Wida Yanti Mohammad Zen Umar | Politeknik Kuching Sarawak (original) (raw)
Uploads
Papers by Wida Yanti Mohammad Zen Umar
Proceedings 1st INTERNATIONAL MULTIDISCIPLINARY ACADEMIC CONFERENCE 2018:, 2019
Dalam melakukan pelbagai urusan dan aktiviti harian secara dalam talian pada era digital ini, se... more Dalam melakukan pelbagai urusan dan aktiviti harian secara dalam talian pada era digital ini,
secara tidak langsung kita perlu menggunakan data-data peribadi seperti no. kad pengenalan,
no, telefon, no. akaun bank, no. gaji. no. pekerja, alamat rumah pejabat dan sebagainya.
Namun, dalam masa yang sama kita semua terpaksa berhadapan dengan risiko
penyalahgunaan, penyelewengan dan penipuan data peribadi oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab yang boleh membawa kepada kerugian wang ringgit serta risiko tuduhan
jenayah. Justeru, kajian ini cuba mengukur dan menilai sejauhmanakah tahap kesedaran dan
kepekaan pengguna terhadap keselamatan data peribadi masing-masing. Seterusnya, kajian
ini turut membincangkan hasil dapatan dari aspek peranan kerajaan dan swasta, perundangan
dan teknologi rangkaian serta komunikasi dalam melindungi data-data peribadi pengguna
secara keseluruhannya.
Kata Kunci: Perlindungan Data Peribadi
5th International Islamic Heritage Conference Proceeding, 2023
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) sangat penting dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam p... more Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) sangat penting dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, pembelajaran berpusatkan kepada pelajar adalah di antara agenda utama matlamat Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Israk Mikraj Education Board Game (MIKRAJ) adalah satu inovasi yang berpusatkan pelajar dengan pelaksanaan pembelajaran secara didik hibur untuk mengetahui perjalanan sirah peristiwa agung Israk dan Mikraj Rasulullah SAW. Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan penggunaan inovasi Israk Mikraj Education Board Game (MIKRAJ) dalam Kursus Pengajian Islam di kalangan pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Pelajar telah diedarkan satu set soal selidik untuk mengumpul data yang diperlukan. Seramai 60 orang responden, dipilih secara rawak yang mengikuti Kursus Pengajian Islam (MPU23032). Data yang diperolehi dianalisi menggunakan perisian SPSS Versi 21, untuk mengetahui keberkesanan penggunaan Mikraj dalam Kursus Pendidikan Islam. Data diambil daripada responden menggunakan soalselidik berskala Likert dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesan penggunaan inovasi Israk Mikraj Education Board Game (MIKRAJ) dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang positif dengan nilai min melebihi 4.00. Kajian ini membuktikan bahawa Israk Mikraj Education Board Game (MIKRAJ) telah memberi impak positif kepada peningkatan keberkesanan dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang disasarkan.
Kata kunci: Keberkesanan, Inovasi Israk Mikraj Education Board Game (MIKRAJ), Bahan Bantu Mengajar, Kursus Pengajian Islam
Dalam era teknologi maklumat kini, penyebaran maklumat berasaskan ilmiah berkembang dengan pesat.... more Dalam era teknologi maklumat kini, penyebaran maklumat berasaskan ilmiah berkembang dengan pesat. Seiring dengan perkembangan ini, semua pihak terutama pelajar perlu bersaing untuk memperoleh banyak maklumat bagi memantapkan pembelajaran mereka. Dengan itu, pembelajaran mudah alih adalah pendekatan pembelajaran yang menentukan penguasaan pengetahuan dan kemahiran melalui teknologi mudah alih. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran mudah alih, tahap kesesuaian penggunaan pembelajaran mudah alih kepada pelajar dan tahap penerimaan pembelajaran mudah alih oleh pelajar SKK (T) di Kolej Komuniti Jasin. Seramai 130 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Kaedah analisa kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan inferensi serta menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 21.0 bagi mendapatkan peratus, min, dan sisihan piawai. Dapatan kajian akan menunujukkan tahap kesediaan pelajar, tahap kesesuaian dan tahap penerimaan pembelajaran mudah alih. Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, beberapa cadangan akan dikemukakan bagi menjayakan pembelajaran mudah alih di Kolej Komuniti.
Kata kunci : pembelajaran; pembelajaran mudah alih; pelajar;
Bidang promosi dan pengiklanan merupakan salah satu komponen penting dalam pengurusan sesebuah in... more Bidang promosi dan pengiklanan merupakan salah satu komponen penting dalam pengurusan sesebuah institusi pendidikan tinggi seperti universiti, kolej universiti, politeknik dan kolej komuniti. Setiap institusi mempunyai pengurusan promosi dan pengiklanan tersendiri bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa Kolej Komuniti Jasin, Melaka mempunyai pengurusan promosi dan pengiklanan yang tersendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan program dan aktiviti promosi pengambilan pelajar baru yang telah dijalankan di Kolej Komuniti Jasin sepanjang tahun 2015. Selain itu, kajian ini bertujuan membantu pengurusan Kolej Komuniti Jasin (KKJS) bagi menilai sejauhmana kekuatan, kelemahan dan halangan yang berlaku semasa perlaksanaan program dan aktiviti promosi yang telah dijalankan. Disamping itu, hasil daripada kajian ini akan diwujudkan beberapa cadangan serta penambahbaikan bagi memastikan segala program dan aktiviti promosi pengambilan pelajar baru KKJS. Bagi mencapai tujuan ini, penyelidik menggunakan kaedah kuatitatif dengan pendekatan tinjauan dengan edaran borang soalselidik. Seramai 70 orang responden pelajar-pelajar baru KKJS yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini juga menggunakan skala Likert dan Microsoft Excel 2010 sebagai platform untuk dapatan serta rumusan kajian. Justeru itu, hasil kajian ini amat penting bagi meningkatkan pengurusan promosi dan pengiklanan KKJS agar sentiasa relevan dengan perkembangan terkini dunia pendidikan tinggi serta dunia media baru pengiklanan, promosi dan pemasaran.
Kata kunci : Keberkesanan, Program dan aktiviti promosi, Kolej Komuniti Jasin