” and “Ini Kalilah”. The
Kajian ini membincangkan mengenai corak penulisan wartawan dari sudut penyampaian maklumat teruta... more Kajian ini membincangkan mengenai corak penulisan wartawan dari sudut penyampaian maklumat terutamanya dalam berita pilihan raya kecil. Perbincangan dibahagikan mengikut persoalan kajian yang timbul hasil daripada kajian lalu seperti adakah corak penulisan mengalami transformasi kepada interpretif dan adakah elemen penulisan interpretif (menganalisis, menilai, menerangkan) digunakan oleh wartawan dalam menyampaikan berita pilihan raya. Beberapa sarjana masih lagi melakukan kajian bagi memahami konsep penulisan interpretif dalam menyampaikan maklumat kepada khalayak mengenai sesuatu isu. Konsep ini juga sering dikaitkan dengan konsep deskriptif yang masih mengekalkan penggunaan konsep 5W1H. Definisi corak penulisan interpretif menjurus kepada ‘menganalisis’, ‘menilai’, dan ‘menerangkan’ isu, dan bukannya mengehadkan laporan hanya kepada fakta semata-mata. Manakala corak lama penulisan wartawan ditakrifkan sebagai laporan deskriptif iaitu wartawan dengan jelas menerangkan mengenai pe...
Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 2016
In journalism, a source plays an important role in any news. Journalists depend on sources in the... more In journalism, a source plays an important role in any news. Journalists depend on sources in the processing of their news to be conveyed to the audience. Authoritative sources may include government officials, media practitioners, public elites, scientists, doctors, lawyers, professionals or experts. The sources for political news are categorically those associated with individuals who are politically active, and this includes ordinary citizens. This article explores popular sources used in the framing election news in 1987, 1997 and 2014 in Utusan Malaysia and Berita Harian. A content analysis was carried out on 419 election news articles that were randomly selected. In-depth interviews were done on six journalists and the data is used to strengthen the source selection authority in electoral news. The study found that whilst local politicians are the main source of election news frame, however, the selection of sources remains the advantage of those with the authority to comment ...
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 2021
Internet dan penggunaan peranti digital adalah satu keperluan dalam kehidupan seharian di perseki... more Internet dan penggunaan peranti digital adalah satu keperluan dalam kehidupan seharian di persekitaran digital. Kini penggunaan teknologi digunakan untuk pelbagai tujuan seperti hiburan, pengetahuan dan tujuan interaksi. Bagaimanapun, internet pada asasnya diperkenalkan dengan anggapan bahawa pengguna adalah golongan dewasa. Namun pada era ini, kanak-kanak dan remaja tidak ketinggalan dengan arus teknologi ini. Akibatnya mereka berkemungkinan terdedah kepada risiko seperti isi kandungan yang tidak sesuai dengan usia dan masalah ketagihan internet. Oleh itu, ibu bapa pada era digital perlu ambil perhatian dalam usaha untuk memantau penggunaan internet anak-anak mereka. Sehubungan itu, artikel ini membincangkan secara konsep tentang strategi ibu bapa dalam memantau penggunaan internet remaja. Tujuannya adalah kerana remaja sedang mengalami proses peralihan daripada kanak-kanak menuju kematangan dan sentiasa inginkan autonomi dan mencari identiti mereka. Internet menjadi platform untuk...
BSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menerokai proses adaptasi antarabudaya pelajar a... more BSTRAK Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menerokai proses adaptasi antarabudaya pelajar antarabangsa Jepun di Malaysia sewaktu mereka menuntut pelajarannya ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mahupun bagi tempoh masa yang pendek atau panjang. Kajian ini memfokuskan kepada pengalaman adaptasi yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Jepun di Malaysia dan cara hidup seorang pelajar antarabangsa di negara luar yang mempunyai perbezaan budaya dengan budaya asalnya. Model Lekuk U yang diasaskan oleh Lysgaard (1995) telah dijadikan sebagai panduan bagi melihat gambaran yang lebih jelas tentang pengadaptasian budaya yang dilaksanakan oleh pelajar Jepun dengan menekankan kepada beberapa elemen utama. Antaranya ialah fasa bulan madu, fasa kejutan budaya, fasa resolusi atau tahap penyesuaian serta fasa penerimaan dan integrasi. Seramai tujuh orang pelajar Jepun yang sedang menuntut pelajarannya di UKM telah dipilih untuk menjalankan sesi temua bual dan semua data linguistik telah ditran...
ABSTRAK Kajian ini adalah bagi mengkaji cabaran dan pengalaman adaptasi antarabudaya dalam kalang... more ABSTRAK Kajian ini adalah bagi mengkaji cabaran dan pengalaman adaptasi antarabudaya dalam kalangan pelajar mobiliti ASEAN di UKM, pengkaji telah menggariskan beberapa objektif kajian, iaitu untuk mengkaji kemampuan pelajar mobiliti ASEAN dalam mengadaptasi budaya dan kehidupan seharian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan menganalisis persepsi dan penerimaan pelajar mobiliti ASEAN terhadap budaya masyarakat Malaysia. Teori yang diaplikasikan bagi kajian ini ialah Model Keluk-U yang mengetengahkan empat (4) fasa iaitu bulan madu, kejutan budaya, pemulihan pelarasan. Kaedah perbincangan kumpulan fokus telah digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab objektif kajian ini. Implikasi kajian kepada model ini menunjukkan proses dinamik yang sejajar dengan proses pengadaptasian dan negara yang dilawati juga memainkan peranan dalam proses ini. Kajian ini telah menunjukan bahawa pengalaman antarabudaya mampu memberikan kesan yang positif kepada individu yang melaluinya dalam ma...
Kajian ini merupakan satu kajian adaptasi budaya pelajar Malaysia yang telah mengikuti program pe... more Kajian ini merupakan satu kajian adaptasi budaya pelajar Malaysia yang telah mengikuti program pertukaran pelajar AIMS. Kajian ini juga hanya mengkhususkan terhadap pelajar Malaysia yang telah mengikuti program ini selama satu semester di mana-mana universiti yang ditawarkan kepada mereka di Jepun. Bagi melakukan kajian ini, metodologi kajian yang telah digunakan ialah kaedah kualitatif serta pengumpulan data yang menggunakan teknik temu bual mendalam dan kajian kepustakaan. Berdasarkan kajian pengkaji. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, pada model antarabudaya yang menggunakan lekuk W, pengkaji telah menghuraikan kepada dua bahagian bagi menunjukkan perbandingan iaitu semasa dan berada di negara luar dan sekembalinya mereka ke Malaysia. Selain itu, dapatan kajian juga merangkumi aspek cabaran yang dialami oleh pelajar yang mengikuti program ini. Antara cabaran terbesar mereka adalah budaya, makanan, bahasa dan kewangan. Seterusnya dapatan akhir juga menceritaka...
Kajian ini menerokai proses adaptasi antarabudaya yang dilalui oleh pelajar sarjana dan PHD darip... more Kajian ini menerokai proses adaptasi antarabudaya yang dilalui oleh pelajar sarjana dan PHD daripada Malaysia yang melanjutkan bidang pengajian di Australia dan United Kingdom. Kajian ini telah memfokuskan hanya kepada elemen kejutan budaya dan proses penyesuaian di dalam Model Lekuk U oleh Lsygaard (1955). Kajian ini turut memberi fokus kepada cabaran sebagai seorang Muslim dan juga isu-isu yang dihadapi oleh pelajar Malaysia di luar negara. Matlamat kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana para pelajar ini mampu mengadaptasi diri mereka dan apakah cabaran yang dilalui sebagai seorang pelajar yang datang daripada budaya yang berbeza. Kajian ini dilaksanakan menggunakan kajian kumpulan fokus. Para pelajar Malaysia didapati menghadapi cabaran sosial, persekitaran dan mengadaptasi diri sebagai seorang Muslim.
Dapatan kajian juga harus dikongsi dengan mengenalpasti bagaimana proses akulturasi atau asimilas... more Dapatan kajian juga harus dikongsi dengan mengenalpasti bagaimana proses akulturasi atau asimilasi berlaku terhadap pelajar perempuan Islam antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang melanjutkan pengajian mereka dalam bidang sarjana muda, sarjana dan PHD. Kajian ini juga mengkhususkan hanya kepada proses adaptasi budaya dengan menggunakan Model Lekuk-U oleh Lysgaard (1955). Kajian ini ingin menghurai kesan penghijrahan yang berlaku oleh pelajar perempuan Islam antarabangsa sepanjang mengadaptasi diri mereka dengan budaya baru dan apakah faktor tarikan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di Malaysia. Kajian ini turut dilaksanakan menggunakan kaedah temubual sekaligus mengenalpasti para pelajar antarabangsa melalui fasa adaptasi budaya sebagai seorang perempuan Islam. Antara hasil dapatan kajian mendapati bahawa wanita-wanita ini telah berjaya mengharungi segala cabaran dan berjaya mengadaptasikan diri di Malaysia. Mereka juga melalui kejutan budaya serta m...

Pengiklan pada hari ini banyak bergantung kepada platform pengiklanan dalam talian terutama sekal... more Pengiklan pada hari ini banyak bergantung kepada platform pengiklanan dalam talian terutama sekali media sosial untuk mempromosikan jenama pemasar kerana platform ini dilihat lebih berkesan, membuka ruang untuk pengiklan berkreativiti selain dari ianya merupakan satu pelaburan yang menguntungkan kerana kos pembelian media yang jauh lebih murah daripada platform media pengiklanan yang lain. Justeru, adalah amat penting bagi pengiklan untuk memahami sikap pengguna terutama sekali pengguna Milenial terhadap pengiklanan di media sosial memandangkan mereka merupakan generasi yang paling aktif menggunakan media sosial. Sikap pengguna terhadap iklan mempengaruhi tindak balas mereka terhadap pengiklanan, dan tingkah laku tindak balas pengguna seperti mengelak daripada melihat iklan dalam talian adalah berpunca daripada sikap negatif mereka terhadap pengiklanan yang mungkin disebabkan oleh pengaruh budaya yang terbukti dapat mempengaruhi tingkah laku dan penggunaan pengguna. Budaya yang berb...
Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 2021
Mediatization and Culture: Korean Wave and Malaysia’s Gen Z Fan in the Global Pandemic Covid-19 A... more Mediatization and Culture: Korean Wave and Malaysia’s Gen Z Fan in the Global Pandemic Covid-19 ABSTRACT Korean Wave is a global phenomenon that has made social media a major platform for promoting cultural products. Having fans from all over the world demonstrates its suitability to be a subject of study in the process of how the development of media technology has transformed people's lives. This article aims to explore the process of mediatization in society. This study seeks to explore how media technology plays a role in changing the culture of every day. Looking at the Korean wave, the researcher sought to understand the relationship between fans among gen Z and the phenomenon. This study is a qualitative research, using nethnography as a data collection technique. Samples were selected based on predefined criteria and then used Nvivo12 software to analyse the findings. The researcher further refined this study by focusing on the duration of movement control order only. Th...
Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 2020
Pada masa kini, antara jenis penghasilan drama tempatan ialah drama adaptasi yang diambil dari ne... more Pada masa kini, antara jenis penghasilan drama tempatan ialah drama adaptasi yang diambil dari negara luar. Namun, progam dari luar ini dilihat mampu memberikan pengaruh yang kurang baik khususnya terhadap khalayak tempatan dan berpotensi dalam menggantikan nilai-nilai budaya yang ada. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana pemaparan agama dan adat tempatan diketengahkan dalam drama adaptasi dari negara Korea Selatan. Dari situ, akan diketahui tembusan dan silang budaya yang berlaku antara masyarakat Melayu dan Korea Selatan melalui penghasilan drama adaptasi ini dalam konteks tempatan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis tekstual ke atas drama ‘Alamatnya Cinta’ yang diadaptasi daripada siri popular Korea Selatan ‘Full House’ pada tahun 2018. Kaedah ini sesuai digunakan bagi mendalami mesej yang cuba disampaikan oleh pembuat teks melalui penggunaan elemen agama dan adat di dalam drama adaptasi ini. Hasil kajian mendapati walaupun drama ini merup...
Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 2019
Makalah ini adalah kajian awal mengenai fenomena gelombang Korea di Malaysia. Gelombang Korea ata... more Makalah ini adalah kajian awal mengenai fenomena gelombang Korea di Malaysia. Gelombang Korea ataupun Korean Wave merujuk kepada fenomena global penerimaan produk budaya Korea. Gelombang Korea boleh difahami sebagai segala bentuk produk budaya Korea termasuk muzik pop, drama, filem dan permainan video yang mana fokusnya sering kali kepada selebriti mereka. Namun, Shim (2017) mengembangkan lagi istilah ini dengan menyatakan bahawa selepas awal tahun 2010, gelombang Korea juga termasuk semua genre budaya Korea termasuk Soju (minum beralkohol dari Korea Selatan), makanan, minuman, fesyen, alat solekan, dan sebagainya lagi. Data dikumpulkan dari kerja lapangan dan pemerhatian peserta dalam beberapa acara peminat di Kuala Lumpur di samping penelitian kajian-kajian lampau. Pemerhatian dijalankan di konsert, sesi bertemu peminat dan di acara perhimpunan salah satu kumpulan peminat BTS Malaysia. Kajian penerokaan ini adalah untuk mendapatkan pemahaman mengenai senario peminat gelombang Korea di Malaysia terutamanya dalam kalangan belia di Malaysia. Kajian ini mendapati perkembangan teknologi media memainkan peranan dalam mengembangkan gelombang Korea, di mana kajian-kajian lampau memperlihatkan bagaimana internet memainkan peranan penting dalam memperkembangkan fenomena gelombang Korea. Selain itu, kajian ini juga mendapati, kaedah pemerhatian sahaja tidak mencukupi untuk mendalami fenomena gelombang Korea terutamanya apabila melibatkan belia. Mengabungkan kaedah pemerhatian dengan kaedah temu bual mendalam boleh memperolehi data yang lebih tepat mengenai pengalaman belia terutamanya sejauhmanakah mereka terlibat dengan fenomena gelombang Korea ini.
Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 2017
Tenggara dan Jepun (SSEAYP) bermula pada tahun 1974 dan adalah program tahunan yang dianjurkan ol... more Tenggara dan Jepun (SSEAYP) bermula pada tahun 1974 dan adalah program tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Jepun yang mengumpulkan lebih daripada 300 belia dari seluruh Asia Tenggara dan juga Jepun bagi menyediakan peluang yang unik untuk belia tinggal bersama-sama di atas sebuah kapal persiaran bernama "Nippon Maru" untuk tempoh lebih 50 hari. Kajian ini dilakukan ke atas belia di Malaysia yang merupakan bekas peserta program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun. Mereka ini terdiri daripada belia yang berusia 18 hingga 35 tahun, berbangsa dan beragama Islam. Kumpulan kajian ini terdiri daripada 13 orang bekas peserta kapal dan telah menghabiskan program kapal ini dengan jayanya. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat apakah cabaran utama yang sering dihadapi oleh peserta Malaysia dan untuk memahami proses adaptasi Program Kapal Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) menggunakan model Lekuk-W oleh Gullahorn dan Gullahorn (1963). Kajian ini menggunakan kaedah perbincangan kumpulan fokus. Hasil kajian mendapati cabaran utama yang dihadapi kebanyakan peserta Malaysia dalam program ini ialah mengenai pemakanan, amal ibadat dan cabaran sosial.
Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 2016
Sumber dalam dunia kewartawanan memainkan peranan penting dalam sesuatu berita. Hal ini kerana me... more Sumber dalam dunia kewartawanan memainkan peranan penting dalam sesuatu berita. Hal ini kerana menurut Conrad, (1999) wartawan bergantung kepada sumber dalam berita mereka semasa menyampaikan informasi kepada khalayak. Terdapat pelbagai kategori sumber dalam berita jika dilihat secara keseluruhan. Kategori sumber-sumber ini termasuklah pegawai kerajaan, pegawai industri, golongan elit, ahli-ahli sains, doktor, peguam dan sebagainya. Terdapat persamaan dan perbezaan bagi sumber-sumber yang terdapat dalam berita politik. Menurut Dimitrova dan Strömbäck (2012) kategori sumber politik lebih spesifik kepada sumber yang lebih berkait rapat dengan individu yang bergiat aktif dalam aktiviti politik termasuklah rakyat biasa. Artikel ini akan membincangkan kategori sumber yang popular digunakan sebagai sumber dan melihat transisi sumber-sumber dalam berita pilihan raya kecil pada tahun 1987, 1997 dan 2014 bagi akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Analisis kandungan dilakukan ke atas 419 artikel berita pilihan raya kecil yang telah dipilih secara rawak. Justeru itu, fenomena sumber ini diperkukuhkan lagi dengan temu bual mendalam terhadap wartawan bagi melihat aspek pemilihan dan autoriti sumber. Hasil kajian melalui kaedah analisis kandungan mendapati bahawa ahli politik dalam negara merupakan sumber utama dalam berita bingkai pilihan raya manakala pemilihan sumber dibuat oleh wartawan yang melaporkan sesuatu isu atau peristiwa mengenai pilihan raya di mana sumber tersebut perlu mempunyai autoriti terhadap sesuatu bidang dalam memberi pandangan atau menjawab segala persoalan mengenai isu politik.

Blog began to attract people in Malaysia in 1998 when bloggers actively wrote about political mat... more Blog began to attract people in Malaysia in 1998 when bloggers actively wrote about political matters and current issues. Blogs have then become an influential medium of news reporting after the mass community rejects mainstream media which often shows favoritism to the government party. This paper examines how a generic frames used by the bloggers in Malaysia pre and post 13 th General Election (GE). A comparison on two groups of blog is made which involved Pro-Barisan Nasional (BN) and Pro-Pakatan Rakyat (PR) to see the differences in the use of frames by the bloggers. Five generic frames with 20 attributes statement by Semetko & Valkenburg has been adapted in this study. Quantitative content analysis approach was used and the results showed that conflict frame and responsibility frame are at a relatively high level use while the human interest frame, morality frame and economic consequences frame are at the low level of use. However, there are some differences in terms of the use of frames by both groups of blogger even at different political views. The results of the study clearly show that both groups of bloggers have emphasized more conflict frames in all the issues debated.