Junaini Kasdan - Academia.edu (original) (raw)
Papers by Junaini Kasdan
Kaedah alternatif membentuk padanan istilah: suatu pendekatan sosioterminologi
Peristilahan dan Masyarakat: Cabaran Masa Kini
Sikap, persepsi dan persekitaran remaja Borneo terhadap bahasa Melayu
Unsur Asam Dan Akal Budi Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif
Abstrak Bahasa sebagai medium penting dalam proses menyampaikan ilmu perlu dikuasai dengan mempel... more Abstrak Bahasa sebagai medium penting dalam proses menyampaikan ilmu perlu dikuasai dengan mempelajarinya melalui kurikulum yang dirangka. Bagi memastikan keberkesanan program yang dirancang, ia perlu diiringi dengan sikap yang positif dan persepsi yang tinggi terhadap bahasa itu sendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap dan persepsi yang merupakan bahagian daripada kognisi pelajar remaja terhadap bahasa Melayu, serta melihat pertalian antara latar belakang sosial pelajar remaja, khususnya perbezaan jantina, kaum/etnik dan aliran kelas dengan kognisi mereka terhadap bahasa Melayu. Lebih daripada 1,500 pelajar remaja terlibat dalam kajian ini dan didapati bahawa hampir 80.0% (1,208) pelajar bersikap positif terhadap bahasa Melayu. Kajian juga mendapati hanya 29.9% (456) pelajar mempunyai persepsi yang tinggi terhadap bahasa Melayu. Melalui kajian ini dapat dibuktikan bahawa kognisi pelajar remaja terhadap bahasa Melayu mempunyai perkaitan yang signifikan deng...
Terminologi atau peristilahan merupakan aspek penting dalam pembinaan bahasa Melayu,khususnya dal... more Terminologi atau peristilahan merupakan aspek penting dalam pembinaan bahasa Melayu,khususnya dalam usaha meningkatkan taraf dan memantapkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Justeru, kegiatan penggubalan istilah secara terancang di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah dimulai sejak tahun 1956. Penggubalan istilah bidang Kejuruteraan dan Sains dan Teknologi (S&T) adalah antara yang terawal digiatkan. Sehingga 1992 sahaja, hampir 240,000 istilah dalam bidang Kejuruteraan dan Sains dan Teknologi (S&T) telah digubal. Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menghasilkan lebih daripada 1 juta istilah dalam pelbagai bidang ilmu. Namun, di sela-sela keghairahan mencipta dan membakukan istilah, wujud ketidakselarasan istilah, baik istilah sepunya mahupunistilah antara bidang.Dalam bidang Kejuruteraan dan Sains dan Teknologi (S&T) misalnya, istilah crown dipadankan dengan "jemala", "silara", "puncak", "perdu", "laur" dan "korona". Kajian ini mencatatkan sebanyak 12.7%istilah dalam bidang Kejuruteraan dan S&Tmemiliki sekurang-kurangnya dua padanan istilah bahasa Melayu bagi merujuk konsep yang sama.Persoalannya, mengapakah ketidakselarasan istilah berlaku dalam bahasa Melayu? Apakah bentuk istilah yang cenderung dipadankan dengan istilah bahasa Melayu yang pelbagai?Dan, adakah ketidakselarasan istilah yang berlaku mengganggu kelancaran komunikasi antara bidang sehingga merencatkan perkembangan ilmu melalui bahasa Melayu?Justeru, penyelidikan alternatif ini bertujuan mengangkat permasalahan yang berkaitan dengan ketidakselarasan istilah bahasa Melayu, khususnya bidang Kejuruteraan dan Sains dan Teknologi (S&T) dari kaca mata sosioterminologi.Bagi memecahkan permasalahan tersebut, korpus bidang Kejuruteraan dan Sains dan Teknologi (S&T) dimanfaatkan dalam penyelidikan ini. Pelbagai bentuk ketidakselarasan istilah dikenal pasti dan setiap fenomena yang berlaku dijelaskan melalui pendekatan sosioterminologi.
Exploring occurrences of 'one meaning multiple forms' in translated technical terms
Tahap Pemahaman Leksikal Kata Kerja Dialek Melayu Kedah DI Pulau Tuba Dan Satun
Dialek Melayu Kedah (DMK) telah sekian lama dipertuturkan dalam kalangan penduduk di Pulau Tuba, ... more Dialek Melayu Kedah (DMK) telah sekian lama dipertuturkan dalam kalangan penduduk di Pulau Tuba, Kedah dan di Satun, Thailand. Terdapat catatan sejarah bahawa Satun suatu ketika dahulu pernah berada di bawah naungan Sultan Kedah. Hal ini menjelaskan mengapa dialek pertuturan di kedua-dua kawasan tersebut adalah sama iaitu DMK. Sehubungan dengan itu, makalah ini membincangkan tahap pemahaman beberapa leksikal kata kerja yang diteliti berasaskan sosiokognitif yang berfokus kepada lokasi, umur, jantina dan tahap pendidikan penuturnya. Objektif artikel ini adalah pertamanya, menganalisis tahap pemahaman leksikal dengan menggunakan analisis Vocabulary Recognition Task (VRT) DMK di kedua-dua lokasi. Objektif kedua pula ialah menghuraikan tahap pemahaman leksikal DMK di kawasan kajian. Sehubungan itu, seramai 72 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik dan terlibat dengan sesi rakaman berkaitan leksikal kata kerja dalam DMK. Kajian ini juga bertujuan meneliti pertalian ...
Gastronomi ialah pengkajian berkaitan dengan makanan dan amalan pemakanan yang baik (good eating)... more Gastronomi ialah pengkajian berkaitan dengan makanan dan amalan pemakanan yang baik (good eating). Makanan bukan sahaja penting untuk hidup, tetapi turut mempunyai pengaruh dalam menyampaikan mesej yang jelas. Dalam konteks budaya Melayu, elemen yang terdapat dalam gastronomi jelas dapat dilihat dalam peribahasa Melayu. Tumpuan analisis ini adalah peribahasa yang menunjukkan pengaruh makanan yang berunsur sejuk dan bisa. Contohnya, labu mewakili makanan berunsur angin dan keli mewakili makanan berunsur bisa. Data peribahasa Melayu dikumpulkan daripada pangkalan data www.malaycivilization.com UKM dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kajian ini menerapkan pendekatan rangka rujuk silang (RRS) dan semantik inkuisitif dalam penganalisisan data. Data yang diperoleh diperkukuh dengan hasil janaan data korpus yang menunjukkan persamaan antara konsep dan ciri-ciri yang dibawa oleh makanan yang berunsur ‘angin-bisa’ khususnya yang berkaitan tingkah laku penuturnya. Hasil kajian mendapati per...
Ikan di laut asam di darat, di dalam kuali bertemu jua': analisis semantik inkuisitif
Masyarakat Melayu menggunakan peribahasa untuk mendidik, memberi teguran, menyatakan hasrat hati ... more Masyarakat Melayu menggunakan peribahasa untuk mendidik, memberi teguran, menyatakan hasrat hati dan melahirkan perasaan. Melalui rangkap kata yang disusun indah, mereka mendidik, memuji, menyindir atau menegur dengan cara yang paling halus, tanpa menjatuhkan air muka individu lain tetapi memberi kesan yang amat dalam.
The learning of science, technology, engineering and mathematics (STEM) has, in recent years, bee... more The learning of science, technology, engineering and mathematics (STEM) has, in recent years, been a popular topic of deliberation in the context of the Malaysian education scenario. It pivots on suitable teaching-learning approaches to ensure that students achieve optimum competencies in STEM. The latter is particularly important in the light of Malaysia’s aspiration to be a developed nation by 2020. However, research has shown that students face particular challenges in the learning of STEM, especially in learning contexts where English is the main medium of instruction. One such challenge is their inability to comprehend concepts, partly contributed by their weak proficiency in the English language. The problem is further compounded when the majority of STEM students do not have a specialist (technical) dictionaries to help them during their learning. In such a situation, the MatchApp web-based system provides a possible learning platform. Developed for the main purpose of helpin...
Representasi budaya dalam kit video pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing:analisis teori sosiokognitif
Pembelajaran bahasa seharusnya diiringi dengan pembelajaran mengenai budaya masyarakat sesuatu ba... more Pembelajaran bahasa seharusnya diiringi dengan pembelajaran mengenai budaya masyarakat sesuatu bahasa itu kerana manusia cepat belajar melalui proses peniruan. Pembelajaran bahasa Melayu akan menjadi lebih menyeronokkan dan berinteraktif jika budaya masyarakatnya menjadi asas pembelajaran. Pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur asing sudah sekian lama menggunakan modul pembelajaran bahasa yang lebih berfokus kepada bantuan guru sepenuhnya. Namun, bantuan guru sahaja tidak cukup untuk memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai kepada penutur asing. Justeru, apakah bahan bantu yang boleh digunakan oleh penutur asing untuk mempelajari bahasa Melayu sekiranya tidak menghadiri kelas formal, namun masih boleh mempelajari budaya? Kini, pembelajaran berbantu komputer menjadi dimensi pembelajaran yang baru dalam dunia pendidikan kerana kemudahan komputer membantu mewujudkan pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan. Walaupun begitu, pembelajaran menggunakan modul bertu...
Dialek Terengganu dalam penyampaian dakwah: analisis sosiokognitif
Masyarakat dan bahasa merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Di Malaysia, selain bahasa ... more Masyarakat dan bahasa merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Di Malaysia, selain bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan, dialek tempatan juga dituturkan oleh masyarakat setempat sebagai bahasa sehari-hari. Namun, sejak akhir-akhir ini dialek turut berperanan sebagai medium penyebaran maklumat, misalnya dalam penyebaran dakwah, sesuai dengan individu yang menyampaikannya. Bagi para pendakwah, itulah gaya yang mereka ingin bawakan, iaitu dengan dialek, khalayak akan lebih merasa dekat dan akrab, sehingga ilmu yang disampaikan diharapkan mudah diserap dan dihayati. Namun, timbul persoalan, bagaimanakah penerimaan khalayak terhadap penggunaan dialek dalam penyampaian dakwah? Bagaimana pula persepsi khalayak terhadap sesuatu dialek? Apakah bentuk dialek yang tidak dapat diterima oleh khalayak? Dan bolehkah dialek digunakan dalam penyebaran dakwah? Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti penerimaan dan pemahaman dialek tempatan, khususnya dialek Terengganu ...
Ikan (Pisces) dalam peribahasa Melayu: analisis semantik inkuisitif
Peribahasa Melayu merupakan satu daripada komponen penting dalam puisi Melayu tradisional yang me... more Peribahasa Melayu merupakan satu daripada komponen penting dalam puisi Melayu tradisional yang mencorakkan nilai budi orang Melayu, yang telah sebati dalam kehidupan seharian. Keindahan peribahasa Melayu tidak hanya terpancar melalui susunan kata-kata dan perlambangannya, tetapi lebih jauh daripada itu, peribahasa Melayu adalah paparan tingkah laku, ketinggian ilmu dan falsafah yang terbit daripada akal budi orang Melayu. Satu perkara yang tidak dapat disangkal dalam penciptaan peribahasa Melayu adalah ketinggian tahap regungan orang Melayu terhadap alam sekelilingnya. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneroka akal budi dan falsafah orang Melayu yang terkandung dalam peribahasa dengan memberikan tumpuan kepada unsur ikan melalui kacamata semantik inkuisitif. Kajian ini bukan sahaja dapat menghuraikan fenomena yang berlaku dalam peribahasa, malah dapat mencungkil kearifan dan kebijaksanaan orang Melayu pada zaman dahulu yang tinggi daya pemikirannya.
International Journal of Advanced Computer Science and Applications, 2021
Many mobile applications that can increase user engagement and promote self-learning have been de... more Many mobile applications that can increase user engagement and promote self-learning have been developed to date. Nevertheless, mobile applications specific to Malay language learning for non-native speakers with relevant materials are still lacking. Moreover, expert reviews are needed to identify usability issues and check whether such applications can meet the learning goal with relevant materials features. This study developed an augmented reality (AR)-based mobile application called RakanBM for learning the Malay language (i.e. the language officially spoken in Malaysia), and then performed an expert review on the application contents, text presentations, learning outcomes, assessments, effectiveness, efficiency, and satisfaction. The expert review was conducted by a panel of six experts from two specific fields, namely the Malay language and Human-Computer Interaction (HCI), using methods such as cognitive walkthrough (CW), semi-structured interviews, thinkaloud protocols, and survey. The results from CW, semistructured interviews, think-aloud protocols shows that enhancement was needed on user interface and user experience in term of aesthetic and interactivity. The survey results were classified into two levels: high (mean > 4.0) and satisfied (mean > 3.5). Application factors that were recorded as satisfied were the application contents, text presentations, and satisfaction, while the factors recorded as high were the learning outcomes, assessments, effectiveness, and efficiency. The comments or suggestions for improvement were mainly around the contents of the application. Nevertheless, the application received good comments on its usefulness and the topics covered, which were suitable and best for non-native speakers. The findings of this study can guide developers and researchers in the development of future applications that can support language learning for non-native speakers in particular.
International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 2021
The Fourth Industrial Revolution (IR 4.0) which emphasizes more on science and technology and the... more The Fourth Industrial Revolution (IR 4.0) which emphasizes more on science and technology and the need to master the area in English seem to impact on the formation of identity of the Malay language. Thus, this study aims to identify and analyze the identity of Malay language among Gen Z, the generation born and grew up in this era. In this respect, appreciation and practice of the Malay language which are the components of identity were also investigated, particularly from the socio-cognitive perspective. Data were obtained from 660 respondents from a survey using Google forms. The respondents consisted of Gen Z throughout Malaysia who received invitations based on set criteria, covering urban, suburban and rural clusters. Research instruments developed specifically for this study have a high level of validity and reliability, namely α = .75 to α = .91. Data were analyzed descriptively and inferentially using Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 25.0 software. This study utilizes Sociocognitive Theory and Socio-cognitive approach to describe the relationship between Sociocognitive elements with the identity of Malay language among Gen Z. In general, the study concluded that 50.0% of Gen Z are in the early phase of fading language identity. The study also notes that 62.1% of Gen Z have negative attitude towards the Malay language, 73.0% have negative perceptions of the Malay language and 40.0% have the low practice level of Malay language. However, the study found that 83.4% of Gen Z have high appreciation of the Malay language. In order to ensure the identity of Malay language among Gen Z can be maintained, the study suggested that the stakeholders in policy-making can make the subject of the Malay language as a compulsory elective course in all higher education institutions, both public or private, as a requirement for graduation.
GEMA Online® Journal of Language Studies, Nov 29, 2017
Kajian dialek geografi di Malaysia sebelum ini telah memberikan maklumat taburan dialek secara um... more Kajian dialek geografi di Malaysia sebelum ini telah memberikan maklumat taburan dialek secara umum berdasarkan perbezaan fonologi dan leksikal. Kajian tersebut telah menjadi asas kepada kajian geolinguistik pada hari ini. Dalam kajian kali ini, varian leksikal "daun kari" dan "daun kesum" dalam dialek Melayu Kedah di Pulau Langkawi telah diteliti. Berasaskan analisis geolinguistik, elemen linguistik telah digabungkan bersama dengan faktor bukan bahasa seperti bentuk muka bumi, persempadanan, migrasi dan sejarah. Seramai 90 orang responden telah dipilih yang terdiri daripada golongan remaja, dewasa dan warga tua. Penganalisisan data dilakukan dengan berbantukan perisian Geographic Information System (GIS). Kajian ini telah mencapai matlamat yang telah ditetapkan iaitu mengenal pasti penggunaan varian bagi kedua-dua leksikal yang dikaji. Selain itu, perbandingan dan penyebaran setiap varian leksikal tersebut telah berjaya dipetakan dengan bantuan teknik chloropleth. Seterusnya, penerapan perisian GIS ini telah berjaya membantu menghuraikan faktor geografi yang mempengaruhi pembentukan dan penyebaran varian leksikal di Langkawi. Hasil kajian ini telah dapat membuktikan secara saintifik bahawa kawasan mukim Padang MatSirat, Bohor dan Kuah adalah kawasan asal penutur dialek Melayu Langkawi, manakala Ayer Hangat dan Ulu Melaka mempunyai paling ramai penutur dialek Melayu Satun. Seterusnya, di mukim Kedawang pula terdapat penduduk yang menuturkan dialek Melayu Patani. Penyebaran ini berlaku adalah disebabkan oleh faktor sejarah, geografi dan sosiobudaya. Kajian ini menjadi lebih menarik, sistematik dan meyakinkan kerana disokong dengan kehadiran teknologi GIS dan pendekatan multidisiplin.
Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 2018
Kebanjiran tenaga kerja asing, seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan peneta... more Kebanjiran tenaga kerja asing, seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan penetapan sasaran Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan menjelang tahun 2020, merupakan peluang untuk mengembangkan bahasa Melayu kepada penutur asing. Namun, dalam keghairahan menyambut warga asing ini, perancangan dan tindakan yang tepat perlu diberikan perhatian. Mereka bukan sahaja perlu mempelajari bahasa Melayu, tetapi juga budaya Melayu yang pastinya berbeza dengan budaya kaum-kaum lain di Malaysia. Melalui kajian keperluan pelanggan yang dilakukan secara dalam talian, kajian ini mendapati bahawa lebih daripada 75.0% responden dari 17 buah negara memberikan maklum balas bahawa mereka tidak berminat untuk mempelajari bahasa Melayu, namun semua responden menyatakan ingin mempelajari budaya Melayu. Sejumlah 85.% responden pula memberikan maklum balas bahawa mereka sukar untuk mendapatkan bahan pembelajaran dalam talian, khususnya dalam bentuk video yang boleh dirujuk. Susulan daripada itu, kajian ini bertujuan membangunkan kit video pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing dengan mengambil kira keperluan pengajaran bahasa dan budaya Melayu dalam satu pakej yang sama. Sebanyak 11 tema utama dipilih untuk membangunkan kit video ini dan telah diperkenalkan kepada pelajar asing yang mengikuti kursus bahasa Melayu di Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM dan di Foreign Language Centre, FCU Taiwan. Tahap awal kajian ini mendapati bahawa pelajar asing memberikan maklum balas yang positif terhadap kit video yang dibangunkan.
Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 2018
Gastronomi ialah pengkajian berkaitan dengan makanan dan amalan pemakanan yang baik (good eating)... more Gastronomi ialah pengkajian berkaitan dengan makanan dan amalan pemakanan yang baik (good eating). Makanan bukan sahaja penting untuk hidup, tetapi turut mempunyai pengaruh dalam menyampaikan mesej melalui komunikasi. Dalam konteks budaya Melayu, elemen yang terdapat dalam gastronomi mempunyai pengaruh secara tidak langsung dalam komunikasi, khususnya komunikasi secara tersirat. Hal ini jelas dapat dilihat dalam peribahasa Melayu. Tumpuan analisis ini adalah peribahasa yang menunjukkan pengaruh makanan yang berunsur sejuk dan panas. Contohnya, pisang mewakili makanan berunsur sejuk, dan daging yang mewakili makanan berunsur panas. Data peribahasa Melayu dikumpulkan daripada pangkalan data (www.malaycivilization.com) UKM dan 'Kamus Istimewa Peribahasa Melayu'. Kajian ini menerapkan pendekatan rangka rujuk silang (RRS) dan semantik inkuisitif dalam penganalisisan data. Data yang diperoleh diperkukuh dengan hasil janaan data korpus yang menunjukkan persamaan antara konsep dan ciri-ciri yang dibawa oleh makanan yang berunsur sejuk-panas dengan emosi penuturnya. Hasil kajian mendapati peribahasa berkaitan makanan berunsur sejuk menunjukkan ciri-ciri 'sejuk' melalui emosi gembira, bahagia dan senang hati. Manakala makanan berunsur panas pula didapati memaparkan ciri-ciri 'panas' yang ditunjukkan melalui sifat negatif, seperti 'zalim', 'berpura-pura' dan 'kesakitan' yang menjadi makna implisitnya. Secara tidak langsung, konsep dan ciri-ciri yang terdapat dalam makanan telah diserap dan diadaptasi dalam bentuk komunikasi implisit. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya telah dapat menghasilkan huraian makna dalam peribahasa Melayu, yang akhirnya mencerminkan akal budi penuturnya, khususnya berkaitan gastronomi Melayu.
GEMA Online® Journal of Language Studies, 2017
Istilah dibentuk untuk menyokong perbendaharaan kata bagi setiap ilmu yang dikembangkan. Persoala... more Istilah dibentuk untuk menyokong perbendaharaan kata bagi setiap ilmu yang dikembangkan. Persoalannya, bagaimanakah orang dahulu mencipta istilah sebelum adanya rumus dan peraturan? Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa sebahagian besar istilah pada masa lalu dibentuk secara spontan, namun pasti ada kaedah tersendiri yang membantu bijak pandai dahulu mencipta istilah. Bahkan, beberapa hasil penelitian membuktikan bahawa masyarakat Melayu mencipta istilah berdasarkan pengalaman mereka berinteraksi dengan alam. Tradisi tersebut tidak hanya terhenti dalam kalangan masyarakat Melayu lama, tetapi juga berkesinambungan sehingga kini. Misalnya, melalui kaedah pembentukan nama-nama fauna seperti sesibur (sibur-sibur), pepatung (patung-patung), lelais (lais-lais) atau sesumpah (sumpah-sumpah); dan flora seperti deduit (duit-duit), bebaru (baru-baru), bebuas (buasbuas) atau bebati (beti-beti) yang muncul sejak zaman dahulu, kini istilah seperti cecair, rerambut, tetikus, bebuli dan tetingkap digunakan dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk kejuruteraan dan sains dan teknologi. Persamaan struktur tersebut bukan sekadar berdasarkan peniruan semata-mata, sebaliknya ada rumus yang pastinya dapat dijelaskan. Artikel ini bertujuan memaparkan aspek dan pola gandaan separa dalam terminologi bahasa Melayu, di samping menjelaskan keterkaitan antara ilmu dan penciptaan istilah. Kupasan konsep istilah yang dihuraikan menggunakan pendekatan sosioterminologi, yang menggabungkan data, analogi, falsafah dan kognisi penutur Melayu, bukan sahaja dapat menyingkap kebijaksanaan Melayu dalam menentukan pemilihan istilah tetapi juga menyerlahkan akal budi Melayu. Analisis yang dilakukan terhadap 1,087 istilah gandaan separa yang ditemukan dalam korpus istilah Kejuruteraan dan Sains dan Teknologi (S&T) mendapati bahawa walaupun pembentukan istilah gandaan separa mengekalkan ragam kemelayuan istilah yang dibentuk, namun pembentukannya bukanlah dilakukan secara sembrono, sebaliknya mempunyai pola dan sistem yang teratur.