Zawiah Seman - Academia.edu (original) (raw)
Uploads
Papers by Zawiah Seman
Abstrak—Motivasi memainkan peranan yang penting dalam mendorong dan mengekalkan proses membaca te... more Abstrak—Motivasi memainkan peranan yang penting dalam mendorong dan mengekalkan proses membaca teks yang sukar dan kompleks. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh motivasi terhadap kefahaman bacaan teks subjek sastera Arab (KTSA) dengan mengambil kira penguasaan bahasa Arab (PBA) sebagai pemangkin (moderator) terhadap pengaruh tersebut dalam konteks bacaan teks sastera Arab di peringkat STAM. Dimensi motivasi yang dikaji adalah efikasi kendiri (EF) dan nilai (NIL), penguasaan bahasa Arab (PBA) yang berdasarkan skor ujian Nahu dan Insya' dan kefahaman bacaan teks subjek sastera Arab (KTSA) yang berdasarkan skor ujian aneka pilihan bagi tiga jenis teks subjek sastera Arab. Data dikumpulkan melalui pengedaran soalan selidik menggunakan instrumen MSLQ Pintrich et al. (1991), skor ujian penguasaan bahasa Arab dan kefahaman bacaan teks subjek sastera Arab terhadap sampel kajian seramai 386 responden yang mengambil subjek Sastera Arab dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Kelantan. SMART PLS 2.0 (M3) yang menggunakan analisis laluan dan bootstraping digunakan untuk mengkaji standard error dan nilai t. Hasil kajian menunjukkan hanya dimensi NIL sahaja secara signifikannya mempengaruhi KTSA manakala EF tidak mempengaruhi KTSA. PBA mempengaruhi hubungan motivasi dengan KTSA hanya pada satu dimensi sahaja iatu EF walaupun saiz kesan yang diperoleh adalah kecil. Kehadiran faktor PBA mengisi lompang kelemahan hubungan EF dengan KTSA yang seterusnya menjadi faktor pemangkin kepada hubungan EF dengan KTSA. Implikasi, batasan dan kajian lanjutan dibincangkan.