Kiwi (original) (raw)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana ini mengenai keluarga burung. Untuk buah-buahan, sila lihat buah kiwi. Untuk kegunaan lain, sila lihat Kiwi (nyahkekaburan).

Kiwiکيوي
Kiwi Perang Pulau Utara (Apteryx mantelli)
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Burung
Order: Struthioniformes
Keluarga: ApterygidaeG.R. Gray, 1840
Genus: ApteryxShaw, 1813
Spesies
Apteryx haastii Kiwi Berbintik Besar Apteryx owenii Kiwi Berbintik Kecil Apteryx rowi Kiwi Perang Okarito Apteryx australis Kiwi Perang Selatan Apteryx mantelli Kiwi Perang Pulau Utara
The distribution of each species of kiwi
Sinonim
Stictapteryx Iredale & Mathews, 1926 Kiwi Verheyen, 1960

Kiwi ialah mana-mana spesies burung tidak boleh terbang daripada genus Apteryx (genus yang tunggal dalam keluarga Apterygidae). Dengan saiznya sekitar saiz ayam, kiwi ialah ratit terkecil yang masih hidup. Semua spesies burung kiwi tergolong dalam spesies terancam. Burung kiwi ialah burung endemik di New Zealand dan merupakan simbol negara tersebut.

Istilah Kiwi {kē'wē Pr: kee-wee] berasal daripada bahasa Maori (1825-35)[1] yang turut meujuk kepada panggilan burung itu.[2]

Spesimen burung kiwi pertama yang dikaji oleh orang Eropah merupakan kulit burung yang diberikan kepada George Shaw oleh Kapten Andrew Barclay di dalam kapal Providence pada sekitar tahun 1811. Kulit itu dilaporkan diberikan oleh seorang pemburu anjing laut di Pelabuhan Sydney. George Shaw memberikan nama saintifik kepada burung kiwi serta juga membuat lakaran tentang rupa Burung Kiwi yang hidup, sebagaimana dibayangkannya. Lakarannya muncul dalam plat 1057 dan 1058 di dalam The Naturalist's Miscellany, Jilid 24, pada tahun 1813.

Masyarakat Maori di New Zealand menganggap haiwan tersebut berada di bawah perlindungan dewa hutan mereka, Tane Mahuta. Bulu-bulu dari burung ini terutamanya digunakan untuk membuat kain mantel istimewa yang bernama kahu kiwi[3]. Kain sebegini masih dihasilkan pada zaman kini, namun kaum tersebut memperolehi bulu-bulu yang dikehendaki melalui cara lain yang berperikemanusiaan seperti daripada kiwi dalam kurungan, mahupun bangkai burung yang mati akibat kemalangan atau aktiviti pemangsa.[4]

Status haiwan ini sebagai burung kebangsaan New Zealand bermula sejak lewat kurun ke-19 apabila ia tertera pada lencana yang dipakai askar-askar dari negara tersebut. Penggunaannya mencapai populariti yang tinggi semasa Perang Dunia Pertama, di mana 'kiwi' menjadi panggilan untuk bukan sahaja rakyat New Zealand yang merantau tetapi juga mereka yang tinggal di negara pulau itu.[5]

Gambar burung kiwi dipaparkan atas pesawat-pesawat milik Tentera Udara New Zealand sebagai logo angkatan tersebut, serta duit syiling satu dolar New Zealand (yang juga dikenali dengan gelaran 'kiwi'[6]).

  1. ^ Random House Unabridged Dictionary, © Random House, Inc. 2006
  2. ^ The American Heritage® Dictionary of the English Language, Fourth Edition Copyright © 2006 by Houghton Mifflin Company
  3. ^ "Kiwi and people: early history", Te Ara, NZ: The Government
  4. ^ New Zealand Embassy and Smithsonian National Zoo host handover ceremony to return kiwi feathers to New Zealand, New Zealand Ministry of Foreign Affairs and Trade
  5. ^ "A kiwi country", Te Ara
  6. ^ "Kiwi falls after Wheeler talks down intervention, QE". The National Business Review. NZ. 27 October 2012. Dicapai pada 27 October 2012.