tujuh - Wikikamus (original) (raw)

  1. angka ketujuh, 7; (jumlah yang besarnya sama dengan) bilangan enam ditambah satu, bilangan di antara enam dengan lapan; satu kurang daripada lapan.
  1. tujuh belas: tujuh tambah sepuluh (17).

  2. tujuh keliling: (Jakarta) sakit kepala yang amat sangat.

  3. tujuh likur: malam yang kedua puluh tujuh (dalam bulan Ramadan).

  4. tujuh puluh: sepuluh didarabkan dengan tujuh (70).

  5. tujuh ratus: seratus didarabkan dengan tujuh (700).

  6. bintang tujuh: nama gugusan bintang yang tujuh banyaknya [Nama astronomi bintang tersebut mengikut penamaan Persatuan Astronomi Antarabangsa dalam bahasa Yunani: _Pleiades_].

  7. menujuh bulan: (sila lihat: menujuh.)

  8. menujuh hari: (sila lihat: menujuh.)

Daripada Melayik Purba *tujuh.

Terjemahan

توجوه

tujuh

  1. tujuh

"tujuh" di Kamus Iban - Melayu Dewan, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, ISBN 978-983-49-0446-3, 2015.