FATIN IZATI BINTI MOHD TAHER (POLIKU) | Politeknik Kuching Sarawak (original) (raw)

Uploads

Conference Presentations by FATIN IZATI BINTI MOHD TAHER (POLIKU)

Research paper thumbnail of E POSTER BIF23-E09 NMM PRO

Research paper thumbnail of KEBERKESANAN PENGGUNAAN APLIKASI NMM PRO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS NILAI MASYARAKAT MALAYSIA DI POLITEKNIK

SPECIAL EDITION I-GESCON 2023, 2023

Seiring dengan kemajuan era teknologi digital, Kementerian Pendidikan Tinggi menyarankan kepada p... more Seiring dengan kemajuan era teknologi digital, Kementerian Pendidikan Tinggi menyarankan
kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan seiring
dengan Dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2023. Penggunaan teknologi
maklumat komunikasi dan multimedia di peringkat pendidikan tinggi merupakan satu
keperluan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal
pasti keberkesanan penggunaan aplikasi NMM Pro dalam pengajaran dan pembelajaran kursus
MPU23042 Nilai Masyarakat Malaysia di Politeknik. Aplikasi ini dibangunkan menggunakan
perisian Google Sites dan Thunkable berasaskan model ASSURE yang mempunyai 6 fasa
aliran kerja merangkumi analisis ciri- ciri pelajar, menyatakan objektif, memilih kaedah,
menggunakan media dan bahan, memerlukan penyertaan pelajar dan menilai serta
mengulangkaji. Metodologi kajian dilaksanakan dengan kaedah tinjauan berbentuk kuantitatif
menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian melibatkan 145
orang pelajar semester dua yang mengambil kursus Nilai Masyarakat Malaysia di Politeknik
Kuching Sarawak dan Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan serta dipilih secara
persampelan rawak mudah. Data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa skor min tahap keberkesanan penggunaan aplikasi NMM Pro dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah tinggi daripada aspek kebolehgunaan aplikasi (min=4.40), motivasi
pelajar (min= 4.36) dan minat pelajar (min = 4.33). Justeru, pembangunan aplikasi NMM Pro
ini boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Nilai Masyarakat Malaysia di
Politeknik Kuching Sarawak dan Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan sekaligus mampu
meningkatkan motivasi dan minat pelajar, memperkaya kaedah pengajaran serta mencetuskan
suasana pembelajaran lebih unik, menarik dan berkesan.

Research paper thumbnail of ePOSTER NMM PRO

INTERNATIONAL BORNEO INNOVATION EXHIBITION & COMPETITION, 2023

The NMM Pro application is developed through Google Sites and Thunkable software. This applicatio... more The NMM Pro application is developed through Google Sites and Thunkable software. This application has two versions: the web version through Google Sites and the mobile version through Android software. For the mobile version, this software will produce a single-user version (stand-alone) application in the form of an APK (Android application package) format. This APK format can be installed on student smartphones that have Android applications. This application was developed to help students achieve learning objectives, increase confidence, and understand the Malaysian Community Values course while also increasing student motivation more effectively. The NMM Pro application contains lecture notes in the form of flipbooks, interactive teaching videos, a collection of learning articles, a collection of interactive videos, and formative assessment aimed at strengthening students' understanding of the topics in the Malaysian Community Values Course.

Research paper thumbnail of PENGGUNAAN KAEDAH GALLERY WALK DALAM PENGAJARAN KURSUS DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM : SATU

International Conference on Syariah & Law 2021 (ICONSYAL2021), 2021

Pendidikan abad ke-21 berteraskan pembelajaran berbentuk kolaboratif yang berpusatkan pelajar sek... more Pendidikan abad ke-21 berteraskan pembelajaran berbentuk kolaboratif yang berpusatkan pelajar sekaligus memfokuskan kepada kemenjadian murid di era Pendidikan Abad Ke-21. Salah satu cabangnya berpusat kepada amalan pengajaran guru di dalam kelas berpaksikan PAK21. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemikiran reflektif dan tahap motivasi pelajar terhadap penggunaan kaedah Gallery Walk dalam pengajaran kursus DUA6022 Komunikasi dan Penyiaran Islam serta mengenal pasti hubungan di antara pemikiran reflektif dan motivasi pelajar. Kajian ini dijalankan menggunakan rekabentuk kuantitatif dengan pendekatan kajian tinjauan secara rentas. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik menggunakan perisian Google Form. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 26.0. Hasil kajian daripada analisis deskriptif mendapati bahawa min tahap pemikiran reflektif dan tahap motivasi pelajar berada pada tahap tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan positif di antara pemikiran reflektif dan motivasi pelajar. Justeru itu, kajian ini diharapkan dapat memberikan impak positif kepada para pendidik khususnya kursus Pendidikan Islam dalam membentuk kepelbagaian dan kreativiti dalam pengajaran bersandarkan PAK21

Research paper thumbnail of PENDIDIKAN DIGITAL ERA RI 4.0 DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Kemunculan era Revolusi Industri 4.0 telah memberi kesan yang sangat signifikan terhadap dunia pe... more Kemunculan era Revolusi Industri 4.0 telah memberi kesan yang sangat signifikan terhadap dunia pendidikan termasuklah Pendidikan Islam. Kajian ini menggunakan penganalisisan secara kajian kepustakaan dengan meneliti isi kandungan yang mempunyai kesamaan dengan konsep pendidikan digital era Revolusi Industri 4.0 dalam Pendidikan Islam. Dapatan kajian ini membincangkan tentang cabaran dan impak Revolusi Industri 4.0 terhadap guru, murid dan sistem pendidikan serta meneliti persediaan guru Pendidikan Islam dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0. Secara keseluruhannya, Pendidikan Islam tampak bersedia untuk menuju kepada era pendidikan digital Revolusi Industri 4.0 kerana Pendidikan Islam itu sendiri mempunyai aspek yang kuat dalam membentuk manusia yang seimbang dunia dan akhirat.

Papers by FATIN IZATI BINTI MOHD TAHER (POLIKU)

Research paper thumbnail of Kompetensi Pensyarah Pendidikan Islam terhadap Penggunaan Aplikasi Telesidang dalam Meningkatkan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran atas Talian

2ND INTERNATIONAL MULTIDISCIPLINARY ACADEMIC CONFERENCE (IMAC 2022), 2022

Penularan wabak pandemik Covid 19 di Malaysia memberi kesan yang mendalam terhadap semua sektor ... more Penularan wabak pandemik Covid 19 di Malaysia memberi kesan yang mendalam
terhadap semua sektor termasuk sektor pendidikan. Justeru, para pensyarah mengambil inisiatif
menggunakan aplikasi telesidang seperti Google Meet dan Microsoft Teams sebagai medium
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Oleh itu, kajian ini
dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pensyarah Pendidikan Islam
terhadap penggunaan aplikasi telesidang sebagai salah satu kompetensi pensyarah dalam
pengajaran dan pembelajaran atas talian. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan
kaedah kuantitatif telah dilaksanakan di Politeknik Kuching Sarawak, Politeknik Mukah Sarawak
dan Politeknik Kota Kinabalu Sabah. Kajian ini melibatkan 21 orang pensyarah Pendidikan Islam
di Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am. Instrumen soal selidik digunakan untuk
mengumpul data daripada responden kajian. Data yang dikumpulkan melalui Google Form telah
dianalisis dengan menggunakan perisian The Statistical Packages for Social Sciences (SPSS)
versi 26.0. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan pensyarah Pendidikan Islam terhadap
penggunaan aplikasi telesidang adalah tinggi. Analisis mendapati tidak terdapat perbezaan tahap
pengetahuan pensyarah Pendidikan Islam terhadap penggunaan aplikasi telesidang berdasarkan
jantina dan institusi pendidikan. Justeru, kajian ini diharap dapat menambah baik usaha ke arah
menjadikan pendidik yang berpengetahuan, berkemahiran serta bersedia melaksanakan tugas
dengan cemerlang mengikut peredaran arus pendidikan di era globalisasi ini
Kata Kunci: Kompetensi Pensyarah, Aplikasi telesidang, Pengajaran dan pembelajaran atas
talian

Research paper thumbnail of Penguasaan Kemahiran Komunikasi Pelajar Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek Berorientasikan Animasi

International Journal of Psychology and Counselling (ISSN: 2141-2499), 2022

Kemahiran komunikasi perlu dikuasai oleh pelajar sebagai satu langkah persediaan jangka panjang d... more Kemahiran komunikasi perlu dikuasai oleh pelajar sebagai satu langkah
persediaan jangka panjang dalam menggarap pengetahuan dan kemahiran yang kompeten bagi menghadapi pasaran kerja global. Pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBP) berorientasikan animasi merupakan satu inovasi dalam pendidikan masa kini yang dapat meningkatkan penguasaan kemahiran komunikasi pelajar dalam pembelajaran. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kemahiran komunikasi pelajar melalui pembelajaran berasaskan projek berorientasikan animasi dalam Kursus Komunikasi dan Penyiaran Islam di Politeknik Kuching Sarawak. Metodologi kajian yang dilaksanakan adalah melalui kajian tinjauan berbentuk kuantitatif menggunakan borang soal selidik melalui perisian Google Form sebagai instrumen kajian. Sampel kajian ini melibatkan 177 orang pelajar semester lima yang mengambil Kursus Komunikasi dan Penyiaran Islam di Politeknik Kuching Sarawak dan dipilih secara persampelan rawak mudah. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran komunikasi pelajar dalam PBP animasi adalah tinggi. Analisis mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran komunikasi melalui PBP animasi terhadap faktor jantina dan
bidang pengajian. Justeru, diharapkan pensyarah dapat mamaksimumkan pendekatan PBP animasi sebagai kaedah alternatif dalam meningkatkan penguasaan kemahiran komunikasi pelajar bagi memastikan kelangsungan sistem Pendidikan Islam di institusi politeknik berkembang seiring dengan tuntutan dan keperluan pembelajaran abad ke-21.
Kata Kunci: Kemahiran Komunikasi, Pembelajaran Berasaskan Projek, Animasi, Politeknik

Research paper thumbnail of Penggunaan Teknik Scaffolding melalui Bimbingan Berkelompok dalam Meningkatkan Kualiti Tugasan Pelajar

JOURNAL OF SOCIAL SCIENCES AND TECHNICAL EDUCATION (JoSSTEd), 2021

Kajian ini bertujuan untuk membimbing pelajar dalam meningkatkan kualiti tugasan pentaksiran seca... more Kajian ini bertujuan untuk membimbing pelajar dalam meningkatkan kualiti tugasan pentaksiran secara bimbingan berkelompok melalui teknik scaffolding. Responden kajian terdiri daripada seorang pensyarah kursus dan 4 orang pelajar semester 2 yang telah mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan tugasan pentaksiran kursus Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam di Politeknik Kuching Sarawak. Kajian tindakan ini menggunakan temu bual berstruktur dan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data sebelum intervensi dijalankan. Semasa langkah intervensi, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian manakala soal selidik pula digunakan selepas fasa intervensi bagi mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan bimbingan berkelompok. Data temubual dianalisis secara manual bagi menentukan tema-tema berdasarkan objektif kajian. Manakala data soal selidik dianalisis secara manual dengan mengambil kira nilai kekerapan, peratus, dan min berdasarkan objektif. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan kaedah bimbingan berkelompok melalui teknik scaffolding dapat menarik minat dan membentuk sikap yang positif pelajar, meningkatkan tahap kepuasan pelajar, dan meningkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran dalam proses melaksanakan tugasan yang lebih berkualti. Melalui kajian ini, pengkaji berharap para pensyarah dapat mengukuhkan kaedah bimbingan pelajar melalui teknik scaffolding dalam menghasilkan tugasan pentaksiran yang lebih cemerlang bagi memastikan hasil pembelajaran dapat dicapai secara menyeluruh.

Books by FATIN IZATI BINTI MOHD TAHER (POLIKU)

Research paper thumbnail of BUKU PROCEEDING BORNEO INNOVATION FESTIVAL 2023

POLITEKNIK TAWAU SABAH, 2023

Research paper thumbnail of NILAI AGAMA MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK, 2023

Topik ini membincangkan nilai agama masyarakat berbilang kaum di Malaysia mengikut agama, adat re... more Topik ini membincangkan nilai agama masyarakat berbilang kaum di Malaysia mengikut agama, adat resam dan budaya masyarakat Malaysia. Selain itu, dalam topik ini juga membincangkan sistem nilai dalam agama Islam, agama Hindu, agama Buddha dan agama Kristian. Di samping itu, dalam topik ini juga menjelaskan berkaitan kepelbagaian adat resam dan budaya kelahiran, perkahwinan serta kematian bagi masyarakat Melayu, Cina dan India
E-book ini juga disertakan dengan pelbagai maklumat tambahan dan aktiviti latih tubi pengukuhan menggunakan aplikasi web 2.0 bagi membantu para pensyarah dan pelajar meneroka dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan