JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA - Academia.edu (original) (raw)
Vol 1 No 1 (2014) by JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2014
Dalam analisis ini, wacana wawancara dikaji dari sudut lakuan pertuturan. Lakuan pertuturan merup... more Dalam analisis ini, wacana wawancara dikaji dari sudut lakuan pertuturan. Lakuan pertuturan merupakan satu kerangka yang memperlihatkan penggunaan bahasa yang mempersembahkan lakuan. Wawancara sebagai satu peristiwa bahasa yang memaparkan tanya jawab antara pemeran, nampak sangat mudah tetapi sarat dengan lakuan pertuturan. Sesuatu peristiwa bahasa dicirikan oleh sekurang-kurangnya satu lakuan pertuturan. Justeru, kajian ini bertujuan memaparkan dan menjelaskan salah satu jenis lakuan pertuturan yang terdapat dalam peristiwa bahasa wawancara iaitu lakuan pernyataan. Kajian ini menggunakan data daripada teks wawancara yang dipilih berdasarkan kerelevanannya dalam objektif kajian. Wawancara dipilih secara rawak daripada sembilan buah majalah terbitan Kumpulan Karangkraf, iaitu penerbit majalah terbesar di Malaysia. Aspek lakuan pertuturan dirincikan mengikut kerangka Asmah (1997) dengan mengambil kira teori lakuan pertuturan yang dibangunkan oleh pengkaji terdahulu. Lakuan pernyataan didapati sangat menonjol dalam wawancara. Melaluinya, audiens (pembaca atau pendengar) mendapat sebanyak mungkin maklumat dan penjelasan daripada orang yang diwawancara (ODW). Hasil kajian menunjukkan terdapat enam subkategori dalam lakuan pernyataan, iaitu pernyataan biasa, pernyataan retorik, pengakuan, pengesahan, penolakan dan penerimaan. Selain daripada memperoleh maklumat dan penjelasan, kita dapat mengenal pasti emosi dan perasaan orang yang diwawancara (ODW) dengan jelas melalui subkategori lakuan pernyataan yang dipersembahkan.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2014
Masyarakat antarabangsa daripada negara budaya konteks rendah yang datang ke Malaysia mempunyai g... more Masyarakat antarabangsa daripada negara budaya konteks rendah yang datang ke Malaysia mempunyai gaya komunikasi yang berbeza dengan masyarakat tempatan. Gaya komunikasi budaya konteks rendah mereka boleh kekal atau berubah kepada budaya konteks tinggi semasa berada di Malaysia.Kajian ini bertujuan meneroka perubahan gaya komunikasi individu daripada budaya konteks rendah kepada gaya komunikasi budaya konteks tinggi selepas berada 6 bulan di Malaysia. Kaedah tinjauan telah dijalankan menerusi pengedaran borang soal selidik kepada responden di sekitar Lembah Klang.Sejumlah 122 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Pemilihan responden ini menggunakan teknik persampelan bertujuan. Selepas enam bulan berada di Malaysia, didapati gaya komunikasi sesetengah individu daripada negara budaya konteks rendah telah mengalami perubahan kepada gaya komunikasi budaya konteks tinggi. Ujian-T Berpasangan menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam perubahan gaya komunikasi individu yang berbudaya konteks rendah. Kajian ini dapat menyumbang pengetahuan baru dari aspek perubahan gaya komunikasi masyarakat luar bila berada di negara ini. Ini memberi implikasi kepada pengetahuan bidang komunikasi antara budaya, dan sebagai panduan amalan dalam kalangan masyarakat luar atau negara ini.
Vol 4 No 1 (2017) by JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2017
Penyelidikan ini dilaksanakan untuk mengkaji pengekalan penggunaan leksis bahasa sukuan peribumi ... more Penyelidikan ini dilaksanakan untuk mengkaji pengekalan penggunaan leksis bahasa sukuan peribumi Sabah dalam korpus bahasa Melayu. Sumber data yang dimanfaatkan adalah daripada data korpus bahasa Melayu yang dibangunkan sendiri oleh penyelidik. Data korpus tersebut terdiri daripada enam buah novel yang berlatarkan masyarakat peribumi Sabah, iaitu novel Bagaton dan Mariga karya Amil Jaya, manakala novel Dukanya Abadi, Kukui, Dari Dalam Cermin, dan Debur Menerpa karya Azmah Nordin. Sebanyak 465 leksikal bahasa sukuan telah dikenal pasti digunakan secara bersama-sama dengan bahasa Melayu dalam data korpus. Berdasarkan angka tersebut, kekerapan penggunaan leksikal yang tertinggi ialah sebanyak 130 bilangan kekerapan, iaitu leksis lansaran. Analisis dijalankan menggunakan teori semantik ranah (frame semantics) yang dipelopori oleh Charles Fillmore (1982). Dapatan kajian awal menunjukkan bahawa pendekatan berteori linguistik, khususnya semantik kognitif dapat memerihalkan gelagat semantik leksis bahasa sukuan dalam korpus bahasa Melayu. Seterusnya, menyelogkar makna yang cuba digambarkan untuk membawa konsep masyarakat penutur di sebalik penggunaan leksis tersebut. Pendeskripsian yang dilakukan diharap dapat menjelaskan fungsi kewujudan dan kewajaran setiap leksis disebabkan motivasi, potensi dan reputasi leksis tersebut.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2017
Makalah ini membincangkan pembelajaran bahasa Melayu yang menggunakan Kit Asas Membaca bagi kanak... more Makalah ini membincangkan pembelajaran bahasa Melayu yang menggunakan Kit Asas Membaca bagi kanak-kanak lembam pada peringkat asas membaca. Kit ini dibangunkan berasaskan Model Membaca Searclight yang memfokus kepada empat elemen utama, iaitu pengecaman huruf dan pengetahuan grafik, fonik, pengetahuan tentang konteks, dan pengetahuan tentang tatabahasa. Kemahiran membaca merupakan lanjutan daripada kemahiran psikolinguistik lain seperti mendengar, bertutur, dan menulis. Namun, masih ramai kanak-kanak menghadapi masalah dalam bacaan, terutamanya kanak-kanak lembam, iaitu individu yang mempunyai kemahiran menerima pembelajaran yang lemah berbanding dengan rakan sebayanya. Keupayaan mengenal huruf, membatangkan suku kata, mengeja, dan sebagainya semasa membaca adalah lemah.Dalam makalah ini, perbincangan akan ditumpukan kepada pengecaman huruf dan pengetahuan grafik sahaja. Modul pengajaran ini dibahagikan kepada empat objektif pembelajaran. Setiap objektif yang ingin dicapai pula adalah berdasarkan Taksonomi Bloom (1956) yang meliputi tiga domain, iaitu kognitif, psikomotor, dan afektif. Kandungan Kit Asas Membaca ini pula melibatkan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), aktiviti pengayaan, dan Ujian Penilaian Kemahiran Membaca berdasarkan modul yang telah diajar.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2017
Ketimpangan studi fenomena kesantunan berbahasa dan ketidaksantunan berbahasa sudah lama dicanang... more Ketimpangan studi fenomena kesantunan berbahasa dan ketidaksantunan berbahasa sudah lama dicanangkan dalam studi pragmatik. Akan tetapi, hingga sekarang ini studi ketidaksantunan berbahasa, khususnya yang berasaskan budaya setempat (culture specific) belum banyak dilakukan. Penelitian ini mengangkat manifestasi ketidaksantunan berbahasa secara pragmatik dengan mendasarkan masyarakat dan budaya Indonesia. Penelitian ini akan dapat digambarkan secara rinci bagaimana sesungguhnya manifestasi wujud dan maksud serta penanda ketidaksantunan berbahasa itu. Data dikumpulkan dengan menerapkan metode semak dan metode perbualan dalam linguistik. Data yang telah dikumpulkan dengan kedua-dua metode yang diperkaya dengan teknik dasar dan lanjutannya, dianalisis dengan menerapkan metode padan, khususnya pada ekstralingual. Hasil penelitian menunjukkan bahawa ketidaksantunan pragmatik berbahasa dalam basis budaya dan masyarakat Indonesia itu terbahagi ke dalam lima kategori, yakni melecehkan muka, menghilangkan muka, memain-mainkan muka, mengancam muka, dan kesembronoan disengaja. Setiap kategori ketidaksantunan berbahasa di atas dirinci ke dalam subkategori ketidaksantunan yang masing-masing ditentukan oleh maksud atau makna pragmatiknya.

Usaha mengangkat bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi ASEAN telah lama diperkatakan, diperdebatkan ... more Usaha mengangkat bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi ASEAN telah lama diperkatakan, diperdebatkan dan dicadangkan oleh pelbagai pihak. Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang besar. Dari sudut sejarah Nusantara, bahasa Melayu juga dikenali sebagai lingua franca dan telah digunakan secara meluas sebagai bahasa perantara dalam komunikasi, pertuturan sehari-hari, persuratan dan dalam aktiviti perdagangan. Persoalannya, sejauh manakah bahasa Melayu dapat diterima menjadi bahasa rasmi ASEAN?.Apakah kriteria penting dan faktor yang mewajarkan hal itu. Semua permasalahan tersebut akan diteliti dalam kajian ini. Dua objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor bahawa bahasa Melayu perlu diangkat sebagai bahasa rasmi ASEAN, dan keduanya, meneliti usaha yang telah dan sedang dilaksanakan untuk mencapai aspirasi yang dicita-citakan. Data sekunder diperoleh melalui kajian kepustakaan, dalam bentuk buku, kertas kerja, makalah dan siaran akhbar. Hasil kajian ini diharapkan dapat menyedarkan bangsa ASEAN bahawa bahasa Melayu bukan sahaja penting dari segi sejarah, tetapi juga kepraktisannya hingga kini. Oleh sebab itu wajarlah bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa rasmi ASEAN.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2017
Pemerhatian awal mendapati, pengajian bahasa Melayu semakin mendapat tempat di Thailand apabila s... more Pemerhatian awal mendapati, pengajian bahasa Melayu semakin mendapat tempat di Thailand apabila semakin banyak institut pengajian tinggi (kerajaan mahupun swasta) yang menawarkan pelbagai program pengajian bahasa Melayu. Paling menarik, terdapat pelajar program pengajian bahasa Melayu yang dibiayai pengajiannya oleh pihak kerajaan, termasuk untuk belajar di luar daripada Thailand (Malaysia dan Indonesia). Keadaan ini menunjukkan suatu perkembangan yang menarik berkaitan kesediaan pengkaji, penggiat dan pencinta bahasa Melayu untuk bersama-sama menjadikan hasrat ‘Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asean’ tercapai. Mendepani premis tersebut, makalah ini bertujuan membincangkan cabaran dan masa depan bahasa Melayu agar dapat ‘hidup subur’ di bumi Thailand. Hasil pemerhatian dan temu bual yang dijalankan di sebuah institut pengajian tinggi di wilayah Selatan Thailand mendapati, terdapat banyak cabaran yang telah, sedang dan perlu dihadapi oleh pelajar, pengkaji, penggiat dan pencinta bahasa Melayu untuk memastikan bahawa pengajian bahasa Melayu terus relevan di Thailand. Antara cabaran terbesar ialah pengupayaan pengajian bahasa Melayu seiring dengan keperluan bidang sains dan teknologi. Sekiranya hal ini dapat diusahakan, maka diyakini bahawa bahasa Melayu akan mampu bersaing, dan mampu menjadi bahasa Asean terpenting suatu hari nanti.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2017
Bahasa Melayu bukanlah satu bahasa yang statik tetapi ialah satu bahasa yang dinamik dan sentiasa... more Bahasa Melayu bukanlah satu bahasa yang statik tetapi ialah satu bahasa yang dinamik dan sentiasa berkembang mengikut arus perkembangan zaman. Kini bahasa Melayu sedang mengorak langkah untuk menjadi bahasa rasmi ASEAN. Justeru, makalah ini akan membincangkan realiti bahasa Melayu sebagai bahasa utama di ASEAN. Kedua, menghuraikan isu yang menjadi hambatan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN. Kajian berbentuk kualitatif dan kuantitatif ini dijalankan menggunakan kaedah temu bual dan tinjauan. Sebanyak 160 orang pelajar institusi pengajian tinggi telah dipilih sebagai responden menggunakan teknik persampelan bertujuan. Hasil kajian mendapati bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN memperlihatkan satu
realiti berdasarkan sejarah bahasa Melayu, yang berkembang dengan pesat dan berperanan sebagai bahasa untuk mengungkapkan ilmu dalam pelbagai bidang, bahasa lingua franca di rantau ASEAN, dan bahasa
Melayu sudah terbukti mempunyai kekuatan dalam sejarah peradaban bangsa Melayu di rantau ini. Walau bagaimanapun, masih terdapat pelbagai hambatan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN. Antara hambatan itu adalah kurangnya jati diri bangsa Malaysia terhadap bahasa Melayu, keraguan bangsa Malaysia terhadap kemampuan bahasa Melayu untuk menyaingi bahasa Inggeris dalam beberapa domain ilmu pengetahuan moden, dan kemampuan bahasa Inggeris dalam bidang perniagaan dan perdagangan pada peringkat ASEAN dan antarabangsa. Hal ini terjadi kerana 80% responden berpendapat bahawa bahasa Melayu telah tidak dilaksanakan peranannya untuk tujuan intelektual di negara ini, dan 63% responden berpendapat
bahawa hal ini akan menyebabkan bahasa Melayu diragui keupayaannya sebagai bahasa rasmi ASEAN. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu dalam siaran media juga memperlihatkan penggunaan struktur ayat yang tidak tepat dan ayat yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris. Kesimpulannya, bahasa Melayu ialah bahasa akar kepada bahasa Melayu di Nusantara dan juga di rantau ASEAN. Justeru untuk memperkasakan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN, usaha merealisasikannya perlu dilakukan dengan bijak dan berani. Pendek kata perlu ada usaha kerjasama antara pihak kerajaan dengan rakyat agar bahasa Melayu
dapat memenuhi strategik untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2017
Kajian ini memberikan tumpuan terhadap konflik emosi melalui ujaran pelajar sekolah rendah di Sel... more Kajian ini memberikan tumpuan terhadap konflik emosi melalui ujaran pelajar sekolah rendah di Selangor. Ujaran pelajar adalah melalui lirik lagu ‘Nipah oh Nipah’ dari Siri Si Pekaka Bercerita, Dewan Bahasa dan Pustaka. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan membincangkan ujaran pelajar terhadap lirik lagu. Sampel kajian terdiri daripada 20 subjek daripada beberapa buah kelas di sebuah sekolah di Selangor. Subjek diberi peluang untuk mendengar lagu ‘Nipah oh Nipah’ sebanyak 10 kali. Mereka diberi peluang untuk berbincang bersama rakan yang lain tentang makna lirik lagu tersebut. Selepas itu, subjek ditemu bual tentang emosi yang terkandung dalam lirik lagu tersebut. Ujaran daripada temu bual dianalisis dengan menggunakan analisis wacana. Keputusan kajian menunjukkan bahawa subjek memberikan ujaran yang mengandungi konflik emosi melalui lirik lagu tersebut. Subjek dapat mengenal pasti emosi yang berlainan daripada setiap pokok nipah.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2017
Penggunaan bahasa slanga di institusi pengajian tinggi telah menjadi kajian di negara barat seawa... more Penggunaan bahasa slanga di institusi pengajian tinggi telah menjadi kajian di negara barat seawal 1851 dan menjadi kajian serius selepas tiga dekad selepas Perang Dunia Pertama. Kajian mendapati bahawa slanga berfungsi sebagai identiti sosial pelajar dan merupakan sebahagian daripada budaya pelajar. Slanga kerap digunakan dalam pertuturan berbanding dengan penulisan, dan diujarkan oleh kelompok tertentu untuk tujuan tersendiri. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kata leksikal slanga, fungsi, dan faktor timbulnya leksikal tersebut dalam kalangan pelajar Kadazan dusun. Seramai 20 orang pelajar etnik Kadazan dusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dipilih sebagai responden kajian. Data diperoleh menggunakan kaedah temu bual bersemuka jenis semi struktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar cenderung menggunakan bahasa slanga dalam kalangan kumpulan mereka sahaja atas tujuan gurauan, slogan dan melahirkan perasaan. Salah satu faktor pengungkapan leksikal slanga ialah bawaan daripada kebiasaan dalam persekitaran keluarga dan masyarakatnya di negeri Sabah. Antara perkataan dan frasa yang sering kali digunakan ialah "sipag", "haro harapan?", "JKK" dan "mana saya tau, saya mabuk". Leksikal slanga yang diungkapkan tersebut mempunyai ciri kedaerahan, kosa kata dan sebutan etnisiti, selari dengan pengalaman hidup pelajar. Kata kunci: slanga, identiti sosial pelajar, budaya pelajar, pelajar etnik Kadazan dusun, institusi pengajian tinggi, ciri kedaerahan, kosa kata dan sebutan etnisiti, selari dengan pengalaman hidup pelajar.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2017
Komunikasi diplomatik merupakan bentuk komunikasi rasmi, sama ada secara lisan mahupun tulisan ya... more Komunikasi diplomatik merupakan bentuk komunikasi rasmi, sama ada secara lisan mahupun tulisan yang dizahirkan melalui penghantaran utusan dan warkah diraja dalam menjayakan penyatuan hubungan, sama ada kerajaan nusantara seperti kerajaan Sriwijaya, Melaka, Kedah Tua, Siam ataupun di luar ruang lingkup nusantara seperti Belanda dan British. Komunikasi diplomatik yang menggunakan bahasa Melayu sebagai perantara untuk menyampaikan mesej diplomatik ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai standard dan kualiti pengucapan tinggi dalam kepelbagaian rencam dan ragam yang telah membawanya kepada tahap pencapaian pengiktirafan sebagai Lingua Franca kerajaan nusantara. Justeru, makalah ini akan menggunakan naskhah Melayu dan dokumen sejarah, khususnya warkah diraja untuk dijadikan sebagai bahan perbincangan untuk menganalisis, dan seterusnya merumuskan kekuatan bahasa Melayu sebagai perantara komunikasi diplomatik kerajaan nusantara.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2017
Makalah ini membincangkan aspek makna dalam perkamusan Melayu pada abad ke-19 dan abad ke-21. Kos... more Makalah ini membincangkan aspek makna dalam perkamusan Melayu pada abad ke-19 dan abad ke-21. Kosa kata yang terakam dalam perkamusan Melayu dalam dua zaman dapat memberikan gambaran sosial budaya masyarakat Melayu. Terdapatnya jurang masa yang panjang menyebabkan adanya perubahan terhadap pemaknaan sesuatu kata, iaitu mengalami peluasan, pengecilan atau penggantian disebabkan oleh perubahan dalaman bahasa dan perubahan kehidupan masyarakat. Penelitian ini bertujuan memperoleh gambaran tentang sebab perubahan makna berlaku dalam dua zaman, dan perubahan tersebut akan dibincangkan secara internal linguistik seperti morfologi, semantik dan eksternal linguistik seperti sosial dan sejarah. Kajian ini menggunakan bahan penelitian bersumberkan kamus abad ke-19, iaitu kamus Marsden 1812 dan kamus Dewan Edisi Keempat 2013 mewakili abad ke-20. Selain itu, data Korpus DBP turut digunakan untuk menguatkan dapatan kerana berupaya memberikan gambaran penggunaan sebenar sesuatu kata. Data yang diperoleh dibincangkan secara asosiasi yang melihat perubahan makna kata. Hasil penelitian mendapati bahawa data kata jalang dan dendam daripada kedua-dua kamus menunjukkan berlakunya perubahan makna dari segi peluasan. Kata jalang dan dendam mempunyai peluasan makna bersifat peyorasi, iaitu makna positif bertukar kepada makna negatif. Faktor berlakunya penurunan makna ini disebabkan sejarah, peristiwa dan perubahan sosial budaya masyarakat. Kata kunci: kamus Marsden, kamus Dewan, abad ke-19, abad ke-21, perubahan makna, peyorasi, sosial budaya.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2017
Perkembangan pesat bahasa Melayu di ASEAN ini berasaskan tiga faktor utama, iaitu faktor migrasi,... more Perkembangan pesat bahasa Melayu di ASEAN ini berasaskan tiga faktor utama, iaitu faktor migrasi, perdagangan dan penyebaran agama Islam. Perkembangan bahasa Melayu juga berkait rapat dengan sejarah bahasa itu yang pernah mengalami masa kegemilangannya, dan penutur jatinya yang mampu berdaya saing dalam menangani arus globalisasi. Kesamaan beberapa aspek bahasa dan budaya juga dapat membantu memperkasakan bahasa Melayu, khususnya dari aspek politik, ekonomi dan sosiobudaya. Untuk memperkukuh, merealisasikan dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN, pelbagai jalinan kerjasama serantau telah diperhebat, khususnya dalam perancangan taraf dan perancangan korpus. Antara yang memainkan peranan penting ke arah itu ialah Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM), Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), Jaringan Pustaka dan Forum Kerjasama Penerbitan Serantau (FOKEPS), dan lain lagi. Jalinan kerjasama serantau ini, jika diusahakan dengan tekun dan sistematik, dapat menjatidirikan bahasa Melayu ke martabat yang tinggi.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2017
Pembentukan pantun bukan melihat kepada bunga atau cantiknya bahasa, namun pemikiran dalam pencip... more Pembentukan pantun bukan melihat kepada bunga atau cantiknya bahasa, namun pemikiran dalam penciptaan pantun itu yang menjelaskan semantik Melayu. Kebijaksanaan dalam menterjemahkan nilai serta pesanan yang disampaikan dalam pantun ialah cerminan akal budi Melayu. Setiap kata yang disusun dan dizahirkan bukan sewenang-wenang penggunaan akan tetapi membawa keramat pemulaan komunikasi masyarakat Melayu. Kajian ini dijalankan mencari kesejagatan semantik dan akal budi Melayu dalam pembentukan pantun Melayu. Analisis diteliti dengan melihat unsur yang paling hampir dengan masyarakat, iaitu flora dan fauna. Seterusnya, konseptual semantik nilai kasih sayang menjadi teras kepada paparan makna, sama ada positif atau negatif. Tiga objektif yang menjadi teras kepada unsur flora dan fauna, akal budi Melayu dan pemetaan (mapping) semantik. Ketelitian kajian ini menggunakan Teori Metafora RUM yang memetakan domain sumber dan sasaran serta membantu dalam mengkonsepsikan metafora. Metafora konsepsi bukan sekadar menjadi diksi semata-mata, namun teori tersebut sebagai kesatuan makna yang dikonsep secara jelas dengan bantuan pemetaan domain. Kajian ini menggunakan data teks daripada Buku Kurik Kundi Merah Saga (2009) merupakan himpunan pantun bertema. Pendekatan kepustakaan menjadi landasan utama sebagai sumber rujukan kajian. Setelah analisis dibuat dapatan mempamerkan kesejagatan makna kasih sayang yang dikonsepsikan dengan pelbagai penyampaian bergantung kepada akal budi Melayu. Akal budi Melayu yang jelas terakam dalam pantun ini menyangkal kewujudan keindahan bahasa, namun lebih bersifat infomasi seterusnya situasi masyarakat Melayu dahulu. Tuntasnya, masyarakat Melayu bukan bijak dalam mereka keindahan bahasa, namun bijak menyisipkan akal budi dalam pantun yang memiliki ketajaman semantik.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2017
Nilai budaya menggambarkan perilaku manusia dalam kehidupan bermasyarakat. Pemahaman tentang sist... more Nilai budaya menggambarkan perilaku manusia dalam kehidupan bermasyarakat. Pemahaman tentang sistem nilai budaya dan orientasi nilai budaya akan menentukan konteks perilaku masyarakat tersebut. Walau bagaimanapun, nilai budaya bagi setiap masyarakat adalah berbeza antara satu sama lain. Kadang kala berlaku persamaan budaya dan dalam kebanyakan masa pula berlaku pertembungan budaya. Sehubungan dengan itu, makalah ini akan membincangkan nilai budaya masyarakat berdasarkan tiga buah novel terpilih, iaitu novel Laskar Pelangi-2007 (Indonesia), Kereta Api Terbalik Langgar Kerbau di Rembau-2015 (Singapura) dan Sarjana Bangsa-2015 (Malaysia), yang ketiga-tiganya merupakan penulis ASEAN. Selain itu, perbandingan nilai budaya dalam ketiga-tiga novel akan dikupas berdasarkan kerangka kebudayaan Anwar Din (2008). Aspek kebudayaan yang ditekankan ialah etos, norma, kepercayaan, pandangan dunia, simbol, dan hasil dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat ASEAN berkongsi nilai budaya yang hampir sama dalam kebanyakan aspek. Hal ini mungkin disebabkan ketiga-tiga karya tersebut dihasilkan oleh pengkarya yang mempunyai latar kebudayaan dalam lingkungan negara ASEAN. Secara keseluruhannya, novel yang dikaji memaparkan nilai budaya dan kesantunan berbahasa yang tinggi.
Vol 4 No 2 (2017) by JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2017
Kajian ini dijalankan di Kecamatan (Daerah) Tangaran, Kabupaten Sambas, Kalimantan Barat yang ber... more Kajian ini dijalankan di Kecamatan (Daerah) Tangaran, Kabupaten Sambas, Kalimantan Barat yang bersempadan dengan negeri Sarawak. Pelbagai adat istiadat Melayu yang berhubungan dengan bahasa Melayu dapat dikesan di Sambas. Salah satunya ialah "Timang Mayang" yang dapat dikesan di daerah tersebut. Pelbagai kesenian sama ada yang telah pupus atau yang masih wujud sehingga ke hari ini telah dapat dikesan di Sambas. Dalam kajian ini, penyelidik berusaha mendokumentasikan salah satu daripada kesenian tradisi Melayu yang hampir pupus ditelan zaman. Banyak faktor yang menyebabkan kemusnahan hasil kebudayaan masyarakat Melayu ini menjadi semakin terpinggir. Antaranya ialah, masyarakat moden sudah tidak mahu menerima kepercayaan yang disifatkan sebagai karut. Sebagai generasi penerus dan pelestariannya wajarlah usaha pengesanan dan pendokumentasiannya dipergiat. "Timang Mayang" merupakan satu contoh adat kesenian tradisi Melayu yang harus dipertahankan. Hal ini demikian kerana "Timang Mayang" merupakan satu bentuk adat kesenian yang telah turun temurun diwarisi daripada nenek moyang. Kesenian ini sering dipertunjukkan dalam acara pernikahan ataupun acara peringatan hari besar seperti hari Kemerdekaan Republik Indonesia. "Tari Mayang" ini juga digunakan oleh segelintir orang untuk mencari barang yang hilang dengan syarat tempat kehilangan barang tersebut diketahui. Melalui "Timang Mayang"seorang pemain akan mencari kedudukan barang yang hilang itu. Dikatakan juga "Timang Mayang" yang ada di daerah Tangaran, Sambas ini memiliki persamaan dengan "Ulek Mayang" yang terdapat di Negeri Terengganu. Daripada mantera yang dinyanyikan, terdapat beberapa persamaannya dan daripada mayang yang dipakai juga terdapat persamaannya. Penyelidikan yang dilakukan ini ialah hasil daripada penelitian yang dibiayai oleh Universiti Malaya Research Grant (UMRG) pada 2013. Kata kunci: timang mayang, kepercayaan karut, adat, acara pernikahan, mencari barang.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2017
Kajian ini memfokuskan istilah fesyen bahasa Inggeris yang telah diubah ke bahasa Melayu serta me... more Kajian ini memfokuskan istilah fesyen bahasa Inggeris yang telah diubah ke bahasa Melayu serta menganalisis terma fashion daripada bahasa Inggeris yang tidak dapat diterjemahkan ke bahasa Melayu. Teori yang dimanfaatkan dalam kajian ini ialah teori Chaer dan Agustina (2004). Kajian ini terbatas pada terma bahasa yang digunakan dalam bidang fesyen di Malaysia. Seramai 30 orang pelajar program Bacelor Sastera (Kesusasteraan Inggeris), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia telah dijadikan responden. Pelbagai rujukan ilmiah digunakan, borang soal selidik diedarkan kepada responden secara rawak, dan juga temu ramah bersama dua orang responden yang dipilih secara rambang digunakan sebagai instrumen dan wadah dalam kajian ini. Hasil dapatan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil analisis mendapati bahawa istilah fesyen di Malaysia masih digunakan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Namun begitu, kebanyakan istilah fesyen yang dikenali oleh responden terdiri daripada bahasa Inggeris kerana sesetengah terma pakaian tidak dapat diterjemahkan ke bahasa Melayu. Justeru, kajian ini diharapkan dapat membantu mempertingkatkan proses penggunaan istilah bahasa Melayu dalam bidang ini.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2017
Penguasaan Peribahasa di Sekolah Kebangsaan didapati sangat lemah dan memerlukan kajian khas untu... more Penguasaan Peribahasa di Sekolah Kebangsaan didapati sangat lemah dan memerlukan kajian khas untuk mengetahui masalah dan juga punca berlakunya masalah tersebut. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis penggunaan peribahasa dalam pemahaman dan penulisan murid tahun enam dan melaksanakan program peningkatan penguasaan peribahasa. Sebanyak tiga program yang dijalankan untuk meningkatkan penguasaan peribahasa dalam kalangan murid sekolah kebangsaan, iaitu Program Juta Peribahasa, Program Sehari Satu Peribahasa dan warnai gayaku. Sebanyak 40 orang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, yang terletak di kawasan pinggir bandar Mentakab dipilih sebagai sampel kajian. Pengumpulan data berasaskan kaedah tinjauan, yang melibatkan murid tahun enam. Pengkaji juga menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data tentang pengetahuan dan penguasaan peribahasa murid tahun enam di sekolah kebangsaan. Kajian ini mendapati bahawa tiga program yang dijalankan, iaitu "Program Sehari Satu Peribahasa", dan "Warnai Gayaku" telah membantu peningkatan penguasaan peribahasa dalam kalangan pelajar dalam penulisan karangan.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2017
Kata kerja merupakan elemen penting dalam tatabahasa tetapikesalahan penggunaannya masih berlelua... more Kata kerja merupakan elemen penting dalam tatabahasa tetapikesalahan penggunaannya masih berleluasa dalam masyarakat. Salah satu medium yang mudah untuk mendapatkan maklumat tentang penggunaan kata kerja dalam bentuk penulisan yang merangkumi struktur ayat, pembinaan ayat, dan sebagainya ialah akhbar. Namun begitu, terdapat juga kesalahan penggunaan frasa kerja dalam penulisan akhbar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan frasa kerja dalam akhbar, khususnyaakhbar Harian Metro, berpandukan rumus frasa kerja Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (2015). Hasil kajian mendapati bahawa kesalahan penggunaan frasa kerja dalam akhbar Harian Metrodapat dikategorikan kepada 5 kumpulan, iaitu frasa kerja dengan objek, frasa kerja dengan dua objek, frasa kerja dengan ayat komplemen, kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan unsur keterangan dalam frasa kerja. Kajian ini dapat menunjukkan bahawa tahap penguasaan tatabahasa seseorang penulis itu kurang memuaskan.

JURNAL PERTANIKA DAN MAHAWANGSA , 2017
Medan semantik merupakan lingkungan konsepsi yang mengandungi sekumpulan leksikal, yang saling be... more Medan semantik merupakan lingkungan konsepsi yang mengandungi sekumpulan leksikal, yang saling berjalinan maknanya. Struktur pengkonsepsiannya yang bertindihan berupaya memberikan pemaknaan yang jelas. Oleh itu, analisis maknasesuai untuk diaplikasikan dalam menentukan keperibadian dan pandangan sarwa sesuatu masyarakat. Makalah ini akan menginterpretasikan sifat dan nilai orang Melayuberdasarkan Teori Medan Semantik,yang dipelopor Toshihiko Izutsu (1964) dan Syed Muhammad Naguib al-Attas (1970).Sembilan warkah Melayu tradisional dianalisis dan dideskriptifkan berdasarkan teori ini, yang menemukan sebanyak 10 frasa berteraskan hati budi Melayu dan berpusatkan kata fokus “tulus”. Manakala sebanyak 12 kata kunci dan pemaknaan asasinya telah dihuraikanberpandukan frasa dalam kata fokus tersebut. Semua kata kunci ini saling berangkaian maknanya dalam satu lingkungan konsepsi yang menjelaskan kMedan semantik merupakan lingkungan konsepsi yang mengandungi sekumpulan leksikal, yang saling berjalinan maknanya. Struktur pengkonsepsiannya yang bertindihan berupaya memberikan pemaknaan yang jelas. Oleh itu, analisis maknasesuai untuk diaplikasikan dalam menentukan keperibadian dan pandangan sarwa sesuatu masyarakat. Makalah ini akan menginterpretasikan sifat dan nilai orang Melayuberdasarkan Teori Medan Semantik,yang dipelopor Toshihiko Izutsu (1964) dan Syed Muhammad Naguib al-Attas (1970).Sembilan warkah Melayu tradisional dianalisis dan dideskriptifkan berdasarkan teori ini, yang menemukan sebanyak 10 frasa berteraskan hati budi Melayu dan berpusatkan kata fokus “tulus”. Manakala sebanyak 12 kata kunci dan pemaknaan asasinya telah dihuraikanberpandukan frasa dalam kata fokus tersebut. Semua kata kunci ini saling berangkaian maknanya dalam satu lingkungan konsepsi yang menjelaskan keperibadian masyarakat Melayu tradisional, yang mungkin sukar dijelaskan secara tuntas. Namun, dengan mengaplikasikan teori medan semantik, konsepsi sebenar keperibadian sosial, amalan, nilai kehidupan, dan kepercayaan masyarakat Melayu abad ke-19 dapat dijelaskan.eperibadian masyarakat Melayu tradisional, yang mungkin sukar dijelaskan secara tuntas. Namun, dengan mengaplikasikan teori medan semantik, konsepsi sebenar keperibadian sosial, amalan, nilai kehidupan, dan kepercayaan masyarakat Melayu abad ke-19 dapat dijelaskan.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2017
Kajian bidang leksikografi ini menyelidik perbandingan medan maklumat antara dua buah kamus ekaba... more Kajian bidang leksikografi ini menyelidik perbandingan medan maklumat antara dua buah kamus ekabahasa Melayu, iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Keempat. Medan maklumat merujuk kepada jenis maklumat dalam kamus seperti ejaan, sebutan, makna, tatabahasa, etimologi, penggunaan kata, silang kata, dan sebagainya Data kajian pula terdiri daripada 1087 entri yang dipilih secara rawak mudah dan bersistematik. Kaedah kajian ialah kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Data dianalisis secara deskriptif asas. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan medan maklumat dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia berdasarkan penggunaan prinsip umum leksikografi. Pelbagai aspek terkandung dalam medan atau kategori maklumat dalam sesebuah kamus. Sebanyak enam aspek sahaja yang akan dibincangkan dalam kajian ini, iaitu ejaan, penyusunan entri atau kata masukan, sebutan, penggunaan kata, etimologi, dan rujuk silang. Hasil kajian menunjukkan bahawa memang wujud perbedaan, persamaan dan kekurangan dalam medan maklumat kedua-dua buah kamus tersebut. Kelebihan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan medan maklumat dalam sesebuah kamus ekabahasa Melayu membantu pihak penyusun kamus menghasilkan sesebuah kamus yang berwibawa. Kajian ini mendedahkan para pengguna, khususnya para pendidik, pelajar dan ahli akademik tentang kepentingan medan maklumat dalam kamus.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2017
Tujuan kajian ini untuk mengenal pasti jenis kesalahan struktur ayat, menganalisis kesalahan stru... more Tujuan kajian ini untuk mengenal pasti jenis kesalahan struktur ayat, menganalisis kesalahan struktur ayat dalam pembelajaran bahasa kedua dan menghuraikan langkah mengatasi kesalahan tatabahasa dalam pembelajaran bahasa kedua. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan, pemerhatian dan kepustakaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh pelajar bahasa kedua merangkum kekeliruan atau ketidakjelasan struktur ayat, penggunaan kata kerja yang tidak gramatis, dan kesalahan imbuhan dan ejaan. Kajian ini dapat membantu guru bahasa Melayu merancang dan melaksanakan strategi pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan dan efisien.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2017
Kajian ini memfokuskan penggunaan bahasa oleh pengguna telefon pintar dan faktor pemilihan bahasa... more Kajian ini memfokuskan penggunaan bahasa oleh pengguna telefon pintar dan faktor pemilihan bahasa tersebut. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan teori Nida (1964). Terdapat enam aspek penting dalam teori terjemahan yang terdiri daripada penyalinan semula maklumat, persamaan bukan keserupaan, persamaan sejadi atau bersahaja (formal), persamaan terdekat (dinamik), keutamaan makna, dan kepentingan gaya. Teori keutamaan makna menjadi fokus dalam kajian ini. Kajian ini terbatas kepada matlamat dan objektif dalam menerangkan masalah bahasa Melayu sebagai medium penterjemahan dalam aplikasi telefon pintar. Seramai 30 orang dijadikan responden, iaitu pelajar Kesusasteraan Inggeris, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Kajian ini melibatkan kaedah kepustakaan dan kaedah lapangan. Borang soal selidik dan rakaman temuramah merupakan alat kajianutama. Hasil dapatan akan dipindahkan dalam program SPSS dan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil analisis mendapati bahawa penggunaanbahasa Melayu sebagai medium penterjemahan dalam aplikasi telefon pintar masih kurang, dan semua reponden dalam kajian ini lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris. Kajian ini juga turut menunjukkan faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa tersebut, iaitu mereka lebih memahami bahasa pilihan, mengikut peredaran zaman, dan merupakan bahasa ibunda mereka. Kata kunci: aplikasi telefon pintar, penterjemahan, penggunaan bahasa, bahasa Melayu, bahasa Inggeris.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2017
Makalah ini bertujuan untuk menganalisis sistem panggilan dalam masyarakat Melayu Brunei di Negar... more Makalah ini bertujuan untuk menganalisis sistem panggilan dalam masyarakat Melayu Brunei di Negara Brunei Darussalam, dengan memfokus kata panggilan kekeluargaan dan hubungan sosial yang rapat. Kajian ini menerapkan pendekatan Etnografi Komunikasi Dell Hymes (1962) dan Saville-Troike (2003), yang sebelumnya dikenali sebagai "the ethnography of speaking", yang digunakan secara meluas dalam menganalisis sesuatu komunikasi yang berhubung kait dengan konteks sosial dan budaya yang dipraktikkan. Sebanyak 232 borang kaji selidik dianalisis dan dikategorikan kepada dua kategori yang besar, iaitu jenama kekeluargaan, dan jenama kata panggilan hubungan sosial yang rapat. Dalam jenama kekeluargaan, kajian akan melihat kata panggilan bagi datuk dan nenek; kata panggilan bagi ibu bapa, kata panggilan bagi indung patuan, dan kata panggilan adik-beradik. Jenama hubungan sosial akan melihat kata panggilan rujukan penyapa apabila berkomunikasi dengan pengiran, pehin, dan orang atasan (majikan). Isu yang dikemukakan dalam kajian ini ialah jati diri dan nilai tempatan bertentangan dengan arus globalisasi. Situasi era globalisasi ini sangat mencabar bagi masyarakat Melayu Brunei, terutama generasi muda. Cabaran yang paling jelas dewasa ini ialah bagaimana untuk mengekalkan dan memantapkan jati diri bangsa Melayu Brunei? Dapatan kajian membuktikan bahawa kata panggilan dalam sistem panggilan kekeluargaan masyarakat Melayu Brunei ada pelbagai dan bervariasi, ada yang masih mengekalkan kata panggilan tradisi, namun banyak juga yang mengalami perubahan, terutama bagi kata panggilan yang merujuk adik-beradik. Misalnya, banyak didapati generasi muda masa ini menggunakan panggilan nama kepada saudara yang lebih tua. Hal ini tidak menunjukkan identiti masyarakat Melayu Brunei tulen, yang bersopan santun dan berawar galat. Untuk mengekalkan dan memantapkan penggunaan kata panggilan tradisi yang dimaksudkan, ibu bapa merupakan agen utama yang berperanan penting, di samping institut pendidikan dan media tempatan.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2017
Bahan perhubungan media ialah aspek yang penting dalam strategi komunikasi untuk menyalurkan makl... more Bahan perhubungan media ialah aspek yang penting dalam strategi komunikasi untuk menyalurkan maklumat sesebuah organisasi kepada pertubuhan media. Amalan perhubungan media pula penting dan diperlukan oleh editor pertubuhan media untuk mendapatkan maklumat daripada organisasi luar. Bahan tersebut perlu memenuhi keperluan editor sebelum disiarkan, termasuk aspek pengunaan bahasa. Makalah ini memberikan fokus kepada penggunaan bahasa dalam bahan perhubungan media yang dihantar oleh pengamal perhubungan awam kepada editor pertubuhan media di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap bahan perhubungan media dan temu bual bersemuka melibatkan editor pertubuhan media untuk menganalisis penggunaan bahasa dalam bahan tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa bahan yang diterima oleh pertubuhan media menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, namun, organisasi swasta lebih selesa menggunakan bahasa Ingeris berbanding dengan bahasa Melayu, walaupun media tersebut menggunakan bahasa Melayu dalam penerbitan mereka. Selain itu, terdapat pelbagai nama bahan perhubungan media yang diterima oleh media massa daripada organisasi luar yang menggunakan kedua-dua bahasa tersebut. Analisis menunjukkan editor berpendapat bahawa pemilihan bahasa yang betul dengan keperluan pertubuhan media sangat penting dan perlu dipatuhi oleh pengamal perhubungan awam.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2017
Proses membaca tulisan Jawi adalah rumit kerana dari segi kognitifnya, tulisan ini melibatkan pro... more Proses membaca tulisan Jawi adalah rumit kerana dari segi kognitifnya, tulisan ini melibatkan proses kompleks disebabkan oleh sistem ejaanya. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa walaupun tanda diakritik untuk bunyi vokal bahasa Arab (baris atas, bawah dan hadapan) membantu pembaca membaca Jawi dengan lebih tepat, ia tidak mampu memendekkan tempoh seseorang membaca Jawi. Tidak diketahui pula sama ada kehadiran diakritik tersebut mengganggu proses pembacaan Jawi sebagaimana ia mengganggu proses pembacaan teks bahasa Arab dalam kalangan penutur bahasa Arab. Sehubungan itu, kajian ke atas 18 orang responden yang melibatkan pembacaan 18 perkataan dua suku kata Melayu yang dieja dalam tulisan Jawi dalam empat variasi ejaan telah dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyelidik sama ada diakritik vokal yang digunakan boleh dianggap sebagai "gangguan persepsi" (perceptual noise) dalam proses membaca tulisan Jawi atau sebaliknya. Sebuah alat penjejakan mata EyeNTNU-180 digunakan untuk menjejak pergerakan mata ketika perkataan tersebut dibaca, termasuklah dalam keadaan huruf vokal dan diakritik vokal digunakan sebagai pemboleh ubah dalam sistem ejaan Jawi. Dapatan daripada tumpuan mata dan peta haba yang digunakan untuk menilai "gangguan persepsi" menunjukkan bahawa kerumitan dalam membaca Jawi boleh dikurangkan sekiranya transformasi, terutamanya dengan penambahan diakritik vokal, dilakukan ke atas sistem ejaan Jawi yang sedia ada.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2017
Teori evolusi Jawi Kang Kyoung Seock (1993) berakhir pada 1986 apabila Pedoman Ejaan Jawi Yang Di... more Teori evolusi Jawi Kang Kyoung Seock (1993) berakhir pada 1986 apabila Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan diterbitkan pada tahun tersebut seolah-olah pedoman tersebut adalah muktamad dan tiada lagi perubahan pada sistem ejaan Jawi. Bagaimanapun, hasil penelitian yang dilakukan didapati bahawa masih banyak perubahan sistem ejaan yang berlaku dari tahun tersebut sehingga buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi – Sebutan – Jawi Edisi Kedua (2008) diterbitkan. Maka seharusnya buku ini dijadikan sebagai pegangan muktamad pada masa ini. Dalam buku ini, terdapat sistem ejaan bagi kata serapan bahasa Arab dan kata serapan Inggeris, namun sistem ejaan kata Melayu jati tidak dinyatakan dengan jelas dan banyak kekecualian berlaku. Hal ini telah menyebabkan beberapa isu timbul seperti pengejaan kata dasar dua suku kata yang mengecualikan hukum –rama pada akhir kata, kaedah umum ejaan kata serapan Arab dan ejaan ta marbutah, dan ejaan untuk gugus konsonan pada akhir kata bagi kata serapan Inggeris. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis perkembangan sistem ejaan Jawi mutakhir berdasarkan etimologi yang dapat difahami daripada buku tersebut. Kaedah yang digunakan dalam analisis ini ialah kaedah perbandingan, iaitu membandingkan buku pedoman ejaan Jawi yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 1986. Hasil penaakulan mendapati bahawa analisis berdasarkan pendekatan etimologi mampu mengurangkan kekecualian dan kekeliruan sebelum ini.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2021
Fenomena orang Melayu suka bertutur secara tersirat merupakan salah satu seni berbahasa dari dulu... more Fenomena orang Melayu suka bertutur secara tersirat merupakan salah satu seni berbahasa dari dulu hingga kini. Fenomena ini juga tergambar dalam ujaran teka-teki Melayu. Teka-teki ialah salah satu genre sastera rakyat yang bertujuan menguji kecerdasan minda berdasarkan petunjuk tertentu, yakni kata, frasa dan ayat dalam ujaran teka-teki itu sendiri. Kajian ini akan meninjau, adakah makna tersirat dalam teka-teki Melayu lahir daripada faktor leksikal, ayat atau konteks ujaran. Hal ini demikian, kerana darjah kefahaman pendengar terhadap mesej tersirat dalam teka-teki berbeza, dan pemprosesan maklumat juga tidak sama. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini berbentuk kualitatif. Bahan diperoleh daripada kajian kepustakaan dan temu bual dengan responden. Sebanyak 20 teka-teki bahasa Melayu dipilih sebagai data kajian. Semua data ini dianalisis berasaskan Teori Relevans. Dapatan kajian menunjukkan bahawa makna tersirat dalam teka-teki Melayu kebanyakannya terhasil daripada faktor leksikal, ayat dan konteks ujaran yang mencorakkan budaya warisan Melayu berdasarkan kosa ilmu yang terkandung dalam teki-teki.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2021
"Rajuk" dalam budaya Melayu adalah manifestasi perasaan dalam membenarkan emosi dan intelek indiv... more "Rajuk" dalam budaya Melayu adalah manifestasi perasaan dalam membenarkan emosi dan intelek individu untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan dalaman. "Rajuk" juga merupakan permainan hati yang melampaui intelek untuk melahirkan pemikiran yang lebih rasional. Kekuatan emosi menerusi konsep rajuk juga dirujuk sebagai keistimewaan yang dimiliki masyarakat Melayu. Namun begitu, penyelidikan berkaitan konsep "rajuk" dalam filem massih terbatas dan tidak meliputi filem yang diterbitkan dalam tahun 2010 dan ke atas. Objektif kajian adalah untuk menganalisis representasi rajuk dalam watak perwatakan menerusi filem bertajuk Pulang (2018). Analisis kepada watak perwatakan ini berdasarkan kepada konsep 5 jenis rajuk iaitu rajuk intelek, rajuk sebagi 'raja', rajuk yang bahagia, rajuk eksflosif dan rajuk terkurung penuh makna oleh Anuar Nor Arai (2002) dengan menggunakan metodologi analisis tekstual filem Pulang (2018). Hasil daripada penyelidikan ini mendapati rajuk dalam filem Pulang (2018) merepresentasikan rajuk intelek dan rajuk terkurung penuh bermakna serta keputusan yang dicapai setelah seseorang watak itu merajuk tidak semestinya membawa keputusan yang terbaik kepada sesebuah permasalahan. Hal ini dikaitkan dengan tahap sosio ekonomi seseorang perajuk.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2021
Pada masa lalu, cerita legenda yang mengisahkan perjuangan Cik Siti Wan Kembang disanjung tinggi,... more Pada masa lalu, cerita legenda yang mengisahkan perjuangan Cik Siti Wan Kembang disanjung tinggi, dan amat akrab dalam kehidupan masyarakat Melayu di Kelantan. Cik Siti Wan Kembang merupakan seorang wanita yang telah menakluki Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan sebagai kawasan naungan antara tahun 1610 hingga 1677 masihi. Cerita legenda ini mengandungi nilai murni, budaya dan moral yang dapat dijadikan sebagai medium pendidikan kepada seluruh lapisan masyarakat. Objektif kajian bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai murni dalam Cik Siti Wan Kembang. Pendekatan moral dalam teori pengkaedahan Melayu dijadikan sebagai deduktif kajian untuk memantapkan analisis kajian. Reka bentuk kajian ini bersifat kualitatif merujuk kaedah kepustakaan dan teks. Hasil dapatan kajian ini membuktikan bahawa cerita Cik Siti Wan Kembang memiliki kekayaan nilai-nilai murni yang sewajarnya menjadi bahan bacaan masyarakat demi memastikan kelangsungan kehidupan mereka agar lebih bermoral, dan sekali gus menghargai khazanah warisan peninggalan nenek moyang sampai bila-bila.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2021
Cerita rakyat Melayu merupakan salah satu karya sastera tradisional yang disampaikan oleh tukang ... more Cerita rakyat Melayu merupakan salah satu karya sastera tradisional yang disampaikan oleh tukang cerita sebagai alat hiburan dan kawalan sosial dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Kajian ini dilaksanakan untuk membuktikan bahawa cerita rakyat Melayu sememangnya kaya dengan nilai-nilai Islam yang dapat membentuk sosiobudaya dalam kalangan kanak-kanak. Maka dengan itu, kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai Islam dalam cerita rakyat Melayu kepada kanak-kanak sebagai asas pembentukan sosiobudaya. Prinsip hubungan khalayak dengan karya dalam teori Takmilah dijadikan sebagai pendekatan penting untuk menjalinkan nilai-nilai Islam dengan kanak-kanak. Selain itu, pendekatan kualitatif dengan melibatkan kaedah kepustakaan dan lapangan digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Akhir sekali, dapatan kajian membuktikan bahawa sememangnya nilai-nilai Islam yang terkandung dalam cerita rakyat Melayu berpotensi menyumbang kepada pembentukan sosiobudaya golongan kanak-kanak ke arah lebih baik.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2021
Kolonialisasi British pada abad ke-19 Masihi perlu merelevankan kedatangan mereka ke Alam Melayu ... more Kolonialisasi British pada abad ke-19 Masihi perlu merelevankan kedatangan mereka ke Alam Melayu agar terus diterima oleh masyarakat tanah jajahan. Salah satunya menerusi penyelidikan terhadap tanah jajahan dalam usaha memahami pemikiran didukungi oleh mereka. Menerusi sumbangan kesarjanaan ini, secara tidak langsung kolonialisasi Barat dapat meluputkan aspek berhubungan negatif kolonialisme, dan sebarang eksploitasi terhadap peribumi diperlihatkan sebagai suatu proses penambahbaikan yang mulia dan berunsur pendidikan. Namun, kesukaran untuk memahami world view masyarakat, terutama dalam karya kesusasteraan Melayu menyebabkan genre syair sering diketepikan daripada pengkajian saintifik berbanding dengan prosa. Ironinya, walaupun keadaan itu berlaku pada awal penjajahan, tetapi pengkajian terhadap genre syair masih berlangsung sehingga hari ini. Hal ini mengilhamkan objektif kajian, iaitu mengklasifikasi kajian lalu tentang syair di Alam Melayu, dan merumuskan kajian lalu berhubung kemantapan syair merentas pelbagai disiplin ilmu. Metodologi kajian menggunakan kaedah 'close reading' terhadap beberapa pendapat sarjana tentang kemantapan pengkajian syair Melayu yang akan dianalisis secara mendalam. Untuk menyelesaikan objektif pertama, aktiviti yang dijalankan adalah mengenal pasti kajian lalu tentang perkembangan syair Melayu, dan kemantapan syair tersebut. Kemudian, aktiviti yang dilakukan untuk menyelesaikan objektif dua adalah menjelaskan kajian lalu tentang syair dalam pelbagai disiplin ilmu, serta menilai kemampuan syair sebagai wahana yang terus relevan dalam kajian saintifik sehingga kini. Hasil kajian mendapati bahawa penelitian syair dalam kalangan para sarjana dan penggiat sastera masih berterusan secara komprehensif berbanding dengan genre lain dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Hal ini bermakna, syair terus mapan sebagai bukti keintelektualan Melayu merentas zaman dengan pelbagai kajian yang relevan.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2021
Nazam berendoi dan dikir rebana merupakan kesenian tradisi bercirikan Islam yang diamalkan dalam ... more Nazam berendoi dan dikir rebana merupakan kesenian tradisi bercirikan Islam yang diamalkan dalam masyarakat Melayu di Pahang. Sumber teks nyanyian dalam nazam berendoi dan dikir rebana diambil daripada Kitab Barzanji berbahasa Arab. Kedua-dua bentuk kesenian tradisi ini mempunyai fungsi tertentu dalam masyarakat. Dalam konteks semasa, kumpulan kesenian wanita menyanyikan nazam berendoi dan dikir rebana. Kumpulan kesenian wanita dianggap oleh penduduk tempatan sebagai 'penjaga' kesenian tradisi ini. Tujuan kajian ini, untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur budaya yang terkandung dalam kesenian nazam berendoi dan dikir rebana di Pahang. Terdapat tiga kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Pertama, menerusi pemerhatian lapangan yang dijalankan pada 2015 dan 2016 di dua lokaliti di Pahang. Kedua, menerusi beberapa siri temu duga yang melibatkan penggiat kesenian tradisi dan penduduk tempatan. Ketiga, menerusi analisis tekstual melibatkan teks bertulis dan teks audiovisual. Hasil kajian dibincangkan menerusi tiga perkara: pengenalan dan kegiatan bacaan kitab Barzanji, tradisi nazam berendoi dan tradisi dikir rebana. Kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai panduan kepada penyelidik lain dalam meneliti kesenian tradisi Pahang dan menarik minat generasi muda.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2022
Cerita rakyat merupakan cetusan idea penglipur lara masa lampau untuk mendidik akhlak ... more Cerita rakyat merupakan cetusan idea penglipur lara masa lampau untuk mendidik akhlak masyarakat setempat melalui komunikasi secara lisan. Kaedah penyampaian yang dituturkan dari mulut ke mulut telah mampu membentuk akhlak mulia menerusi pengajaran dan iktibar yang terkandung dalam cerita rakyat Melayu. Namun begitu, interaksi sosioekonomi dalam cerita rakyat kurang didedahkan oleh para sarjana dalam kajian mereka. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis interaksi sosioekonomi dalam cerita rakyat Kilatan Emas berlandaskan Teori Pengkaedahan Melayu. Kajian ini telah membataskan penelitian aspek kepimpinan dalam karya cerita rakyat bertajuk Kilatan Emas. Dengan itu, kajian ini telah menggariskan satu pendekatan dalam teori pengkaedahan Melayu, iaitu pendekatan kemasyarakatan sebagai deduktif kajian. Selain itu, kajian menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kepustakaan dan lapangan untuk menghasilkan sebuah kajian yang utuh. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa cerita rakyat Kilatan Emas memiliki interaksi sosioekonomi yang menonjolkan sikap kepimpinan terhadap kanak-kanak dan remaja, selain mampu mengekalkan tradisi budaya masyarakat Melayu.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2022
Setiap lapisan masyarakat mempunyai peribahasa untuk menyampaikan hasrat hati secara sembunyi ata... more Setiap lapisan masyarakat mempunyai peribahasa untuk menyampaikan hasrat hati secara sembunyi atau tersirat. Hal ini termasuklah masyarakat Melayu dan Perancis yang menggunakan medium peribahasa untuk menyampaikan emosi. Emosi dirasai oleh manusia setiap hari pada setiap masa, termasuklah emosi tenang, marah atau gembira. Namun, kajian ini memfokuskan emosi malu yang terdapat dalam peribahasa Melayu dan Perancis.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2022
Kajian tinjauan ini telah dijalankan kepada63 orang pelajar Bacelor Sastera Bahasa dan L... more Kajian tinjauan ini telah dijalankan kepada63 orang pelajar Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik MelayudiFakultiBahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysiaserta36 orangpelajar tingkatan lima di sebuah sekolah swasta di negeri Selangor. Tujuan utama kajian ini dijalankan,untuk mengenal pasti pengetahuan pelajar terhadap kerjaya dalam bidang bahasa Melayu. Oleh itu, satu set soal selidik yang mengandungi 47 soalan,menggunakan skala perbezaan semantik dan sembilan soalan terbuka telah diedarkan kepada respondenkajian. Bagaimanapun, untuk tujuan penulisan kertas kerja ini,hanya soalan nombor enam daripada soal selidik yang akan dikupas,iaitu soalan terbuka tentang pengetahuan pelajar terhadap kerjaya yang boleh diceburi pelajar program bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi.Untuk soalan terbuka ini, pelajar diberi ruang untuk menulis lebih daripada satu kerjaya yang diketahui mereka. Hasilnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar bidang bahasa di institusi pengajian tinggi dapat menyenaraikan antara satu hingga empat pilihan kerjaya yang diketahui mereka,dan sekurang-kurangnya 14 kerjaya telah disenaraikan. Manakala, pelajar tingkatan lima pula dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya lima pilihan kerjaya dalam bidang bahasa yang diketahui mereka,dengan 12 kerjaya disenaraikan. Walaupun pelajar mampu menyenaraikan kerjayayang dirasakan sesuaidengan lepasanbidang bahasa Melayu, senaraitersebut adalah kurang relevan dengan bidang berkenaan. Keadaan ini memberikan gambaran bahawa pengetahuan kerjaya dalam kalangan responden kajian masih rendah.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2022
Artikel ini membincangkan hubungan antara penglibatan peserta projek kemiskinan oleh Ya... more Artikel ini membincangkan hubungan antara penglibatan peserta projek kemiskinan oleh Yayasan Sejahtera (YS) dalam tiga peringkat iaitu pembuatan keputusan, pelaksanaan dan penerimaan faedah dengan pendayaupayaan ekonomi, sosial dan psikologi peserta. Kajian ini bertujuan menentukan hubungan antara penglibatan dengan pendayaupayaan peserta projek YS. Dalam pembangunan komuniti, penglibatan dilihat sebagai satu matlamat apabila penglibatan secara langsung ahli komuniti dalam proses pembuatan keputusan, merancang dan melaksanakan aktiviti untuk memenuhi keperluan dan/atau mengatasi masalah yang dihadapi mereka. Penglibatan menyediakan ruang mempengaruhi dan berkongsi kuasa secara kolektif iaitu kuasa untuk menentukan dan memperoleh kawalan ke atas kehidupan mereka. Kajian ini merupakan kajian survei dengan pengumpulan data menggunakan borang soal selidik. Kajian ini menggunakan teknik persampelan rawak berstrata untuk memilih responden daripada 13 projek di Kelantan, Sabah dan Sarawak. Sebanyak 305 responden terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang tinggi dan signifikan antara peringkat penglibatan (pelaksanaan dan penerimaan faedah) dengan pendayaupayaan sosial. Hasil kajian juga menunjukkan hubungan yang sederhana dan signifikan antara peringkat penglibatan pembuatan keputusan dengan pendayaupayaan ekonomi dan sosial dan begitu juga peringkat penglibatan pembuatan keputusan dan penerimaan faedah dengan pendayaupayaan psikologi. Sementara itu, bagi hubungan peringkat penglibatan dalam pelaksanaan dengan pendayaupayaan psikologi pula menunjukkan hubungan signifikan yang rendah. Kajian ini merumuskan bahawa penglibatan peserta dalam projek YS merupakan medium untuk memperbaiki tahap kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dan mampu mengawal kehidupan melalui pembentukan pendayaupayaan dalam diri mereka.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2022
Lakuan bahasa arahan ialah ujaran yang meminta seseorang melakukan sesuatu. Kajian ini... more Lakuan bahasa arahan ialah ujaran yang meminta seseorang melakukan sesuatu. Kajian ini dilakukan untuk menganalisis bentuk lakuan bahasa arahan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB). Analisis lakuan arahan menggunakan kerangka teori yang diperkenalkan oleh Austin (1962) dan Searle (1979). Sebanyak sepuluh ucapan lisan yang disampaikan antara 2015 hingga 2017 telah dipilih dan dimuat turun daripada youtube.com. Jumlah durasi keseluruhan 10 rakaman tersebut ialah selama 250 minit. Berdasarkan kerangka teori yang digunakan, kajian ini mendapati bahawa terdapat 13 jenis lakuan arahan dalam ucapan lisan Tun Dr. Mahathir. Kajian ini turut mendapati bahawa sebanyak 160 ujaran yang mengandungi elemen lakuan arahan. Daripada 13 jenis lakuan tersebut, lima jenis lakuan arahan yang mencatatkan bilangan tertinggi ialah lakuan persoalan kritis dengan kekerapan 24%, lakuan gesaan 20.9%, lakuan larangan 15.8%, lakuan desakan 10.1%, dan lakuan permintaan 9.5%. Kajian ini merumuskan bahawa Tun Dr. Mahathir menyuarakan satu isu dengan menggunakan pelbagai lakuan bahasa arahan. Tun Dr. Mahathir lebih cenderung melakukan persoalan kritis untuk mendapatkan penjelasan terperinci daripada pihak pengurusan 1MDB. Kemudian, Tun Dr. Mahathir menggesa pendengar untuk menyokong beliau dan Pakatan Harapan dalam PRU14 sebagai usaha menjatuhkan Dato Sri Mohd Najib. Selain itu, Tun Dr. Mahathir melarang pendengar untuk menyokong kepimpinan Dato Sri Mohd Najib, kemudian mendesaknya untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi 1MDB dan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Lakuan permintaan pula ditujukan kepada pihak pendengar agar menyokong Tun Dr. Mahathir. Penggunaan pelbagai bentuk lakuan arahan terhadap pucuk pimpinan tertinggi negara, seperti mempersoalkan secara kritis dan mendesak kepemimpinan Dato Sri Mohd Najib, telah memperlihatkan bahawa Tun Dr. Mahathir sebagai seorang tokoh yang berani dan konsisten menyuarakan isu demi kepentingan negara.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2022
Kajian ini dijalankan untuk menganalisis gaya ironi bahasa sarkastik dalam laman sosial Facebook.... more Kajian ini dijalankan untuk menganalisis gaya ironi bahasa sarkastik dalam laman sosial Facebook. Hal ini demikian, kerana bahasa sarkastik telah mengalami perubahan dari sudut penyampaiannya disebabkan perkembangan teknologi Internet. Impaknya, bahasa sarkastik telah menimbulkan isu dan mengakibatkan kekeliruan bentuk dan sekali gus menjadi satu bahasa yang agak rumit untuk difahami (Alva, 2016). Justeru, kajian ini dijalankan untuk merungkaikan gaya ironi sarkastik dalam laman sosial Facebook. Untuk mencapai objektif kajian, reka bentuk kualitatif dengan sokongan analisis kandungan telah digunakan. Data kajian yang mempunyai tanda pagar sarkastik (#sarkastik) dalam laman sosial Facebook telah diambil dari Julai 2017 hingga Disember 2019. Sebanyak 120 data telah terkumpul dan dianalisis menggunakan Model Gibbs (2000). Secara keseluruhannya, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa gaya ironi sarkastik ini disampaikan secara sentimen positif dalam situasi negatif dan sebaliknya, humor serta kenyataan tidak benar dengan merendahkan atau meremehkan sesuatu perkara dalam ucapan sarkastik. Selain itu, ucapan sarkastik sememangnya mengandungi makna tersirat. Kesimpulannya, penelitian terhadap bahasa sarkastik khususnya gaya ironi dapat menyerlahkan ketinggian pemikiran dan kekreatifan masyarakat Melayu dalam menzahirkan rasa dan pandangan terhadap persekitaran mereka.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2022
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis Siri Young Aisyah dalam memenuhi kehendak pembaca kanak-k... more Kajian ini bertujuan untuk menganalisis Siri Young Aisyah dalam memenuhi kehendak pembaca kanak-kanak. Penghasilan buku cerita kanak-kanak berada pada tahap yang memberangsangkan, namun ciri buku cerita kanak-kanak yang menjadi kayu ukur kepada penerbit dalam menerbitkan buku cerita kanak-kanak perlu dikenal pasti. Hal ini kerana buku cerita merupakan salah satu bahan bacaan yang akan mewarnai kehidupan kanak-kanak. Justeru, buku kanak-kanak yang menitikberatkan ciri-ciri penceritaan yang mudah, menekankan aksi, tidak rumit dan berakhir dengan kebahagiaan dapat menjadi aspek penting dalam menghasilkan buku bacaan kanak-kanak. Oleh itu, buku kanak-kanak yang menitikberatkan ciri-ciri tersebut dapat memberi kepuasan dan kebahagiaan kepada kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri penting yang diterapkan dalam penghasilan buku cerita kanak-kanak dengan menggunakan kaedah analisis teks. Analisis ini memperlihatkan ciri-ciri buku kanak-kanak yang dihasilkan oleh Penerbit PTS dalam mendidik dan menarik minat pembaca dari golongan kanak-kanak. Kajian ini mengaplikasikan tiga ciri keseronokan kesusasteraan kanak-kanak yang dikemukakan dalam The pleasures of Children’s Literature oleh Nodelman (1922). Ciri-ciri tersebut ialah, mudah, tetapi bukan bermaksud simplistik, optimistik dan berakhir dengan kebahagiaan dan bersifat didaktik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa buku kanak-kanak yang baik perlu menekankan jalan cerita yang ringkas dan mudah sekali gus dapat membawa nilai pengajaran dengan berkesan. Situasi ini sekali gus memanifestasikan kepentingan ciri-ciri yang perlu ditekankan oleh penerbit dalam menghasilkan buku kanak-kanak. Kesimpulannya, Siri Young Aisyah dengan menggunakan The Pleasures of Children’s Literature oleh Nodelman (1992) dapat menjelaskan bahawa buku cerita kanak-kanak yang baik mampu memberi keseronokan dan mementingkan penceritaan yang ringkas, mudah sekali gus menyelitkan nilai-nilai murni untuk mendidik kanak-kanak.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2022
Masyarakat Melayu kini merupakan masyarakat Melayu bilingual yang secara dasarnya dapat bertutur ... more Masyarakat Melayu kini merupakan masyarakat Melayu bilingual yang secara dasarnya dapat bertutur menggunakan lebih daripada satu bahasa. Kemampuan ini telah mencetuskan satu fenomena bahasa yang dikenali sebagai fenomena percampuran kod. Lazimnya, fenomena ini tidak hanya terarah kepada komunikasi lisan semata-mata, sebaliknya turut berlaku dalam komunikasi bertulis, terutamanya dalam aplikasi sosial. Justeru, kajian ini akan mengenal pasti percampuran kod beberapa medium bertulis pada aplikasi WhatsApp, di samping menganalisis fungsi percampuran kod yang berlaku berdasarkan Teori Percampuran Kod K.Kanthimathi (2007). Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian berbentuk kualitatif, dengan menggunakan kaedah analisis dokumen berdasarkan trasnkrip komunikasi bertulis pada aplikasi WhatsApp. Bahan diperoleh daripada analisis trasnkripsi tiga teks perbualan bagi setiap medium komunikasi bertulis WhatsApp, pada tarikh yang berbeza, iaitu antara Jun 2021 sehingga 10 Jun 2022. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga medium yang dikenal pasti mengandungi percampuran kod (Melayu dan Inggeris) iaitu, medium komunikasi bertulis pada ruang muat naik status WhatsApp, ruang perbualan perseorangan dan ruang perbualan berkumpulan. Begitu juga, daripada sembilan fungsi percampuran kod yang diketengahkan oleh K.Kantimathi (2007), terdapat lapan fungsi yang digunakan, iaitu fungsi ekspresi, fungsi indentifikasi laras bahasa, fungsi memberi arahan, fungsi rujukan, fungsi pengulangan kata, fungsi sosialisasi, fungsi pendedahan bahasa asing dan fungsi sikap.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2022
Tema novel ini agak sukar ditafsirkan. Membaca dan mentafsir novel ini memerlukan kefahaman dan p... more Tema novel ini agak sukar ditafsirkan. Membaca dan mentafsir novel ini memerlukan kefahaman dan penghayatan pembaca terhadap unsur tradisi dan budaya masyarakat Iban. Objektif kajian ini, ialah untuk mentafsir tema dan menganalisis kaitannya dengan unsur kebudayaan yang terdapat dalam novel Kelingkang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, khususnya kajian analisis teks dengan mentafsir jajaran peristiwa sebagai leitmotif, iaitu peristiwa penting dalam setiap bab secara kronologis. Kefahaman terhadap persoalan yang terkandung dalam setiap peristiwa penting ini dilaksanakan secara induktif berlandaskan aras kognitif Bloom (1956). Kajian ini berjaya merumuskan tema tentang madah berhelah 'pupus ditelan zaman' yang sering dijadikan alasan untuk menutupi ketidakberdayaan dalam mengekalkan tradisi, kepercayaan dan budaya bangsa.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA , 2022
Animasi dan komik Jepun mempunyai pelbagai tema, termasuk tema Lesbian, Gay, Biseksual dan Transg... more Animasi dan komik Jepun mempunyai pelbagai tema, termasuk tema Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Makalah ini mengenal pasti persepsi pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun di lima buah Universiti Awam (UA) yang menggunakan komik dan animasi Jepun (anime). Tema LGBT dalam komik dan animasi Jepun belum diterokai walaupun sebenarnya sudah ramai remaja Malaysia, terutama Melayu terdedah dengan kandungan sebegini. Seramai 135 orang responden menjawab kaji selidik ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi positif dan negatif yang terdapat dalam komik dan animasi Jepun serta kesannya kepada masyarakat mengikut persepsi responden sendiri.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2023
Karya Bustan al-Salatin dianggap sebagai sebuah karya Melayu tradisional dalam bidang sejarah dan... more Karya Bustan al-Salatin dianggap sebagai sebuah karya Melayu tradisional dalam bidang sejarah dan adab yang terbesar yang mengandungi tujuh bab, dan 60 fasal dengan kandungannya meliputi bidang sejarah, falsafah moral dan etika, tasawuf bahkan perubatan Melayu tradisional. Pengarangnya, iaitu Syeikh Nur al-Din al-Raniri merupakan seorang berbangsa India dari Randir, Gujerat. Beliau pernah berkhidmat sebagai Syeikhul al-Islam pada kerajaan Aceh dalam abad ke-17. Belasan karya beliau dalam bahasa Melayu meliputi pelbagai bidang ilmu Islam, sejarah, falsafah etika bahkan dalam bidang perubatan tradisional. Karya beliau itu telah disebar dan dibaca di seluruh Alam Melayu. Namun begitu, beliau lebih terkenal dalam bidang ilmu Islam, termasuk ilmu fiqah, ilmu kalam, tasawuf dan pemikiran Islam menentang kaum wujudiyah yang dianggap oleh beliau sebagai pembawa ilmu sesat atau zindiq. Beliau juga boleh dianggap sebagai pendukung dan pembela pendekatan pemerintahan yang berasaskan etika dan nilai murni, seperti yang terkandung dalam karya terbesar atau magnum opus beliau Bustan al-Salatin. Hakikat ini boleh ditelusuri dalam pelbagai nasihat beliau dalam Bustan al-Salatin yang secara khusus ditujukan kepada Sultan Aceh Sultan Iskandar Thani, penaung beliau, tetapi secara umum nasihat itu ditujukan juga kepada para umarak Melayu. Fokus utama kertas kerja ini ialah untuk menganalisis beberapa nasihat beliau yang tercatat dalam karya Bustan al-Salatin yang mendukung kaedah pemerintahan berasaskan etika dan nilai murni yang memberikan manfaat besar kepada rakyat jelata. Kertas kerja ini juga akan membincangkan kandungan utama Bustan al-Salatin secara umum, namun fokus perbincangan ialah petikan beberapa nasihat yang ditujukan kepada para umarak, demi menggalak dan mendorong mereka melaksanakan pemerintahan berdasarkan nilai murni dan akhlak mulia agar rakyat dan negeri menjadi aman dan sejahtera dengan mendapat kejayaan yang hakiki, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2023
Penerapan elemen alam sekitar dalam karya kesusasteraan kanak-kanak dapat meningkatkan literasi a... more Penerapan elemen alam sekitar dalam karya kesusasteraan kanak-kanak dapat meningkatkan literasi alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak. Terdapat keperluan yang penting pada masa ini untuk menyedarkan kanak-kanak tentang keadaan semasa, perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar. Hal ini demikian kerana isu tentang alam sekitar telah menjadi perkara yang membimbangkan ramai pihak (Geetha Sahu, 2014). Namun demikian, kajian berkaitan dengan alam sekitar dalam karya sastera Melayu tidak dilakukan secara mendalam (Maharam Mamat, 2009). Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk memperkaya kajian dalam kesusasteraan kanak-kanak. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti kritikan eko dalam buku puisi bergambar kanak-kanak dan menganalisis kritikan eko dalam buku puisi bergambar kanakkanak berdasarkan empat prinsip kritikan eko Howarth (1996). Kajian ini telah menganalisis tiga buah buku puisi bergambar kanak-kanak daripada Koleksi Cerita Siti (2021) karya Siti Zainon Ismail. Kritikan eko oleh Howarth (1996) yang berlandaskan empat prinsip telah digunakan untuk menganalisis buku puisi bergambar kanak-kanak ini. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan untuk meneliti teks dan gambar yang terdapat dalam buku berkenaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa buku puisi bergambar kanak-kanak yang dikaji sememangnya memaparkan elemen alam sekitar. Hal ini secara langsung dapat memberikan kesedaran kepada kanak-kanak tentang kepentingan alam sekitar dan hidupan lain dalam kehidupan mereka. Kata Kunci: Alam sekitar, buku puisi bergambar kanak-kanak, kritikan eko, kesusasteraan kanak-kanak, kanak-kanak.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2023
Menurut Lutfi Abas (1999), kefahaman terhadap aliran seni penulisan penting kepada penulis karya ... more Menurut Lutfi Abas (1999), kefahaman terhadap aliran seni penulisan penting kepada penulis karya sastera. Berdasarkan aliran seni yang ditekuni penulis, pemilihan kata yang bersesuaian dapat menghasilkan gaya bahasa tertentu dan motif yang diperlukan dalam penyampaian tema kepada pembaca. Malangnya menurut Lutfi Abas (1995) sesetengah penulis karya sastera kurang menyedari kepentingan aliran seni penulisan. Menurutnya, aliran seni penulisan akan menentukan jenis tema dan gaya bahasa seseorang penulis. Dengan unsur bahasa yang tertentu, penulis mencipta leitmotif untuk menyampaikan tema. Oleh hal yang demikian, terbentuklah hubungan gaya bahasa, tema dan aliran. Justeru, pendapat ini menegaskan bahawa gaya bahasa juga berpotensi dijadikan leitmotif untuk mendukung tema penulisan. Kajian ini mempunyai dua objektif, iaitu pertama, memperlihatkan perbezaan penggunaan pelbagai jenis kata dalam beberapa karya penulis Brunei; dan kedua, membuktikan bahawa aliran seni penulisan karya sastera yang berbeza pasti ada ciri-ciri khas yang perlu dipatuhi. Untuk mencapai objektif kajian, kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis teks dengan memetik penggunaan pelbagai jenis gaya bahasa dalam karya penulis mapan di Brunei Darussalam. Di samping itu, kajian ini juga memanfaatkan pendekatan kuantitatif untuk membuktikan bahawa terdapat perbezaan dari segi peratusan jenis kata yang digunakan untuk menunjukkan bahawa novel Sumbangsih Seni berjaya mempertentangkan perbezaan penggunaan gaya bahasa bagi bahagian 1, 2 dan 3 berdasarkan dua aliran seni penulisan yang berbeza, iaitu aliran romantisisme dan pascamodenisme.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2023
Cerita lisan merupakan satu penyampaian yang diperturunkan daripada satu generasi kepada satu gen... more Cerita lisan merupakan satu penyampaian yang diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain menerusi alat penuturan, iaitu mulut. Cerita lisan ini kebiasaannya memiliki bentuk penyampaian pengajaran yang positif kepada masyarakat setempat. Namun begitu, naratif lisan kurang didendangkan pada masa ini kerana wujudnya karya-karya berbentuk animasi yang lebih menarik minat golongan muda khususnya. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti dan membincangkan lambang nilai kepahlawanan dalam cerita lisan di daerah Kota Bharu, Kelantan. Dengan itu kajian ini membataskan untuk meneliti dua buah cerita rakyat, iaitu Kewibawaan Raja Kelantan dan Upacara Pelepas di Pulau Berhantu. Kajian ini hanya melibatkan kawasan di daerah Kota Bharu, Kelantan. Untuk memperoleh data yang sahih dan kukuh, kajian ini telah mengaplikasikan Teori Budaya menerusi Pendekatan Representasi sebagai deduktif kajian. Kajian ini juga menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah lapangan untuk memantapkan hasil kajian ini. Hasilnya, kajian ini mendapati bahawa aspek kepahlawanan seperti sikap berani bertindak, berani menuntut bela dan sikap ikhlas dalam cerita lisan di Kota Bharu, Kelantan mampu mendidik anak-anak muda tentang sahsiah diri yang berwibawa.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2023
Masyarakat orang Asli dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu Melayu Proto, Senoi dan Negri... more Masyarakat orang Asli dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu Melayu Proto, Senoi dan Negrito. Mereka juga merupakan kumpulan minoriti di Malaysia. Masyarakat orang Asli Senoi merupakan kelompok terbesar diikuti oleh kelompok Melayu Proto dan Negrito. Kesemua kelompok ini mempunyai suku-suku yang tersendiri. Kajian ini tertumpu kepada suku kaum Jahut di Kampung Sungai Kiul di Jerantut, Pahang. Suku kaum Jahut ini tergolong dalam suku kaum masyarakat Orang Asli Senoi. Walaupun kelompok Senoi ini merupakan kelompok orang Asli yang terbesar berbanding dengan Melayu Proto dan Negrito, mereka masih dalam kelompok minoriti dan diancam kepupusan. Justeru, perkara ini sangat membimbangkan kerana kepupusan bahasa ini akan menyebabkan suku kaum ini kehilangan budaya dan cara hidup mereka. Sehubungan dengan itu, berdasarkan permasalahan ini, pengkaji melakukan kajian ini untuk mencapai objektif, iaitu untuk mengenal pasti jenis pemilihan bahasa yang digunakan dalam kalangan masyarakat Orang Asli Jahut, Jerantut, Pahang.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2023
Murid Attention Deficit Hyperactive Disorder dikategorikan sebagai individu bermasalah dalam pemb... more Murid Attention Deficit Hyperactive Disorder dikategorikan sebagai individu bermasalah dalam pembelajaran di sekolah. Lazimnya, di Malaysia penggunaan bahasa Melayu menjadi bahasa utama dalam pembelajaran dan komunikasi murid sekolah. Oleh itu, pemerolehan bahasa pertama murid Attention Deficit Hyperactive Disorder begitu penting dalam komunikasi harian mereka untuk menyampaikan maklumat. Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti tahap pemerolehan bahasa pertama murid Attention Deficit Hyperactive Disorder. Kemudian, kajian ini melihat hubungan antara pemerolehan bahasa pertama dengan Teori Noam Chomsky melalui data kajian. Item kajian ini ialah penulisan sastera kanak-kanak berbentuk buku fizikal. Buku cerita teladan haiwan dipilih sebagai alat dalam kajian ini. Subjek kajian yang dipilih sebagai sampel ialah seorang murid lelaki darjah lima yang tinggal di negeri Perlis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa buku cerita haiwan dapat membantu murid ADHD memperoleh bahasa dan memahami nilai murni dalam kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, murid ADHD mengalami masalah ingatan jangka masa pendek yang kritikal. Oleh yang demikian, aplikasi buku cerita haiwan dapat membantu meningkatkan ingatan jangka masa panjang kepada murid ADHD jika dilaksanakan secara praktikal.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2023
Bahasa bukan sahaja merupakan penggerak utama kepada sesebuah peristiwa berbahasa, bahkan dapat m... more Bahasa bukan sahaja merupakan penggerak utama kepada sesebuah peristiwa berbahasa, bahkan dapat menjadi penentu kepada keperibadian seseorang. Penggunaan bahasa yang baik mencerminkan perilaku yang baik kepada penutur bahasanya tidak kira dalam konteks peristiwa berbahasa secara langsung mahupun secara alam maya, iaitu di media sosial. Justeru, hal utama yang ditekankan dalam kajian ini ialah penggunaan bahasa Melayu yang kini tidak hanya dilihat dalam konteks ucapan seharian semata-mata, tetapi juga dalam aspek penggunaannya di media sosial. Media sosial mampu menjadi penggerak positif dan negatif kepada bahasa Melayu. Kerosakan bahasa di media sosial yang dilakukan sendiri oleh penutur bahasa Melayu diwujudkan menerusi penggunaannya dalam bahasa slanga, bahasa kasar dan percampuran kod telah mengganggu gugat bahasa Melayu sebagai bahasa yang berdaulat. Kajian ini akan memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu yang tidak memenuhi standard bahasa yang beridentiti baik, yang digunakan dalam kalangan pengguna bahasa di media sosial Facebook, Twitter dan Instagram. Penggunaan bahasa ini mendorong kepada tiga hal utama dalam kajian ini, iaitu isu kerosakan bahasa dalam media sosial; keduanya ialah faktor yang mendorong berlakunya kerosakan bahasa, seperti pengaruh dan didikan keluarga, serta keinginan peribadi penutur dan ketiga ialah kesan kerosakan bahasa ini, iaitu berlakunya kecelaruan kepada bahasa penutur bahasa itu sendiri, serta pendorong kepada kelemahan kemahiran berbahasa seseorang. Dapatan kajian ini telah menemukan kepelbagaian penggunaan bahasa yang bersifat negatif yang bukan sahaja merosakkan mutu bahasa itu, tetapi bahkan martabat dan maruah penutur bahasa.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2024
Kebudayaan masyarakat Melayu di Malaysia merupakan satu perkara yang istimewa dan indah kerana me... more Kebudayaan masyarakat Melayu di Malaysia merupakan satu perkara yang istimewa dan indah kerana mereka mengamalkan pelbagai kepercayaan dan kebudayaan yang tersendiri. Kepelbagaian budaya masyarakat Melayu yang ditunjukkan dalam buku cerita bergambar kanak-kanak membolehkan pembaca kanak-kanak yang terdiri daripada pelbagai kaum yang lain mengetahui dan memahami budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Buku cerita bergambar kanak-kanak ialah karya yang merangkumi bentuk sastera dan seni yang unik kerana cerita disampaikan dengan mengutamakan paparan gambar pada setiap halaman muka surat. Gambar berfungsi sebagai pelengkap kepada teks dan mengikut jalan cerita yang sama seperti dalam teks dan memberikan lebih banyak maklumat serta menjadi daya penarik yang penting kepada pembaca kanak-kanak. Kajian ini dijalankan bertitik tolak daripada permasalahan yang wujud, iaitu ada sarjana yang mengatakan bahawa pengetahuan terhadap kebudayaan adalah penting bagi rakyat Malaysia, kerana wujud banyak salah faham dan prasangka daripada gagasan untuk mewujudkan kebudayaan kebangsaan Malaysia yang berteraskan kebudayaan peribumi (A. Aziz Deraman, 2001). Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk membolehkan pembaca kanak-kanak memahami kebudayaan masyarakat Melayu. Objektif kajian ini, untuk mengenal pasti budaya kebendaan dan bukan kebendaan dalam buku cerita bergambar kanak-kanak dan menganalisis budaya tersebut, berdasarkan pendekatan kebudayaan yang dikemukakan oleh A. Aziz Deraman (2001). Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan untuk menganalisis unsur budaya masyarakat Melayu yang terdapat dalam empat buah buku cerita bergambar kanak-kanak yang diterbitkan di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa buku cerita bergambar kanak-kanak yang dikaji sememangnya mengandungi kebudayaan masyarakat Melayu dari aspek unsur budaya kebendaan dan bukan kebendaan sebagaimana yang dikemukakan oleh A. Aziz Deraman (2001).
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2024
Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang mempunyai pelbagai nilai-nilai yang baik dalam kehidu... more Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang mempunyai pelbagai nilai-nilai yang baik dalam kehidupan mereka. Nilai-nilai yang diamalkan inilah yang telah melahirkan masyarakat Melayu sebagai sebuah masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. Salah satu cara atau kaedah yang digunakan oleh masyarakat Melayu dalam memperlihatkan nilai dalam kehidupan mereka ialah melalui karya sastera. Oleh itu, kajian ini akan memanfaatkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dalam mencapai dua objektif kajian iaitu mengklasfikasi dan menganalisis nilai-nilai Melayu yang dipaparkan dalam novel tersebut. Kajian ini juga akan menggunakan kaedah kajian kualitatif, kepustakaan dan analisis teks. Manakala Pemikiran Kerohanian dan Pemikiran Kebitaraan merupakan sebahagian daripada teori SPB4K yang diperkenalkan oleh Mohd Yusof Hasan akan digunakan sebagai landasan teori dalam kajian ini. Analisis kajian mendapati bahawa Melunas Rindu memaparkan beberapa nilai dalam masyarakat Melayu yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Nilai- nilai tersebut boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada masyarakat Melayu untuk mewujudkan sebuah perhubungan yang harmoni dan bersatu-padu.

Sastera lisan merupakan hasil karya awal yang merakamkan worldview masyarakat Melayu. Ini bermakn... more Sastera lisan merupakan hasil karya awal yang merakamkan worldview masyarakat Melayu. Ini bermakna bentuk pemikiran dan perlakuan masyarakat secara tidak langsung dimuatkan secara eksklusif dalam genre tersebut. Perkembangan sistem tulisan Jawi akibat pengenalan agama Islam telah menyebarluaskan korpus ilmu dalam masyarakat sehingga lahir pelbagai genre dalam kesusasteraan Melayu. Misalnya genre historiografi Melayu dikarang untuk mengabsahkan jurai keturunan raja sebagai pemerintah yang berdaulat menerusi magnum opus yang mewakili kerajaan masing-masing. Walau bagaimanapun, setiap karya historiografi yang dihasilkan tidak dapat merakam setiap peristiwa dalam sesebuah kerajaan secara tuntas tanpa sumber lisan yang diwarisi. Kajian lalu mendapati bahawa beberapa sarjana Barat merendahkan fungsi sastera lisan sehingga genre historiografi ini dilabel sebagai ‘pseudo-historis’. Persoalannya, apakah fungsi sastera lisan dalam karya historiografi Melayu? Mengapakah sastera lisan ini diulang-ulang dalam beberapa karya historiografi Melayu? Ini menyebabkan kajian ini dilakukan dengan dua objektif, iaitu mengenal pasti unsur sastera lisan dalam karya historiografi Melayu terpilih dan menganalisis fungsi sastera lisan tersebut oleh pengarangnya dalam genre ini. Metodologi yang digunakan ialah kaedah analisis teks terhadap bahan kajian, seperti Hikayat Raja Pasai, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Tuhfat al-Nafis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, sastera lisan digunakan oleh pengarang dalam karya historiografi Melayu untuk mengangkat martabat raja sesebuah kerajaan, di samping merealisasikan persaingan ‘combat de prestij’ antara kerajaan-kerajaan Melayu tersebut. Rumusannya, sastera lisan memainkan peranan utama dalam kepengarangan sesebuah karya historiografi Melayu. Ini demikian kerana genre ini melambangkan keakraban pemikiran dan jati diri masyarakat dengan khazanah warisan bangsa yang harus dihargai dan dimanfaatkan agar terus diingati oleh generasi akan datang.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2024
Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis unsur ketaksaan yang terkandung dalam novel ... more Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis unsur ketaksaan yang terkandung dalam novel Semusim di Mahsyar. Data yang diperoleh daripada novel ini akan dikategorikan mengikut jenis leksikal, iaitu kata, frasa dan ayat. Teori Relevans yang menjadi sandaran dalam menganalisis data bagi kajian ini diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1986). Teori ini mengandungi tiga gagasan, iaitu konteks, kesan konteks dan kos proses atau usaha memproses. Ketaksaan dan kekeliruan makna timbul dalam kalangan pembaca novel apabila penggunaan kata, frasa dan ayat yang tidak jelas dalam penulisan. Ketaksaan yang terkandung dalam penulisan novel Semusim di Mahsyar ini bukan satu kesalahan. Hal ini berlaku disebabkan terdapat perbezaan interpretasi dan pemahaman, khususnya dalam kalangan pembaca. Penggunaan kata, frasa dan ayat yang pelbagai dalam penulisan untuk menarik perhatian pembaca akan menimbulkan pelbagai interpretasi dan pemahaman. Kajian ini penting untuk mengelakkan salah faham tentang pentafsiran makna yang hendak disampaikan oleh penulis kepada pembaca, khususnya kepada pembaca novel. Kajian ini dapat memberikan manfaat kepada pelbagai pihak, khasnya kepada para penyelidik dan pengkaji bahasa dalam memahami bidang pragmatik terutama dalam genre penulisan kreatif seperti penulisan novel.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2024
Masyarakat Negeri Sembilan dikatakan mengalami pengaruh budaya daripada luar, iaitu Adat Perpatih... more Masyarakat Negeri Sembilan dikatakan mengalami pengaruh budaya daripada luar, iaitu Adat Perpatih dari Minangkabau, Sumatera tetapi dari segi bahasa, masyarakat Negeri Sembilan tidak mengamalkan bahasa Minangkabau (Aman et al., 2016). Objektif kajian ini untuk mengenal pasti inventori segmental dialek Jelebu di Negeri Sembilan. Selain itu, kajian ini bertujuan menjelaskan proses fonologi yang berlaku dalam dialek Jelebu di Negeri Sembilan. Di samping itu, kajian ini bertujuan mengkaji rumus fonologi yang diaplikasikan oleh penutur dialek Jelebu di Negeri Sembilan. Reka bentuk penyelidikan secara kualitatif dan data kajian ini diperoleh daripada temu bual separa berstruktur yang dilakukan di Kampung Pantai, Jelebu. Pengkaji menggunakan pensampelan rawak bertujuan, dengan menemu bual tiga orang peserta kajian yang tinggal di Kampung Pantai Jelebu. Kaedah analisis dokumen digunakan semasa penganalisisan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai perubahan penyebutan dari segi perbendaharaan kata dan makna. Dialek ini telah mengalami percampuran bahasa dengan bahasa Melayu standard disebabkan faktor imigrasi dan faktor pendidikan. Selain itu, terdapat penutur dialek Negeri Sembilan berasa malu untuk menggunakan dialek tersebut disebabkan tanggapan yang kurang baik terhadap orang Negeri Sembilan yang diberikan oleh masyarakat. Kepentingan kajian ini untuk menambahkan pengetahuan tentang dialek Negeri Sembilan. Dialek ini perlu dikekalkan kerana menunjukkan bahawa negara kita mempunyai penutur dialek yang berbeza berdasarkan negeri dan kaum di Malaysia. Pengguna bahasa ingin menuturkan dialek ini bagi tujuan pembelajaran dan komunikasi. Oleh itu, dialek ini perlu dikekalkan untuk membuktikan bahawa negara kita kaya dengan kepelbagaian dialek yang unik.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2024
Peribahasa merupakan susunan kata yang mempunyai maksud tersurat dan tersirat. Masyarakat Melayu ... more Peribahasa merupakan susunan kata yang mempunyai maksud tersurat dan tersirat. Masyarakat Melayu tradisional menggunakan peribahasa untuk menasihati, menegur dan mendidik anggota masyarakatnya, dengan tidak tanpa menyinggung perasaan atau menjatuhkan air muka pendengar. Walau Bagaimanapun, masih ada dalam kalangan masyarakat yang memandang rendah terhadap nilai peribahasa Melayu dan meminggirkannya dalam percakapan seharian. Tujuan kajian ini, adalah untuk menerangkan fungsi peribahasa Melayu dalam teks pidato peserta pertandingan akhir PABM, dan perkaitannya dengan bahasa, adat dan budaya Nusantara. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah analisis kandungan teks. Data diambil daripada transkripsi rakaman video pertandingan akhir PABM 2023. Terdapat sembilan peserta akhir merangkumi tiga kategori, iaitu Alam Melayu (3), Antarabangsa (3) dan Pelajar Antarabangsa di Malaysia (3). Peserta terdiri dari negara Malaysia, Brunei, China, Pakistan, Bangladesh, Timor-Leste dan Uzbekistan. Data peribahasa dianalisis dengan menggunakan gagasan pemikiran Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) melalui buku Ilmu Mengarang Melayu (1965). Hasil kajian menunjukkan bahawa teks pidato mengandungi 20 peribahasa Melayu, iaitu jenis perumpamaan (11), bidalan (6), perbilangan (1), dan pepatah (2). Secara keseluruhannya, kajian ini dapat mengantarabangsakan peribahasa Melayu, sekali gus mengangkat sastera dan budaya Nusantara ke persada dunia. Melalui cara ini, kearifan tempatan dan akal budi Melayu dapat diwarisi secara turun-temurun merentas masa dan zaman.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2024
Kajian ini membincangkan homonim antara Dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Standard. Homo... more Kajian ini membincangkan homonim antara Dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Standard. Homonim ialah kata-kata yang sama ejaan dan sebutan tetapi mempunyai makna yang berbeza. Objektif kajian ini, untuk mengenal pasti homonim antara dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Standard dan menganalisis perbandingan homonim antara Dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Standard. Data dikumpul melalui kajian lapangan, iaitu temu bual dengan pelajar Universiti Putra Malaysia yang merupakan pelajar yang berasal dari negeri Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Analisis mendapati bahawa terdapat banyak homonim yang boleh menyebabkan kekeliruan dalam komunikasi antara penutur Dialek Melayu Sarawak dengan penutur Bahasa Melayu Standard. Hasil kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang mengenai homonim antara dialek dengan bahasa standard serta mempertingkatkan kejelasan dalam komunikasi bagi pelajar Universiti Putra Malaysia.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2024
Kajian ini memfokuskan program PERMATA/GENIUS Seni yang dilancarkan pada peringkat nasional di Ma... more Kajian ini memfokuskan program PERMATA/GENIUS Seni yang dilancarkan pada peringkat nasional di Malaysia sejak 2010. Sejak dilaksanakan selama lebih 10 tahun, masih belum banyak kajian ilmiah yang sistematik dilakukan tentangnya. Hal ini mengundang satu penelitian terhadap program PERMATA/GENIUS Seni, khususnya aspek visi dan misi program, termasuk pelaksanaan visi serta misi tersebut. Kajian ini bertujuan mengenal pasti aspek integral dalam visi dan misi program PERMATA/GENIUS Seni, dan seterusnya meneliti pelaksanaan aspek integral tersebut melalui pelaksanaan tiga kategori program, iaitu PERMATA/GENIUS Seni Koir, PERMATA/GENIUS Seni Muzik dan PERMATA/GENIUS Seni Tari. Metodologi kajian ini bersifat kualitatif dengan menerapkan kaedah kajian kepustakaan dan temu bual. Kajian ini menyimpulkan bahawa program PERMATA/GENIUS Seni dirangka dengan visi dan misi yang jelas dengan penekanan terhadap dua aspek integral, iaitu pengasahan bakat dan pembentukan keperibadian. Walau bagaimanapun, dari segi pelaksanaan program, termasuk isi kandungan kurikulum, program ini dilihat lebih tertumpu kepada aspek pengasahan bakat. Pengabaian aspek pembentukan keperibadian terutama pengukuhan jati diri terlihat apabila penekanan diberikan terhadap kesenian yang berasal dari Barat, seperti koir, orkestra dan ballet. Kajian ini mencadangkan agar satu kajian khusus terhadap isi kandungan kurikulum program PERMATA/GENIUS Seni dilaksanakan dengan memberikan fokus terhadap aspek pembentukan keperibadian, terutama soal pengukuhan jati diri yang menjadi visi program.
JURNAL PERTANIKA MAHAWANGSA, 2024
Pantun diwartakan sebagai salah satu Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO Malaysia & Indonesia seme... more Pantun diwartakan sebagai salah satu Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO Malaysia & Indonesia semenjak 2020. Namun, sebahagian masyarakat mendapati bahawa budaya ini kurang diamalkan kecuali di majlis rasmi dan upacara tertentu. Rentetannya, terbit kerisauan lama-kelamaan yang pantun akan diketepikan dalam masyarakat. Justeru, terdapat keperluan untuk mengukuhkan nilai pantun dalam masyarakat supaya pantun dibudayakan. Kajian ini bertujuan untuk mencerakin ciri pantun dalam fungsi sosial dalam menyemai ingatan budaya setempat di Nusantara. Kajian ini menjalankan kaedah proses sintesis sorotan kajian bersistem terpandu berdasarkan Ibrahim (2011 & 2020) mengikut kata kunci “pantun”, “fungsi sosial” dan “ingatan budaya”. Hasil kajian mendapati: (1) Pantun mempunyai 13 ciri dan menggunakan 20 tema; (2) Fungsi sosial pantun berjumlah 8 perincian dalam peringkat perseorangan, 9 perincian dalam peringkat masyarakat, 11 perincian dalam isihan menyampaikan pengetahuan, dan 11 perincian dalam isihan menyampaikan budaya; dan (3) Ingatan budaya boleh tercapai melalui 9 kaedah, menggunakan 10 kandungan, dan dinilai pada 12 kesan. Kajian ini mengusulkan cadangan teoretikal “Pantun Penyemai Ingatan Budaya Setempat” yang berdaya membolehkan pantun menyemai ingatan budaya setempat di Nusantara, sekali gus mengukuhkan nilai pantun untuk dibudayakan dalam masyarakat. Kajian selanjutnya disyorkan untuk mengabsahkan usulan tersebut dan menyadurnya menjadi tatasemai ingatan budaya pada peringkat Nusantara.