tiga - Wikikamus (original) (raw)

  1. angka ketiga, 3; satu kurang daripada empat, bilangan di antara dua dengan empat; (jumlah) satu dicampur atau ditambah dua.
  2. [bersamaan dengan akar tiga cabang dan cabang tiga] sejenis tumbuhan (pokok memanjat), mentimun dendang, timun dendang lunjung [Nama saintifik mengikut Sistem Binomial Linnaeus: _Trichosanthes celebica_].
  1. tiga belas: tiga campur sepuluh (13).

  2. tiga dimensi: bentuk yang mempunyai lebar, panjang, dan tinggi.

  3. tiga dalam satu: terdiri daripada atau mempunyai tiga bahan, fungsi dan sebagainya dalam sesuatu barangan, kegiatan dan lain-lain.

  4. tiga puluh: tiga kali sepuluh (30).

  5. tiga pupu: perhubungan persaudaraan antara orang yang moyang mereka adik-beradik.

  6. tiga ratus: tiga kali seratus (300).

  7. tiga suku:

    1. tiga bahagian daripada empat, 75 peratus.
    2. (kiasan) agak gila, gila-gilaan.
  8. akar tiga cabang: (sila lihat bahagian: Takrifan (nombor 2).)

  9. cabang tiga: (sila lihat bahagian: Takrifan (nombor 2).)

  10. rumput tiga segi: sejenis tumbuhan (rumpai) [Nama saintifik mengikut Sistem Binomial Linnaeus: _Cyperus compressus_].

  11. meniga hari: mengadakan kenduri tiga hari selepas meninggalnya seseorang.

  12. sepertigaan malam (yang akhir): larut malam (selepas tengah malam).

  13. yang ketiga: (sila lihat: ketiga.)

  14. tiga sudah berdiri habis: sesuatu perbuatan itu memadailah dengan tiga perbandingan, iaitu ilmu, akal, dan kemahiran.

  15. masuk tiga keluar empat: perbelanjaan melebihi pendapatan.

Daripada rumpun Melayu-Polinesia.

nombor

تيݢ

tri.

tiga

  1. tiga

"tiga" di Kamus Iban - Melayu Dewan, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, ISBN 978-983-49-0446-3, 2015.