telinga - Wikikamus (original) (raw)

Telinga manusia

telinga (ejaan Jawi تليڠا, jamak telinga-telinga or telinga2)

  1. Suatu bahagian badan di tepi muka yang berfungsi sebagai organ mendengar (di kiri kanan kepala manusia atau binatang), kuping.
    Aku membisikkan sesuatu ke telinganya.
  2. Sesuatu yang menyerupai telinga (misalnya pemegang pada barang-barang yang tertentu).

Daripada Melayik Purba *tAliŋa(ʔ), daripada Melayu-Polinesia Purba *taliŋa, daripada Austronesia Purba *Caliŋa.

organ pendengaran

Bentuk serantau bagi telinga (“organ untuk mendengar”)
lihat peta; sunting data
Rantau Ragam Perkataan
Brunei Baku Brunei telinga
Dialek Brunei talinga
Kedayan talinga
Indonesia Baku Indonesia telinga
Bali koping, kuping
Bangka bilung
Riau telinge
Suku Anak Dalam telingo
Malaysia Baku Malaysia telinga
Johor telinge
Kedah telinga
Kelantan tlingo
Negeri Sembilan tolingo
Pahang telinge
Pulau Pinang telinga
Singapura Baku Singapura telinga
Jadual ini menunjukkan pelbagai bentuk serantau untuk bahasa Melayu. Pengelasan ini berdasarkan taburan geografi.