Yahya Buntat | Universiti Teknologi Malaysia - UTM (original) (raw)
Papers by Yahya Buntat
unspecified, Jan 1, 2011
Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam ka... more Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru teknikal dari perspektif guru. Kajian ini memfokuskan kepada empat aspek iaitu pengamalan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, jenis latihan yang telah diikuti oleh guru-guru teknikal, faktor-faktor yang menjadi halangan dan juga peluang-peluang atau galakan kepada guru-guru teknikal dalam melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Seramai 40 orang guru teknikal dari empat buah sekolah menengah teknik di negeri Johor telah dipilih sebagai responden kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru teknikal mengamalkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guruguru juga dibekalkan dengan beberapa latihan untuk membantu melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun demikian, masih terdapat segelintir guru yang menghadapi masalah tentang bagaimana hendak melaksanakannya. Bagaimanapun, guru-guru juga mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah dalam melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan berkesan.
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris... more Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II, Daerah Seberang Prai Tengah. Seramai 40 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tahun Lima yang dipilih secara rawak. Instrumen kajian menggunakan soal selidik. Persoalan kajian ini akan menyentuh empat aspek utama yang meliputi faktor bahasa pengantar, tahap penguasaan bahasa Inggeris muridmurid, faktor teknik pengajaran guru dan juga faktor persekitaran. Data-data diproses menggunakan perisian Statistical Packages for Science Sosial (SPSS) Version 13.0 dan kemudian dianalisa serta dilaporkan dalam bentuk min dan peratusan. Kajian mendapati keempat-empat faktor permasalahan yang dikaji berada pada tahap sederhana.
Kajian ini untuk meneliti keseluruhan falsafah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) sebagai sala... more Kajian ini untuk meneliti keseluruhan falsafah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) sebagai salah satu alternatif pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi para pelajar sarjana muda dalam bidang pembuatan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terutamanya universiti awam. Kajian ini juga akan meneliti kesesuaian PBM ini untuk meningkatkan kemahiran "employability" yang dikatakan tidak cukup pada masa sekarang setelah mereka bergelar graduan daripada IPTA selaras dengan kehendak pihak majikan dan kerajaan. Kajian ini akan mengunakan kaedah percampuran kualitatif dan kuantitatif. Data permulaan dengan kaedah kualitatif dengan pengambilan data secara temuduga berstruktur dengan pihak industri pembuatan. Kaedah kuantitatif pula melibatkan data statistik eksperimen bertujuan kepada para pelajar IPTA bagi melihat hubungan di antara PBM sebagai pembolehubah bersandar dan kaitan dengan peningkatan kemahiran "employability" sebagai pembolehubah bebas. Ujian-t juga akan dilakukan bagi melihat hasil ekperimen yang dijalankan. Kajian ini dijangka dapat merumuskan kepentingan PBM untuk meningkatkan kemahiran "employability" dalam kalangan pelajar sarjana muda kejuruteraan pembuatan supaya lebih berdaya saing di pasaran pekerjaan. Kajian ini juga dijangka akan menghasilkan suatu model (P&P) berdasarkan PBM yang berkepentingan untuk IPTA.
… Kursus Kemahiran Asas Di Ikm Negeri …, Jan 1, 2010
ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian kursus yang ditawarkan di IKM dalam ... more ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian kursus yang ditawarkan di IKM dalam menyediakan kemahiran asas bagi membantu para pelatih di Negeri Kedah dalam mendapatkan pekerjaan di industri selepas mengikuti kursus kemahiran. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen yang berbentuk data-data dan maklumat yang diperolehi dari IKM Negeri Kedah. Kajian hanya menggunakan data dan maklumat dari tempat kajian dan diproses dengan kaedah analisis dokumen secara manual. Hasil kajian ini mendapati bahawa kursus dan latihan kemahiran yang ditawarkan di IKM adalah bersesuaian dan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada para belia bumiputera selepas tamat mengikuti kursus yang dijalankan. Kebanyakan kursus dan latihan yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan kehendak industri dan pekerjaan masa kini. Pelatih lepasan SPM/SPMV dan GIAT MARA turut mendapatkan latihan dan kemahiran bagi meningkatkan prestasi kerjaya. Didapati juga para pelatih yang telah menamatkan kursus berjaya menempatkan diri di sektor awam dan swasta terutamanya di sektor perkilangan, permotoran dan lain-lain industri yang berkaitan. Selain daripada itu, aspek latihan yang diikuti oleh belia di IKM dapat memenuhi kehendak pekerjaan. Bagi memantapkan lagi tahap profesionalisme adalah disarankan agar perhubungan yang baik dapat dijalinkan diantara pihak IKM dengan pihak industri dalam meningkatkan taraf kursus yang dijalankan.
Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu …, Jan 1, 2010
Abstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat dari responden yang terdi... more Abstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat dari responden yang terdiri daripada pelajar tentang keberkesanan penggunaan ABMBK di dalam pengajaran guru. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data kajian. Sampel kajian ini melibatkan seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar lelaki seramai 32 orang dan pelajar perempuan seramai 48 orang dari tingkatan 3, 4 dan 5. Kajian dibataskan kepada empat faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup, yang meliputi faktor guru, pelajar, alat bantu mengajar dan infrastruktur. Hasil kajian diproses menggunakan Stastical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 13.0 dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Kajian ini mendapati kesemua faktor tersebut kurang mempengaruhi keberkesanannya kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mencadangkan kajian lanjutan berfokus kepada faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Katakunci: keberkesanan penggunaan ABMBK, pengajaran guru
… Faktor Yang Mempengaruhi Masalah Disiplin Di …, Jan 1, 2010
Abstrak : Masalah disiplin di kalangan pelajar merupakan isu yang hangat diperkatakan oleh pelbag... more Abstrak : Masalah disiplin di kalangan pelajar merupakan isu yang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak dan didapati semakin meruncing. Penyelidikan ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti faktor -faktor yang mempengaruhi berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di Daerah Klang, Selangor. Kajian ini melibatkan seramai 302 orang responden. Data -data yang diperoleh diproses menggunakan perisian SPSS (Statiscal Package for the Social Sciences) versi 13.0 untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Kajian ini di bataskan kepada lima faktor yang mempengaruhi berlakunya masalah disiplin iaitu pengaruh ibu bapa, rakan sebaya, guru, sikap pelajar dan peraturan sekolah. Hasil kajian menunjukkan semua faktor kurang mempengaruhi namun begitu faktor peraturan sekolah memberi pengaruh yang tertinggi terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah berbanding dengan faktor -faktor lain yang dikaji.
… Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar Tahun …, Jan 1, 2010
Abstrak : Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruh... more Abstrak : Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam membuat keputusan untuk menceburi bidang kerjaya sebagai profesion perguruan Antara faktor-faktor yang dikaji ialah Faktor minat, faktor keluarga, faktor rakan sebaya dan juga faktor ganjaran. Sampel kajian melibatkan pelajar Tahun Dua Sarjana Muda Teknolgi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Jentera dan Kemahiran Hidup) yang berjumlah seramai 136 orang. Instrumen kajian adalah menggunakan soal selidik. Data yang telah diperolehi di analisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Science) Version 14.00. Nilai Indeks kebolehpercayaan item dalam kajian rintis yang telah dijalankan ialah 0.88. Kajian ini mendapati bahawa faktor minat dan faktor ganjaran telah mempengaruhi pelajar dalam membuat pemilihan kerjaya sebagai profesion perguruan. Manakala bagi faktor keluarga dan faktor rakan sebaya merupakan faktor yang sederhana dalam pengaruhnya terhadap pemilihan kerjaya sebagai profesion perguruan. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi kajian selanjutnya.
Abstrak: Individu yang tidak mempunyai kemahiran menjadi ketua atau pemimpin tidak dapat meningka... more Abstrak: Individu yang tidak mempunyai kemahiran menjadi ketua atau pemimpin tidak dapat meningkat tinggi dalam tangga kerjayanya kelak. Oleh itu kemahiran dan pengalaman menjadi ketua dan pemimpin dapat membantu seseorang itu memajukan dirinya. Kertas kerja ini ini ditulis untuk menarik perhatian terhadap peranan kolej melalui LEADECK membantu pembangunan sahsiah mahasiswa dalam membina sifat kepimpinan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Harus diingat kolej bukan saja berperanan sebagai tempat tinggal bagi mahasiswa tetapi juga berperanan besar dalam pembentukan kendiri khususnya dari segi mental, rohani dan jasmani. Rumusan dan hasil akhir kertas kerja ini akan menunjukan beberapa pengalaman dan kejayaan KTC dalam membina barisan kepimpinan yang mampan serta boleh dibanggakan sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
… Pemilihan Kursus Oleh Pelajar Kolej Komuniti …, Jan 1, 2010
Abstrak: Kajian yang dijalankan ini adalah kajian deskriptif yang berbentuk soal selidik. Kajian ... more Abstrak: Kajian yang dijalankan ini adalah kajian deskriptif yang berbentuk soal selidik. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui faktor-fakor yang mempengaruhi pemilihan kursus oleh pelajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor (KKYPJ) terhadap kursus pertanian (landskap dan nurseri) yang ditawarkan. Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Populasi kajian adalah semua pelajar semester 1 dan 2 yang mengikuti kursus pertanian (Landskap dan Nurseri). Keseluruhan populasi seramai 50 orang responden menjadi kajian. Data-data yang dikumpul menggunakan kertas soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS for window 13.0 serta dilaporkan dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Landskap dan Nurseri ini mempunyai tahap yang tinggi dan positif terhadap faktor minat, kemudahan yang disediakan, motivasi dan rakan sebaya. Oleh yang sedemikian, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan serta mengekalkan tahap yang ada sekarang berterusan di masa akan datang.
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup (Sains Pertanian) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah da... more Mata Pelajaran Kemahiran Hidup (Sains Pertanian) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah daerah Pontian dari persepsi guru berdasarkan Model KIPP. Data-data dikumpul menggunakan soal selidik. Seramai 36 orang guru kemahiran hidup pertanian di lapan buah sekolah menengah di daerah Pontian ini terlibat dalam kajian ini. Data-data diproses menggunakan program SPSS for Window 10.0 dan dianalisis menggunakan frekuensi, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa dari dimensi konteks majority guru-guru Kemahiran Hidup Sains Pertanian mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan pengajaran kompenen Sains Pertanian dan juga mempunyai sikap dan minat yang baik terhadap mata pelajaran ini. Dari segi dimensi input meliputi peranan pengetua, kemudahan peralatan serta kemudahan bengkel, dan peruntukan kewangan mendapat respon yang positif. Strategi pelaksanaan dari dimensi proses juga mendapat respon yang baik. Manakala dari dimensi produk kajian ini mendapati objektif program ini tercapai, Secara keseluruhan guru-guru kemahiran hidup sains pertanian di sekolah-sekolah menengah daerah Pontian ini telah dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran hidup pilihan pertanian ini dengan baik dan berkesan.
LEARNING IN SCHOOL KESESUAIAN KURIKULUM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP PERTANIAN FAKULTI PENDIDIK... more LEARNING IN SCHOOL KESESUAIAN KURIKULUM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP PERTANIAN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP KEPERLUAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH YAHYA BUNTAT MUHAMMAD RASHID RAJUDDIN KANDAR SELAMAT MUHAMMAD SUKRI SAUD RESEARCH VOTE NO: 75049 FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2006 ii PENGAKUAN Adalah diakui bahawa penulisan ini merupakan hasil kerja kumpulan sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya dijelaskan sumbernya iii PENGHARGAAN Pertamanya saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allaw S.W.T, di atas limpah, kurnia dan izin-Nya dapat kami menyiapkan kajian ini. Di kesempatan ini kami juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada individu dan mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu kami melaksanakan tugasan yang diamanahkan.
… Yang Mempengaruhi Masalah Ponteng Kelas Di …, Jan 1, 2010
Abstrak : Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi... more Abstrak : Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi terjadinya masalah ponteng kelas di kalangan pelajar terutamannya di Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN), Pontian. Faktor yang dikaji adalah dari aspek sikap pelajar, tenaga pengajar, rakan sebaya dan prasarana. Kajian dijalankan dengan mengedarkan set soalan kepada para responden yang mengandungi 30 item soalan. Sebanyak 70 sampel daripada tiga jurusan di KKBN, Pontian telah menjadi responden bagi kajian ini. Kebolehpercayaan item soal selidik yang digunakan menunjukkan pada nilai Alpha Cronbach dengan nilai sebanyak 0.940. Analisis diperolehi dari statistik deskriptif dengan mendapatkan peratusan dan kekerapan yang dibuat dengan menggunakan Statistic Package For Social Sciences (SPSS) versi 13.0. Keputusan menunjukkan bahawa sikap pelajar merupakan faktor utama dalam mempengaruhi masalah ponteng kelas di pusat kemahiran ini. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah ini dan diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat bagi mengatasi masalah ini.
Kajian ini dijalankan di sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar Perlis. Tujuan kajian adalah u... more Kajian ini dijalankan di sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar Perlis. Tujuan kajian adalah untuk mengetahui sejauhmana pengiktirafan MS ISO 9002 memberi kesan dari segi psikologi dan situasi kerja yang meliputi kualiti kerja, aspek pengurusan masa dan juga perlaksanaan tugas-tugas di sekolah kepada guru-guru dan kakitangan sekolah tersebut. Kajian dijalankan menggunakan soal selidik berskala likert. Kajian ini melibat-kan seramai 90 orang responden yang terdiri daripada guru-guru dan kakitangan sekolah. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik SPSS for Window 10.0. Kajian mendapati lebih separuh daripada guru-guru dan kakitangan sekolah ini mengalamai tekanan psikologi terhadap kerja mereka, menghasilkan kualiti kerja yang baik, dan juga dapat mengamalkan pengurusan masa dengan bijak. Sesungguhnya dengan pengiktirafan MS ISO 9002 tesebut suasana iklim sekolah ini lebih terkawal dan terurus dan dapat meningkatkan pretasi serta kecemerlangan sekolah ini.
Perkembangan sektor binaan yang pesat menyebabkan keperluan yang tinggi kepada tenaga kerja binaa... more Perkembangan sektor binaan yang pesat menyebabkan keperluan yang tinggi kepada tenaga kerja binaan. Keperluan yang tinggi ini tidak dapat dipenuhi oleh tenaga kerja tempatan dan akhirnya menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap tenaga kerja asing. Akibatnya wujud sindrom kebergantungan yang keterlaluan kepada pekerja asing, seolah-olah negara ketandusan tenaga kerja tempatan terlatih. Kertas kerja ini merupakan perbincangan hasil dari sorotan penulisan ke atas cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi dalam menyediakan tenaga kerja mahir di sektor binaan. Sorotan penulisan ini mengutarakan langkah-langkah yang harus dilakukan oleh pihak-pihak berkaitan dengan pendekatan yang bersesuaian dan strategik dalam usaha menggalakkan tenaga kerja tempatan supaya lebih berminat untuk menjadikan sektor binaan ini sebagai kerjaya dan seterusnya membantu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing di sektor binaan.
journal of technical, vocational & engineering …
The significance of this study was to identify the elements of employability skills which integra... more The significance of this study was to identify the elements of employability skills which integrated by instructors of community college within teaching process and its importance to employers in Malaysia. Five research questions were established for this study. 270 respondents were selected among instructors at community colleges in southern region through purposive sampling. Questionnaires were used to gain data which applicable for research with observation design. The questionnaire were segregated into two sets with different format of arrangements. The feedback were then analyzed through descriptive statistic (min, rank) and inference statistic. t-test then applied to identify the significant difference of perception on employability skills between community colleges" instructors and employers from industry. It turn out both party have the same agreement on the importance of three elements in employability skills. However, there were some difference existed in perception toward communication skill, work group skill and ICT skill. This project finally revealed four worker characteristics desired by employer which are: show interest in working; punctuality; able to work efficiently and; determination.