Bas (original) (raw)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sebuah bas dua tingkat New Routemaster kendalian Arriva London di laluan London Buses nombor 73.

Bas (Jawi: ‏بس‎‎) merupakan sebuah kenderaan pengangkutan awam jalan raya yang besar serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang lebih ramai daripada muatan kereta atau van selain pemandu dan kadang-kadang konduktor bas.

Pemandu bas memerlukan lesen kenderaan besar khas selain lesen memandu sendiri.

Kereta kuda "Omnibus" Paris, lewat abad ke-19.

Perkataan "bas" serapan Inggeris bus pendekan kata sifat Latin omnibus[1][2] ("untuk semua") bentuk jamak datif omnis/omne ("semua").[3] Nama kenderaan ini asalnya dalam bahasa Perancis voiture omnibus[1] ("kenderaan untuk semua") daripada perkhidmatan pengangkutan ramai dimulakan tahun 1823 oleh Stanislas Baudry, seorang pemilik kilang tepung di Richebourg, luar bandar raya Nantes. Kilang tepung Baudry menghasilkan air panas sebagai keluaran sampingan, oleh itu beliau mendirikan sebuah perniagaan spa. Beliau memulakan perkhidmatan kereta kuda dari pusat bandar raya Nantes ke spa tersebut. Perhentian pertama kereta-kereta beliau ialah kedai seorang tukang topi bernama Omnés yang memasangkan papan tanda tertulis nama "Omnes Omnibus" yang bermain kata dengan nama keluarga Omnés yang berbunyi seperti kata bahasa Latin omnis/-e ("semua") di atas.[3] Oleh itu, nama kedai tukang topi ini membawa maksud "Omnés untuk semua", atau "semua benda untuk semua orang".[1]

Rancangan Baudry sungguh berjaya walaupun tidak seperti yang diharapkan beliau kerana banyak penumpang perkhidmatan beliau tidak melawat spa beliau. Beliau menjadikan perkhidmatan pengangkutan ini usaha niaga utamanya dan menutup kilang dan spanya.[4] Para penduduk bandar Nantes tidak lama kemudian menggelarkan kenderaan beliau "omnibus".[1]

Bas transit tempatan di Canberra, ACT.

Terdapat juga Bas Ekspres Eksekutif yang mengenakan tambang lebih mahal tetapi dengan beberapa kelebihan seumpama layanan di dalam kapal terbang merangkumi keselesaan, makanan dan minuman serta ruang duduk yang lebih luas.

Bas Biarticulated (Expresso Biarticulado) di Curitiba, Brazil.

Bas ekspres yang diletakkan di Chichen Itza, Mexico.

Asalnya kebanyakan pembina bas terdiri daripada pembina badan kereta kuda, dan kemudiannya pengeluar kereta dan lori. Bas terawal biasanya terdiri daripada badan bas yang dipasang pada sistem kerangka lori. Pendekatan badan campur kerangka ini berterusan sehingga membawa kepada pengeluar moden khusus, di mana enjin bas yang menggunakan enjin diesel dibina oleh sesebuah syarikat tertentu, manakala kerangka dan badan dibina oleh syarikat yang berlainan. Walau bagaimanapun, terdapat juga syarikat khusus yang membina sepenuhnya bas, daripada enjin sehinggalah kepada badan bas. Kerangka terkini jenis Monocoque didakwa lebih ringan dan lebih selamat sehingga mencapai tahap ECE R66.[10][11]

Pengeluar bas moden kini turut menyertakan peralatan berteknologi canggih seperti sistem pemantauan GPS, Wi-Fi dalam kenderaan, permainan komputer, skrin LCD Peribadi, tempahan tiket secara atas talian serta sistem maklumat penumpang elektronik di dalam bas bagi menambah kecekapan operasi sistem pengangkutan bas.

  1. ^ a b c d Lihat:
    • Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Omnibus" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 20 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 104.
    • "Etymologie de omnibus". Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles (dalam bahasa Perancis). 2012. Dicapai pada 7 Jun 2024. 1. [...] «voiture publique servant au transport des passagers» (Journal de Paris, 16 juillet, p.2, col. 1: On dit qu'à compter du 17 courant, une partie des fiacres et cabriolets stationneront sur les places publiques de Paris sous le titre d'Omnibus, et pourront marcher moyennant vingt-cinq centimes par personne)... de voiture omnibus (1835, Ac.), propr. «voiture pour tous» où omnibus est le datif [plural] de l'[adjective latine] omnis «tous» (v. _omni_-).
  2. ^ Kwik Khing Djoen (1923). "omnibus (L)". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 259. "kreta dari 4 roda boeat tarik segala penoempang; kreta tram boeat orang banjak".
  3. ^ a b Marchant, J.R.V.; Charles, Joseph F., penyunting (1928). Cassell's Latin Dictionary (ed. Revised).
  4. ^ "La préhistoire des transports urbains" [Prasejarah pengangkutan bandar] (dalam bahasa Perancis). Chelles, Seine-et-Marne, Perancis: Transportation Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2021. Dicapai pada 22 Februari 2019.
  5. ^ bateri Diarkibkan 4 Mac 2016 di Wayback Machine
  6. ^ 2+2[_pautan mati kekal_]
  7. ^ 2+1[_pautan mati kekal_]
  8. ^ Bas Ekspres dua tingkat
  9. ^ Semi Hi-Decker Diarkibkan 21 Julai 2015 di Wayback Machine
  10. ^ Lee, Patrick (8 Julai 2013). "Monocoque buses offer better deal". The Star. Dicapai pada 22 April 2022.
  11. ^ Jones, Norman; Brebbia, C. A. (2010). Structures Under Shock and Impact XI. m/s. 42. ISBN 978-1-84564-466-6.