muka - Wikikamus (original) (raw)
muka (ejaan Jawi موک, jamak muka-muka or muka2)
- (anatomi) Bahagian hadapan kepala yang memiliki organ-organ, iaitu mata, hidung dan mulut.
- Bahagian hadapan suatu objek, bahagian yang menghadap diri.
Daripada bahasa Sanskrit मुख (mukha), menggantikan muha, bentuk reflex lazim Melayik Purba *muha (“muka, hadapan”).
Kamus Dewan: mu·ka
(Johor-Selangor) AFA(kekunci): /ˈmukə/
(Riau-Lingga) AFA(kekunci): /ˈmuka/
Sinonim:
"muka" di Kamus Dewan, Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, →ISBN, 2005.
"muka" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu.