Aieynal Ahmad - Academia.edu (original) (raw)
Papers by Aieynal Ahmad
Abstrak Diskusi mengenai penggunaan bahasa slanga yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat h... more Abstrak Diskusi mengenai penggunaan bahasa slanga yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat hari ini bukanlah isu baru yang melanda bahasa Melayu. Hari ini bahasa slanga sudah menjadi kelaziman dan tanpa segan silu diujarkan oleh penutur sama ada dewasa, remaja mahupun kanak-kanak, di tempat-tempat awam mahupun di tempat-tempat rasmi seperti di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Aktiviti sembang siber yang semakin meluas juga menjadi faktor penggalak penggunaan bahasa slanga dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Bahasa slanga tidak diguna pakai dan dipelajari secara formal di sekolah tetapi diperoleh dalam kehidupan seharian. Bahasa Melayu yang diajar di sekolah merupakan bahasa Melayu standard. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa slanga di kalangan kanak-kanak sekolah boleh menjejaskan perkembangan bahasa standard kanak-kanak tersebut. Situasi ini juga sekiranya tidak dibendung boleh menggugat usaha pendaulatan bahasa Melayu. Mutakhir ini banyak kajian penggunaan bahasa slanga telah membuktikan bahawa bahasa slanga bukan sahaja di gunakan dalam pertuturan oleh golongan tertentu, malahan telah wujud di dalam filem, drama, rancangan hiburan dan menular ke bahan bacaan ringan seperti majalah hiburan dan komik. Lambakan pelbagai bentuk bahan bacaan ringan di pasaran menyebabkan penulis cenderung menggunakan bahasa yang lebih santai dan dekat dengan pembaca. Sehubungan itu, maka kertas kerja ini akan mengupas bentuk-bentuk bahasa slanga yang wujud dalam penulisan komik kanak-kanak, iaitu Siri Komik Ana Muslim yang diterbitkan oleh Ana Muslim Sendirian Berhad. Hasil tinjauan awal menunjukkan terdapatnya penggunaan bahasa slanga yang sering digunakan dalam penulisan novel dan cerpen remaja dalam Siri Komik Ana Muslim. Antara bentuk slanga yang digunakan oleh penulis ialah slanga yang dibentuk dari bahasa asing seperti 'baby kiut', 'terer', 'jeles', 'otai' dan slanga untuk kata ganti nama seperti 'korang', 'diorang', 'kitorang' dan sebagainya. Kata kunci: Bahasa slanga, bahasa santai, kanak-kanak, komik
ABSTRAK: Slogan merupakan satu cara untuk mengungkapkan gambaran mengenai sesuatu produk yang dit... more ABSTRAK: Slogan merupakan satu cara untuk mengungkapkan gambaran mengenai sesuatu produk yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat atau organisasi. Tujuan penciptaan slogan iklan ialah untuk memperkenalkan dan mengingatkan pengguna kepada sesuatu produk yang dihasilkan. Oleh itu, salah satu kaedah yang dilakukan oleh pengeluar ialah dengan cara memperkenalkan slogan iklan yang menarik dan mudah diingati oleh pengguna. Melalui penghasilan slogan iklan yang menarik dan mudah diingati diharapkan dapat mempopularkan lagi sesuatu jenama produk yang ditawarkan oleh pengeluar. Namun begitu, adakah slogan iklan yang dihasilkan menepati maksud yang ingin disampaikan oleh pengeluar? Selain itu, adakah slogan iklan yang dihasilkan memaparkan perlakuan sebenar produk tersebut? Justeru, kertas kerja ini akan mengenal pasti dan menganalisis slogan-slogan iklan yang terdapat di dalam majalah Mingguan Wanita Edisi Khas Syawal 2015 dan Harmoni Edisi Khas Ramadan dan Aidilfitri bagi tahun 2015. Analisis akan dilakukan dengan melihat maksud yang tersurat dan tersirat daripada aspek bahasa yang digunakan di dalam slogan iklan tersebut. Hasil penelitian menunjukkan majalah tersebut banyak memaparkan slogan-slogan iklan produk kosmetik dan kesihatan. Dari segi mesej pula, setiap slogan iklan mempunyai mesej atau maksud tersurat dan tersirat di sebalik slogan yang dihasilkan. Penghasilan slogan-slogan sebegini secara tidak langsung telah menjadi ingatan kepada pengguna dan seterusnya dapat meningkatkan lagi penjualan produk-produk keluaran syarikat-syarikat. PENGENALAN Slogan memainkan peranan penting kepada sesebuah syarikat atau organisasi dalam usaha memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Penciptaan slogan menjadi kemestian kepada syarikat atau organisasi bagi menarik perhatian khalayak untuk mengenali barangan yang dihasilkan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Slogan biasanya dihasilkan dalam bentuk ayat atau ungkapan yang dicipta oleh pihak syarikat atau organisasi untuk mewakili gambaran ideologi, objektif dan misi sesebuah institusi, persatuan atau parti politik dan sesuatu produk komersial (Indirawati Zahid, 2010). Selain itu, slogan turut mempengaruhi hala tuju sesebuah syarikat atau organisasi. Ia akan menjadi cerminan atau pantulan identiti sesebuah syarikat atau organisasi supaya ia tampil lebih menyerlah lagi. Walaupun perkataan yang digunakan di dalam slogan hanyalah meliputi beberapa patah perkataan sahaja namun ia membawa mesej di sebalik kata-kata tersebut. Ini kerana slogan merupakan kata keramat yang mengandungi segala maklumat utama yang dipadatkan dalam bentuk ayat yang mudah atau ungkapan yang ringkas dan bereufoni (mempunyai bunyi yang indah) bagi tujuan menarik perhatian khalayak (Indirawati Zahid, 2010). Bagi menghasilkan sesebuah slogan yang menarik, baik dan diingati pengguna, penciptaan slogan
ABSTRAK Pembangunan dan kemajuan dalam bidang teknologi pada masa kini sedikit sebanyak turut men... more ABSTRAK Pembangunan dan kemajuan dalam bidang teknologi pada masa kini sedikit sebanyak turut mengubah cara manusia berkomunikasi dan berinteraksi. Daripada bentuk komunikasi bersemuka, kini komunikasi telah berubah kepada komunikasi secara maya dengan menggunakan portal dan laman sosial tertentu sebagai perantara.Kewujudan pelbagai saluran komunikasiini menyebabkan masyarakat bebas bersuara tanpa memikirkan etika dan kesantunan berbahasa. Komunikasi maya ini bukan sahaja melibatkan teks semata-mata tetapi netizen juga boleh menggunakan emoticon untuk mewakili gambaran perasaan mereka. Justeru, kajian yang dilakukan ini bertujuan meninjau penggunaan bahasa semasa berkomunikasi dalam kalangan netizen yang memberikan reaksi dan maklum balas terhadap penyiaran berita berkaitan kerajaan yang terdapat dilaman sosial. Medium komunikasi yang dipilih sebagai subjek kajian ini ialah laman sosial popular iaitu Facebook yang boleh diakses oleh pengguna internet. Pendekatan kualitatif yang diaplikasi dalam kajian ini akan menganalisis komen-komen yang diberikan oleh netizen pada ruangan komen yang terdapat dalam laman sosial tersebut menggunakan Teori Kesantunan Asmah Haji Omar (2000). Hasil penelitian mendapati bahawa majoriti netizen akan menggunakan kata-kata kesat yang tidak santun apabila memberi komen terhadap sesuatu isu berkaitan kerajaan yang disiarkan dalam laman sosial.