air - Wikikamus (original) (raw)

Air minum

air (jamak air-air or air2)

  1. cecair tidak berwarna yang sesuai diminum manusia dan haiwan.
  2. (kimia) H20
  3. kumpulan cecair, seperti tasik atau sungai.
  4. campuran air dengan bahan lain, seperti jus.
  5. cecair yang rupanya seperti air.

Diturunkan daripada Melayu Klasik ايِر (ayir), daripada Melayu Kuno 𞌁𞌂𞌪𞍊 (āir), daripada Melayik Purba *air, daripada Melayu-Chamik Purba *air, daripada Melayu-Sumbawa Purba *wair, daripada Melayu-Polinesia Purba *wahiʀ.

Kamus Dewan: a·ir

اءير

cecair H2O

Bentuk serantau bagi air (“cecair boleh minum”)
lihat peta; sunting data
Rantau Ragam Perkataan
Brunei Baku Brunei air
Dialek Brunei aying, aing
Kedayan aying
Indonesia Baku Indonesia air
Ambon aer
Bali aer
Bangka aek, aik
Deli aer
Jambi aek
Ketapang air
Kutai Tenggarong aer
Langkat aer
Makassar aer, aerek
Maluku Utara aer
Manado aer
Medan aer
Papua air
Pontianak aek
Riau ae, aie
Sambas aek
Tamiang aye
Ternate aer
Malaysia Baku Malaysia air
Johor ae
Kedah ayaq
Kelantan ae
Melaka ae
Negeri Sembilan ae
Pahang ae
Pulau Pinang ayaq
Sabah air
Sarawak aek
Singapura Baku Singapura air
Baba ayer
Thailand Pattani อา-เอ
Luar negeri Cocos aer
Sri Lanka aayer
Tanjung ai
Jadual ini menunjukkan pelbagai bentuk serantau untuk bahasa Melayu. Pengelasan ini berdasarkan taburan geografi.

air (tidak terbilang)

  1. udara.

Daripada perkataan bahasa Inggeris Pertengahan aire, daripada perkataan bahasa Perancis Kuno air, daripada perkataan bahasa Latin āēr, daripada perkataan bahasa bahasa Yunani Purba ἀήρ (aḗr). Menggantikan perkataan asli bahasa Inggeris Kuno lyft. Lihat lanjut di lift, loft.