Cikgu Nor Shamsila - Academia.edu (original) (raw)
Uploads
Papers by Cikgu Nor Shamsila
Bahasa Arab merupakan bahasa kedua terpenting bagi para pelajar di kebanyakan kolej Islam khususn... more Bahasa Arab merupakan bahasa kedua terpenting bagi para pelajar di kebanyakan kolej Islam khususnya di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Ini ialah kerana KUIS mewajibkan para pelajarnya mengambil subjek bahasa Arab pada setiap semester pengajian. Justeru itu, para pensyarah perlu memikirkan beberapa cara bagi memastikan pembelajaran bahasa Arab suatu yang menyeronokkan. Pada zaman era perkembangan teknologi kini, pengajaran bahasa Arab perlu dikemaskini dari semasa ke semasa agar pelajar tidak merasakan bosan dan ketinggalan. Penggunaan teknologi juga mampu menjadikan pelajar terus bersaing dalam bidang bahasa. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penggunaan perisian padlet.com dalam meningkatkan minat pelajar terhadap bahasa Arab. Perisian padlet merupakan salah satu medium bagi membantu pelajar meningkatkan minat mereka terhadap bahasa Arab. Bagi tujuan itu, pengkaji akan memberikan tugasan khusus kepada pelajar. Pelajar harus menyiapkan tugasan tersebut menggunakan perisian padlet. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan semasa dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Kajian ini dijalankan di Kolej Universiti Islam Selangor dan melibatkan seramai 15 orang responden. Hasil dapatan daripada edaran soal selidik mendapati bahawa aplikasi ini menarik dan dpat membantu menigkatkan minat pelajar terhadap bahasa Arab. Kata kunci: minat terhadapt bahasa Arab, menyiapkan tugasan, perisian padlet.com