Muhammad Azaki Mamat - Academia.edu (original) (raw)
Uploads
Papers by Muhammad Azaki Mamat
ABSTRAK Kajian ini telah dijalankan bagi menyelesaikan masalah penguasaan kemahiran berfikir aras... more ABSTRAK Kajian ini telah dijalankan bagi menyelesaikan masalah penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. 15 orang responden telah dijadikan subjek kajian. Fokus kajian ini ialah kesan penggunaan bahan tiga dimensi (3D) model bentuk muka bumi dalam meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid bagi mata pelajaran Kajian Tempatan. Tinjauan awal mendapati responden mempunyai masalah untuk menjawab soalan-soalan beraras tinggi. Keputusan menunjukkan kaedah ini jelas berjaya membantu meningkatkan penguasaan KBAT subjek kajian. Cadangan kajian seterusnya pula ialah menggunakan kaedah intervensi ini terhadap mata pelajaran yang lain seperti Sejarah, menjalankan kajian terhadap murid Tahun 4, menggabungkan dengan teknik pembelajaran koperatif yang lain, mempelbagaikan jenis-jenis bahan 3D, dan menampilkan ciri-ciri tambahan pada model seperti replika rumah, bangunan, pokok-pokok, dan jalan raya pula. Kata kunci: kemahiran berfikir, bahan 3D, model bentuk muka bumi 1.0 PENDAHULUAN Semasa menjalani praktikum di sekolah yang lalu, pengkaji mendapati bahawa soalan-soalan yang berbentuk aras pengetahuan dan kefahaman lebih mudah dijawab oleh murid-murid berbanding soalan-soalan beraras tinggi beraras aplikasi, analisis, penilaian dan sintesis. Berdasarkan hasil analisis latihan murid, pengkaji dapat mengenal pasti bahawa murid-murid kurang berkemahiran untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Ia lebih jelas lagi apabila pengkaji mengajukan soalan beraras tinggi kepada responden dan mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan tepat dan betul. Tambahan lagi, pelaksanaan pengajaran yang melibatkan KBAT begitu kurang sekali dilaksanakan kepada murid-murid. Bagi kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti teori yang bersesuaian dengan kajian, iaitu teori konstruktivisme dan teori kognitif. 2.0 FOKUS KAJIAN Pengkaji mendapati terdapat masalah dalam penguasaan KBAT yang dihadapi oleh responden. Justeru, pengkaji memfokuskan kajian ini kepada meningkatkan penguasaan KBAT dalam kalangan responden dengan menggunakan model bentuk muka bumi. Isu keprihatinan yang mendorong ke arah penyelidikan ini adalah kerana pengkaji ingin membuat penambahbaikan terhadap proses PdP dengan menggunakan bahan tiga dimensi (3D) sebagai usaha untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan subjek kajian. Kajian ini difokuskan kepada murid Tahun 5 Smart yang lemah dalam penguasaan KBAT sebagai subjek kajian. Penguasaan KBAT akan membantu subjek untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan atau persoalan kompleks yang diberikan. Ia melibatkan keupayaan berfikir dan perkembangan kognitif secara meluas dalam diri mereka. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi subjek kajian melalui pendekatan pembelajaran menggunakan bahan 3D sebagai bahan bantu mengajar bagi subjek Kajian Tempatan dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Smart.