Alto (original) (raw)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Di dalam definasi muzik, seorang alto atau kontralto ialah penyanyi dalam lingkungan suara di antara suara tenor dan mezzo-soprano. Istilah ini biasanya dirujukkan kepada suara wanita terendah dalam nada nyanyian atau suara nyanyian lelaki yang menggunakan teknik pemalsuan suara (falseto) yang juga dikenali sebagai penyanyi kauntertenor. Nota penyanyi alto kebiasaanya meliputi di antara G di bawah C tengah hingga ke E sepuluh di bawah C tengah (G3-E5). Di dalam suara terendah dalam lingkungan suara mereka, suara penyanyi alto lelaki adalah hampir sama dengan suara penyanyi tenor.

Sesetengah penyanyi alto mempunyai lingkungan yang lebih besar iaitu dari C di bawah C tengah hingga ke C dua oktaf atas (C3-C6 jika C tengah ialah C4), tetapi seperti penyanyi-penyanyi lain, jenis suara alto dikenal pasti melalui "vokal tengah" dan bukan dari lingkungan mereka. Sebagai contoh, seorang soprano, boleh menyanyikan nada yang lebih rendah dari penyanyi alto tetapi tidak akan merasa selesa menyanyikan nada sebegitu. Dalam kumpulan 4 penyanyi koral harmoni (koir), suara penyanyi alto adalah yang ke-2 tertinggi. Nota alto pada asalnya ditulis dalam “klef alto” tetapi kini ditulis dalam “klef trebal”.

Walaupun lelaki dan wanita boleh menyanyi di dalam lingkungan suara penyanyi alto, namun istilah ini lebih kerap ditujukan untuk penyanyi wanita . Istilah "kontralto" adalah istilah spesifik untuk merujuk kepada penyanyi alto wanita yang berlawanan dengan penyanyi alto lelaki atau instrumen muzik atau klef.

Walau bagaimanpun, di awal era nyanyian koir, penyanyi alto lelaki dewasa juga dipanggil sebagai kauntertenor. Jikalau penyanyi alto tersebut adalah lelaki yang juga seorang tenor semulajadi tetapi memilih untuk membuat falseto, mereka akan digelar sebagai seorang kauntertenor; manakala jikalau penyanyi lelaki itu adalah penyanyi bersuara “alto” sejati (menerusi berat suara yang berkemampuan dinamik), mereka adalah penyanyi bariton atau bes. Penyanyi kontralto adalah amat jarang dalam opera memandangkan tidak banyak kerja gubahan yang ditulis untuk suara ini.

Secara teknikalnya, "alto" ialah dari kategori yang berbeza dalam muzik koral (koir) di mana suara ini hanya merujuk sebagai salah satu dari lingkungan suara penyanyi.

Namun, dalam nyanyian opera, kategori "alto" yang biasanya merujuk kepada penyanyi wanita yang mempunyai tessitura (corak suara) yang amat rendah, dimasukkan dalam kategori mezzo-soprano. Ini adalah kerana kedua-dua jenis suara tersebut mampu mengimbangi suara bersama dalam nyanyian. Peranan ataupun penyanyi-penyanyi untuk fach ini adalah kecil dan "kontralto" sejati opera juga amatlah jarang didapati. Kebanyakan peranan ini dinyanyikan oleh penyanyi mezzo-soprano.

Berikut adalah senarai penyanyi alto/kontralto untuk peranan dalam repertoir piawaian opera:-

Kebanyakan opereta (opera berskala kecil) dan teater muzikal mempunyai peranan – peranan penting untuk penyanyi alto/kontralto. Dalam setiap gubahan penggubah Gilbert dan Sullivan, adalah menjadi seperti kemestian untuk mereka menulis satu peranan wanita alto/kontralto yang matang atau bersikap pendorong dari keluarga bangsawan. Penyanyi – penyanyi seperti Rosina Brandram dan Bertha Lewis adalah antara yang paling terkenal untuk peranan-peranan ini.

Peranan atau suara alto/kontralto terletak di bawah suara mezzo-soprano dan soubret. Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah:-

Marian Anderson [1] Marianne Brandt Eula Beal Clara Butt Lili Chookasian Del Delker Kathleen Ferrier Birgit Finnilä Maureen Forrester [2] Jane Froman Jiansheng Yang Margarethe Klose Yvonne Minton Maartje Offers Ewa Podleś Ernestine Schumann-Heink Hilary Summers Maizie Williams Belle Cole
Fiona Apple Anita Baker [3] Jenny Berggren (Ace of Base) Linn Berggren (Ace of Base) Annie Lennox Toni Braxton [4] Karen Carpenter (The Carpenters) Cher [5] Lady Gaga Lisa Gerrard Etta James Grace Jones [6] Carmen McRae [7] Anne Murray Johnette Napolitano (Concrete Blonde) Stevie Nicks [8] Lisa Marie Presley [9] Grace Slick Toni Tennille (Captain & Tennille) Tina Turner [10] Bonnie Tyler T-Boz (Kumpulan TLC) [11] KT Tunstall

(Untuk pemahaman lanjut)

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-10. Dicapai pada 2007-06-20.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-10. Dicapai pada 2007-06-20.
  3. ^ http://www.ticketmaster.com/artist/734496?brand=none
  4. ^ Martin, Bill (2002). Pro Secrets Of Heavy Rock Singing. Sanctuary Publishing. m/s. Page 9. ISBN 1-86074-437-0.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2007-06-20.
  6. ^ http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9B03EFDB143BF93BA3575BC0A967948260
  7. ^ [1]
  8. ^ Stevie
  9. ^ "Presley". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2007-06-20.
  10. ^ [2]
  11. ^ [3]