SITI K H A D I Z A H BINTI KAIMIN | Universiti Kebangsaan Malaysia (original) (raw)
My writing is related a Islamic Education.
less
Uploads
Conference Presentations by SITI K H A D I Z A H BINTI KAIMIN
ABSTRAK Kaedah pengajaran merupakan aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang d... more ABSTRAK Kaedah pengajaran merupakan aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh seorang Guru Pendidikan Islam. Kaedah yang tepat akan memberi kesan kepada murid dalam memahami ilmu yang disampaikan. Selain penyampaian guru yang berkesan, murid akan lebih bersemangat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran, bahkan menimbulkan motivasi dalam kalangan pelajar. Justeru, dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam tidak hanya tertumpu kepada penggunaan kaedah yang lazim digunakan iaitu kaedah tradisional tetapi penggunaan kaedah melalui media elektronik seperti audio visual juga sangat berkesan serta membantu murid menguasai pembelajaran. Artikel ini akan mengupas secara terperinci berkenaan kepentingan dan keberkesanan penggunaan kaedah media audio visual dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Metodologi kajian ini dibuat berdasarkan analisa artikel-artikel yang terdapat dalam buku, jurnal, artikel dan prosiding seminar. Dapatan kajian menunjukkan media audio visual atau lebih dikenali sebagai alat pandang dengar sangat efektif diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dalam mata pelajaran lain malah memberi impak yang positif kepada subjek Pendidikan Islam. Melalui media ini, ia dapat menarik perhatian dan menerapkan nilai-nilai Islam yang boleh dipelajari melalui permerhatian murid. Maka sangat wajar kaedah pengajaran melalui media audio visual dijadikan suatu amalan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam agar ilmu lebih mudah disampaikan dengan lebih berkesan dan mudah diterima oleh murid.