empat - Wikikamus (original) (raw)

  1. angka keempat, 4; (jumlah) bilangan tiga dicampur satu, bilangan di antara tiga dengan lima; satu kurang daripada lima.
  1. empat belas: bilangan sepuluh ditambah empat (14).

  2. empat besar: empat negara yang berkuasa (empat orang dan lain-lain yang berpangkat).

  3. empat likur: (arkaik) nombor dua-puluh-empat (24).

  4. empat penahap (penjuru) alam: [bersamaan dengan empat tepas dunia] empat arah yang ada di dunia (utara, selatan, timur, dan barat).

  5. empat persegi: bidang yang empat seginya dan mempunyai sisi yang sama panjangnya, dan tiap-tiap sudutnya 90 darjah (segi empat sama).

  6. empat puluh: empat kali sepuluh (40).

  7. empat ratus: empat kali seratus (400).

  8. empat ratus serba dua: pemberian daripada pengantin laki-laki kepada pengantin perempuan yang banyaknya empat ratus ringgit belanja hangus dan dua pasang kasut (pakaian, subang, barang-barang hantaran lain).

  9. empat segi: bidang yang seginya atau sempadannya empat.

  10. empat tepas dunia: (sila lihat: empat penahap (penjuru) alam.)

  11. mengempat puluh hari: (sila lihat: mengempat.)

  12. satu perempat: (sila lihat: perempat.)

  13. empat gasal, lima genap, dikendur berdenting-denting, ditegang berjela-jela: pertuturan orang yang bijak itu selalu tidak diketahui ertinya.

  14. empat susu dua perut: (sastera lama) tidak sama atau amat berbeza (keturunan, darjat, dan lain-lain).

Daripada rumpun Melayu-Polinesia.

Terjemahan

امڤت

empat

  1. empat

"empat" di Kamus Iban - Melayu Dewan, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, ISBN 978-983-49-0446-3, 2015.

Nombor kardinal bahasa Jakun

< 3 4 5 >
Kardinal : empat

empat

  1. empat