Kranberi (original) (raw)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kranberi
Semak kranberi berbuahsepara tenggelam
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
(tanpa pangkat): Angiosperma
(tanpa pangkat): Eudikot
(tanpa pangkat): Asterid
Order: Ericale
Keluarga: Ericaceae
Genus: Vaccinium
Subgenus: Oxycoccus
Spesies
Vaccinium erythrocarpum Vaccinium macrocarpon Vaccinium microcarpum Vaccinium oxycoccos

Kranberi adalah kumpulan tumbuhan renek kerdil malar hijau yang menjalar dalam subgenus Oxycoccus genus Vaccinium didapati dalam rawa (tanah bencah) berasid di serata kawasan beriklim sejuk Hemisfera Utara. Jenis beri ini pula lebih diperincikan mengikut kawasan: "kranberi" di Britain dikaitkan dengan spesies Vaccinium oxycoccos yang ditanam di Eropah Tengah dan Utara[1] manakala "kranberi" di Amerika Utara pula mungkin merujuk kepada spesies Vaccinium macrocarpon yang ditanam di seluruh utara Amerika Syarikat, Kanada dan Chile.[2][3] Dalam beberapa kaedah pengelasan, Oxycoccus dianggap sebagai sebuah genus yang tersendiri.[4]

Buah dihasilkan pokok ini dimanfaatkan di Amerika Utara menjadi pelbagai produk seperti jus, sos, jem, dan buah kering, dengan baki selebihnya dijual segar kepada pengguna. Sos kranberi merupakan kuah sampingan kepada hidangan ayam belanda panggang yang secara tradisinya dimakan pada malam Krismas di United Kingdom dan Amerika Syarikat serta majlis makan malam sewaktu Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat dan Kanada.[5]

Nama asal pokok ini dalam bahasa Inggeris yang diserap iaitu cranberry dinamakan oleh para peneroka awal Eropah di benua Amerika berdasarkan pemerhatian tangkai dan kelopak bunga pokok ini menyerupai leher, kepala, dan paruh burung jenjang (crane).[6][7]

Pokok kranberi bercirikan renek dan menjalar sepanjang 2 meter (7 ka) dengan ketinggian 5 hingga 20 sentimeter (2.0 hingga 7.9 in)[8] dengan batang yang tidak berkayu tebal dan daun malar hijau yang kecil.

Bunganya berwarna merah jambu gelap, dengan ranggi atau kelopak melenting serta stilus dan stamen yang terdedah sepenuhnya dan menunjuk ke hadapan. Pokok ini disenyawakan oleh lebah. Buahnya bercirikan beri yang bersaiz lebih besar daripada daun tumbuhan; ia pada mulanya berwarna hijau terang tetapi kemudiannya bertukar menjadi merah apabila masak. Buah ini boleh dimakan, dengan rasa masam yang melebihi rasa manisnya.

Buah kranberi kering

The Cranberry Harvest on the Island of Nantucket, lukisan Eastman Johnson, 1880.

Buah kranberi, mentah (Vaccinium macrocarpon)

Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 46 kcal (190 kJ)
Karbohidrat 12.2 g
- Gula 4.04 g
- Serabut diet 4.6 g
Lemak 0.13 g
Protein 0.39 g
Air 87.13 g
Vitamin A setara 3 μg (0%)
Vitamin A 623 IU
- beta-karotena 36 μg (0%)
- lutein dan zeaksantin 91 μg
Tiamina (vit. B1) 0.012 mg (1%)
Riboflavin (vit. B2) 0.02 mg (2%)
Niasin (vit. B3) 0.101 mg (1%)
Asid pantotenik (B5) 0.295 mg (6%)
Vitamin B6 0.057 mg (4%)
Folat (vit. B9) 1 μg (0%)
Vitamin C 13.3 mg (16%)
Vitamin E 1.2 mg (8%)
Vitamin K 5.1 μg (5%)
Kalsium 8 mg (1%)
Besi 0.25 mg (2%)
Magnesium 6 mg (2%)
Mangan 0.36 mg (17%)
Fosforus 13 mg (2%)
Kalium 85 mg (2%)
Natrium 2 mg (0%)
Zink 0.1 mg (1%)
Link to USDA Database entryPeratusan dianggarkanmenggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.Sumber: USDA Nutrient Database

Buah kranberi biasanya dimasak menjadi sos manisan atau jem dihidangkan secara tradisinya dengan ayam belanda panggang sebagai makanan utama pada malam Krismas di England, serta jamuan keraian Hari Kesyukuran di Kanada dan Amerika Syarikat. Beri ini juga digunakan dalam kuih-muih (mufin, skon, kek dan roti), di mana ia sering digabungkan dengan buah oren atau kulitnya. Kranberi kurang biasanya juga digunakan untuk menambah rasa masam kepada masakan berlauk seperti sup dan stu.

Segelas air kranberi

Air perahan kranberi dihasilkan mempunyai rasa masam yang datang dari pelbagai jenis polifenol terkandung termasuk flavonoid, proantosianidin, antosianin, asid fenolik dan elagitanin.[9][10] Ia kadangkala ditambah air buahan lain (biasanya anggur, epal atau pir) dan gula tambahan selepas kira-kira 28% perahan kranberi asli untuk menambahkan kelazatan. Produk jus kranberi rendah kalori menggunakan pemanis bukan kalori.

  1. ^ Stace, Clive (2010), New Flora of the British Isles (ed. ke-3), Cambridge, UK: Cambridge University Press, m/s. 512, ISBN 978-0-521-70772-5
  2. ^ USDA, NRCS (n.d.). "Vaccinium macrocarpon". Pangkalan Data PLANTS (plants.usda.gov) (dalam bahasa Inggeris). Greensboro, Carolina Utara: Pasukan Data Tumbuhan Kebangsaan. Dicapai pada 11 November 2014.
  3. ^ "How Cranberries Grow: "Cranberries 101" - An Introduction". Cape Cod Cranberry Growers' Association. 2014. Dicapai pada 11 November 2014.
  4. ^ Steven Clemants. "Vaccinium oxycoccos: Small Cranberry, Technical Page". Brooklyn Botanic Garden. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-23. Dicapai pada 2017-09-12.
  5. ^ Carol Cloud Bailey (19 November 2009). "Garden Tips: Give thanks for cranberries, grown with a taste of Florida". TCPalm.com. Scripps Interactive Newspapers Group. Dicapai pada 20 November 2009.
  6. ^ "Cranberry". Online Etymology Dictionary, Douglas Harper. 2017. Dicapai pada 7 December 2017.
  7. ^ Caruso FL; Bristow PR; Oudemans PV (2000). "Cranberries: The Most Intriguing Native North American Fruit". Apsnet Feature Articles. doi:10.1094/APSnetFeature-2000-1100. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2017. Dicapai pada 7 December 2017.
  8. ^ "About Cranberries". Cranberry Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Januari 2010. Dicapai pada 13 November 2009.
  9. ^ "Cranberry". National Center for Complementary and Integrative Health, US National Institutes of Health. 1 November 2016. Dicapai pada 10 October 2019.
  10. ^ Blumberg, JB; Camesano, TA; Cassidy, A; Kris-Etherton, P; Howell, A; Manach, C; Ostertag, LM; Sies, H; Skulas-Ray, A; Vita, JA (2013). "Cranberries and their bioactive constituents in human health". Advances in Nutrition. 4 (6): 618–32. doi:10.3945/an.113.004473. ISSN 2161-8313. PMC 3823508. PMID 24228191.