misri bohari | IPG Kampus Pendidikan Islam (original) (raw)
Papers by misri bohari
ABSTRAK Kajian ini mengkaji pengaruh bidang pengajaran dan major pengajian terhadap efikasi guru-... more ABSTRAK Kajian ini mengkaji pengaruh bidang pengajaran dan major pengajian terhadap efikasi guru-guru sekolah menengah luar bandar di Sabah. Kajian melibatkan 816 orang responden yang terdiri daripada guru-guru terlatih. Kajian ini berbentuk deskriptif statistik dan menggunakan instrumen soal selidik Skala Efikasi Kendiri Guru (Teacher Self Efficacy Scale-(TSES). TSES mempunyai dua belas item yang dibina oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk-Hoy(2001). Terdapat tiga dimensi, iaitu penglibatan murid (bagi mengukur kesungguhan guru dalam memberi dorongan kepada murid), strategi pengajaran (kesungguhan guru dalam memberi kefahaman kepada murid) dan pengurusan kelas (kesungguhan guru dalam mengawal kelas). Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini ialah alpha 0.96. Kajian dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Pakage for Social Science) Versi 18.0 untuk ujian hipotesis pada aras signifikan p <.05. Hipotesis kajian diuji menggunakan Ujian – t sampel bebas dan ANOVA sehala. Frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai juga digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian mendapati tahap efikasi guru-guru sekolah menengah luar bandar di Sabah pada tahap yang tinggi dan guru-guru lelaki lebih tinggi tahap efikasinya berbanding guru perempuan. Manakala, perbezaan tahap efikasi guru mengikut bidang pengajaran, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam semua dimensi efikasi guru. Namun bagi major pengajian, didapati signifikan terhadap dimensi penglibatan murid, tidak signifikan pada dimensi strategi pengajaran dan pengurusan kelas. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat pengaruh bidang pengajaran dan major pengajian pada aras signifikannya .
Himpunan 72 buah abstrak kajian penyelidikan yang telah dibentangkan pada Seminar Penyelidiikan P... more Himpunan 72 buah abstrak kajian penyelidikan yang telah dibentangkan pada Seminar Penyelidiikan Pendidikan Kebangsaan Zon Sabah pada 2 hingga 4 September 2015 bertempat di IPG Kampus Keningau Sabah
Himpunan artikel Prosiding Artikel Konvensyen Kebangsaan Keusahawanan Islam NCIE 2015 oleh penuli... more Himpunan artikel Prosiding Artikel Konvensyen Kebangsaan Keusahawanan Islam NCIE 2015 oleh penulis berbeza latarbelakang ahli akademik, ahli industri, usahawan muda, pengurus syarikat dan pelajar siswazah
Kajian ini bertujuan untuk meneroka tahap dan pengaruh efikasi guru pendidikan khas terhadap peng... more Kajian ini bertujuan untuk meneroka tahap dan pengaruh efikasi guru pendidikan khas terhadap penglibatan murid, amalan pengajaran dan pengurusan bilik darjah di sekolah Pedalaman Keningau Seramai 40 orang guru pendidikan khas di Pedalaman Keningau iaitu daripada jumlah keseluruhan 68 orang guru dari Daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan yang terdiri guru pendidikan khas integrasi sekolah rendah dan sekolah menengah. Persampelan ini menggunakan formula Penentuan Saiz Sampel Yamanae (1971) Menggunakan soal-selidik. TSES, dalam instrumen ini terdapat dua belas item yang telah dibina oleh Tschahhen-Moran dan Woolfolk-Hoy (2001) dalam Khalid et.al (2009:8). Hasil kajian ini menunjukkan tahap efikasi guru-guru Pendidikan Khas Pedalaman Atas Keningau pada tahap skor min yang tinggi ( =7.09 , SD =.790), manakala dimensi amalan pengajaran menunjukkan skor min yang tinggi juga ( =7.48 , SD =.929), begitu juga dengan dimensi pengurusan bilik darjah dengan skor min yang tinggi ( =7.20 , SD =.846), dimensi penglibatan murid pada tahap tinggi juga dengan skor min ( =7.04 , SD =7.37). Penglibatan murid menyumbang varians sebanyak (95%) kerana terdapat signifikan. Begitu juga amalan pengajaran telah menyumbang varians sebanyak (94%) dan pengurusan bilik darjah juga menyumbang varians sebanyak (94%). Ini menunjukkan bahawa efikasi guru Pendidikan Khas telah memberi pengaruh yang sangat besar ke atas aspek penglibatan murid, amalan pengajaran dan pengurusan bilik darjah. Oleh itu pihak KPM, JPNS, IPGM dan Universiti hendaklah berusaha meningkatkan tahap efikasi guru pelatih yang bakal dihasil. Kajian perbandingan juga boleh dijalankan bagi opsyen lain.
Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi dalam... more Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi dalam kalangan murid tahap satu di sekolah-sekolah kebangsaan program j-QAF Ambilan 2009 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau . Kajian ini merupakan satu tinjauan deskriptif menggunakan borang soal selidik dan ujian terhadap sampel 73 orang murid yang terdapat guru-guru pelatih j-QAF Ambilan Januari di sekolah tersebut. Dapatan kajian mendapati skor min antara 2.70 dan 2.34 pada kemahiran membaca pada tahap sederhana dan skor min 2.96 pada kemahiran menulis huruf bersambung pada tahap sederhana juga , namun pada kemahiran menukar perkataan rumi kepada jawi skor min 1.73 dengan sampel n=73 menunjukkan tahap yang rendah .
Mengandungi 49 buah kajian dengan 8 tema antaranya; Pedagogi & Andragogi Bahasa Arab (BA), Kreati... more Mengandungi 49 buah kajian dengan 8 tema antaranya; Pedagogi & Andragogi Bahasa Arab (BA), Kreativiti dan Inovasi BA, Sukatan dan Modul BA, Isu-isu Pendidikan BA, Latihan Guru BA, Linguistik BA, Bahasa Arab Komersil, BA sebagai media dalam Pendidikan Islam dan lain-lain tema