ANIS FATIMA SAVUGATHALI | Universiti Pendidikan Sutan Idris (original) (raw)
Uploads
Conference Presentations by ANIS FATIMA SAVUGATHALI
PROSIDING MALAYSIAN PSYCHOLOGY SEMINAR
ABSTRAK Conjoint Behavioral Consultation (CBC) merupakan satu hubungan kerjasama dalam proses men... more ABSTRAK Conjoint Behavioral Consultation (CBC) merupakan satu hubungan kerjasama dalam proses menyampaikan perkhidmatan kepada ibu bapa atau penjaga, pendidik dan lain-lain yang berkaitan untuk membantu perkembangan pelajar, keperluan, dan pencapaian dengan menggunakan kecekapan kedua-dua pihak. Terdapat tiga pihak yang berperanan dalam proses konsultasi ini iaitu konsultan (kaunselor), konsulti (ibu bapa) dan klien (pelajar yang memerlukan perubahan). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai CBC sebagai suatu pendekatan yang tersusun berdasarkan data melalui interaksi kolaborasi antara tiga pihak ini. Proses konsultasi ini melibatkan konsulti meminta perkhidmatan daripada kaunselor untuk membantu anaknya seorang pelajar lelaki tingkatan tiga disebuah sekolah menengah yang mempunyai masalah ponteng sekolah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes yang melibatkan temubual dan pemerhatian terhadap sebuah keluarga. Perjumpaan bersama klien dan konsultee dilaksanakan secara berstruktur mengikut empat peringkat dalam pendekatan CBC. Peringkat itu melibatkan peringkat permulaan iaitu mengenalpasti keperluan, menganalisa keperluan atau pelan perkembangan, merancang pelaksanaan seterusnya ke peringkat akhir iaitu merancang pelan penilaian. Setiap peringkat mengandungi komponen-komponen utama dalam mencapai objektif proses konsultasi. Dapatan kajian mendapati terdapat perubahan tingkah laku berlaku dalam penilaian di peringkat baseline sehingga ke peringkat intervensi. Perubahan positif klien berlaku secara konsisten selama tiga minggu follow-up. Ibu bapa dan kaunselor berpuas hati dengan perkhidmatan konsultasi keibubapaan ini diadakan dan CBC dilihat sebagai suatu pendekatan yang boleh diterima pakai dan efektif. Hasil kajian kes dibincangkan dengan implikasi kajian serta penambaikan untuk manfaat kajian yang akan datang. PENGENALAN Menurut Dougherty (2009), konsultasi melibatkan tiga pihak iaitu konsultan, konsulti dan sistem klien. Konsultasi adalah satu jenis perhubungan menolong di mana seseorang yang memberi perkhidmatan profesional (konsultan) kepada orang lain (konsulti) sebagai salah satu penyelesaian masalah kepada klien. Dalam kajian kes ini, individu yang terlibat sebagai
Papers by ANIS FATIMA SAVUGATHALI
INTERNATIONAL JOURNAL OF TEACHER EDUCATION UPSI-UPI (IJTE UPSI-UPI), 2016
Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara personaliti dengan efikasi-kend... more Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara personaliti dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk menentukan tahap personaliti dan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan enam, mengenal pasti perbezaan personaliti dan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya berdasarkan jantina dan mengenal pasti perbezaan personaliti dan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya berdasarkan tingkatan. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dan maklumat diperoleh melalui soal selidik yang melibatkan 129 orang pelajar tingkatan enam yang sedang menuntut di salah sebuah sekolah menengah di negeri Perlis. Soal selidik yang digunakan ialah alat ukuran Career Decesion Making Self-Efficacy Short Form (CDMSE-SF) untuk mengukur tahap efikasi-kendiri pelajar dan Personaliti Big Five Inventory (BFI) untuk mengukur personaliti. Analisis statistik yang digunakan iaitu statistik deskriptif termasuk frekuensi, peratusan dan min bagi menjawab soalan kajian dan statistik inferensi iaitu Korelasi Pearson dan Ujian-t untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tingkatan enam memperoleh skor tahap personaliti dan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya yang sederhana. Keputusan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan personaliti Neurotitisme, Ekstaversi, Keterbukaan, Agreeableness dan Conscientiousness berdasarkan jantina. Tidak terdapat perbezaan personaliti Neurotitisme, Ekstraversi, Agreeableness dan Conscientiousness berdasarkan tingkatan, namun terdapat perbezaan signifikan personaliti Keterbukaan berdasarkan tingkatan. Analisis ujian-t juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya berdasarkan jantina dan tingkatan. Analisis korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan antara personaliti Keterbukaan dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya. Kata kunci Efikasi-kendiri, personaliti, neurotitisme, ekstraversi, keterbukaan. PENGENALAN Pemilihan kerjaya merupakan satu proses yang sangat kompleks. Walaupun terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang boleh diceburi, namun bagi pelajar lepasan sekolah yang mempunyai pengetahuan dan maklumat yang terhad tentang dunia pekerjaan sememangnya memerlukan bimbingan. Pelajar-pelajar ini memerlukan maklumat,
Journal of Teaching and Education, 2016
As an effort to facilitate greater integration of information and communication technology (ICT) ... more As an effort to facilitate greater integration of information and communication technology (ICT) within classroom, various ways has been implemented as it is believed that multimedia based teaching can stimulate learning and improve student's academic improvements. This paper addressed an overview of the use of augmented reality as a possible key in facilitating at-risk children confidence towards learning language skills. Computer-based technology can play an especially important role as not only at-risk students but adaptive technology can exists them to become active learner in the classroom. Thus, the process of integrating ICT into education system is indeed is complexity which has to consider various educational aspects such as curriculum and pedagogy, institution readiness, teacher competencies, teachers are not adequately trained on how to use technology effectively in their classrooms and the cost of technology. Nevertheless using ICT as teaching and learning tools in education can accelerate students to learn language skills in a better way. Interactive multimedia for an example can be defined as the simultaneous use of data in different media forms such as voice, video, text, graphics, animation and virtual reality. In conclusion, the use of augmented reality in teaching and learning involve generalization which occurs when there are correct responses in settings other than the ordinary setting where students are able to retrieve all the similar information, analyze and synthesize them and they apply the skills in real life situation.
Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan Pendidikan (WELLNESS 2015)
ABSTRAK Kajian bertujuan membina, memperoleh kesahan kandungan dan kebolehpercayaan Inventori 24 ... more ABSTRAK Kajian bertujuan membina, memperoleh kesahan kandungan dan kebolehpercayaan Inventori 24 Kerjaya Berprestij (IDEPB). Soal selidik IDEPB bertujuan untuk mengukur kerjaya yang menjadi pilihan pelajar sekolah menengah. Asas teoritikal pembinaan IDEPB ini adalah berdasarkan teori Holland (1997) yang membahagikan kajian kepada enam sub skala iaitu realistik, investigatif, artistik, sosial enterprizing dan konvensional. Justeru, IDEPB mengandungi 120 item bagi mengukur 6 sub skala (20 item setiap sub skala) yang dibahagikan sub skala 1:realistik (20 item), sub skala 2: investigatif (20 item), sub skala 3:artistik (20 item), sub skala 4:sosial (20 item), sub skala 5: enterprizing (20 item) dan sub skala 6:konvensional (20 item). Kesahan kandungan IDEPB dinilai oleh sembilan orang pakar yang terdiri daripada 5 orang pensyarah universiti dan tiga orang pengamal kaunseling. Seterusnya, 50 sampel dipilih daripada pelajar sekolah menengah Methodist Tanjung Malim Perak bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan. Kesahan kandungan IDEPB adalah tinggi 8.27 (82.7%)dan bagi sub skala pula ialah; realistik 7.89, Investigatif 8.07, Artistik 8.21, Sosial 8.59, Enterprizing 8.29 dan Konvensional 8.37. Analisis kebolehpercayaan keseluruhan IDEPB juga tinggi iaitu .910 dan berdasarkan sub skala ialah Realistik .917, Investigatif .920, Artistik .880, Sosial .844, Enterprizing .902, dan Konvensional .898. Dapatan kajian berjaya menghasilkan IDEPB yang mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik bagi kegunaan bidang psikologi, kaunseling dan pendidikan kerjaya di Malaysia. Kata Kunci : kesahan kandungan, Kebolehpercayaan, Inventory 24 Pekerjaan Berprestij. PENGENALAN Pemilihan pekerjaan adalah suatu perlakuan yang mencerminkan motivasi, pengetahuan, personaliti dan kebolehan pelajar. Kerjaya ditakrifkan sebagai satu perjalanan atau kemajuan individu dalam kehidupan atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara untuk memenuhi keperluan asas dalam kehidupan. Holland (1973) mendifinisikan, individu yang tertarik kepada pekerjaan bukan saja disebabkan oleh personaliti bahkan ia juga melibatkan perkara yang terkandung dalam latar belakang kerjaya tersebut. Manakala, Juhairy (2000) menjelaskan bahawa kerjaya juga boleh didefinisikan sebagai persepsi, sikap dan tingkah laku individu yang berkaitan dengan aktiviti serta pengalaman dalam kehidupan individu tersebut. Abad ke-21 menyaksikan perkembangan besar dalam masyarakat Malaysia yang menuntut penyesuaian yang signifikan dalam kebanyakan aspek kehidupan. Sementara perkembangan ilmu psikologi dalam bidang kerjaya telah menukar perspektif terhadap kerjaya. Sebagai respon kepada cabaran baru di tempat kerja, Rancangan Malaysia ke-9 meletakkan pembangunan modal insan sebagai agenda ekonomi penting yang mempunyai irnplikasi terhadap peranan program bimbingan kerjaya di