Suziyanah Mohd Salleh | Universiti Malaysia Sabah (original) (raw)
Uploads
Papers by Suziyanah Mohd Salleh
Terapi keluarga adalah salah satu bentuk bantuan profesional terbaru. Secara evolusi ia adalah la... more Terapi keluarga adalah salah satu bentuk bantuan profesional terbaru. Secara evolusi ia adalah lanjutan daripada percubaan sepanjang sejarah untuk menyembuhkan penderitaan emosi. Namun, menurut (Gladding, 2015) walaupun terapi keluarga mempunyai sejarah yang panjang, tetapi profesion terapi keluarga ini masih baru dalam perkembangan formalnya. Pelbagai peristiwa dan keperibadian, sebahagiannya berevolusi secara semula jadi, telah mempengaruhi dan membentuk profesion ini. Terapi struktural keluarga menekankan mengenai perubahan struktur unit keluarga dengan terapis sebagai peserta yang aktif dalam proses penyusunan semula struktur keluarga. Struktur dalam pengertian ini merujuk kepada
Ujian bukan penilaian atau penaksiran, tetapi pada masa yang sama ia mungkin menjadi cara untuk m... more Ujian bukan penilaian atau penaksiran, tetapi pada masa yang sama ia mungkin menjadi cara untuk mendapatkan maklumat, data atau bukti yang diperlukan untuk penilaian dan penaksiran. Ujian adalah salah satu alat yang penting dan teknik yang boleh digunakan dalam mana-mana sistem peperiksaan atau penilaian. Ia menerangkan penggunaan instrumen atau alat untuk mengumpulkan maklumat atau data. Dalam peperiksaan bertulis, kertas soalan ialah salah satu alat yang paling kuat digunakan untuk mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai pencapaian murid. Ujian dan penilaian dalam pendidikan bertujuan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar di sekolah. Ujian pencapaian dilaksanakan bagi menilai individu mengenai apa yang telah dipelajari berdasarkan kursus pendidikan yang khusus dan juga untuk meramal pencapaian pada masa hadapan. Kata kunci: ujian dalam pendidikan, pencapaian akademik, ujian pencapaian.
Inventori Nilai Pekerjaan Sidek (INPS) adalah merupakan salah satu inventori yang digunakan untuk... more Inventori Nilai Pekerjaan Sidek (INPS) adalah merupakan salah satu inventori yang digunakan untuk mengenal pasti nilai yang dianggap penting oleh seseorang individu dalam pekerjaan. Kajian rintis yang dijalankan menghasilkan pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach .96 dan pekali kesahan kandungan melalui pendekatan pakar bernilai .85 memperlihatkan bahawa alat ukuran ini mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan kandungan yang tinggi. Alat ukuran INPS dapat mengukur 6 kategori utama nilai pekerjaan iaitu kategori konteks, hubungan, fungsi, ganjaran, cita rasa dan monotomi yang terdiri daripada 21 nilai pekerjaan. Penggunan INPS dapat membantu individu untuk mengenal diri dalam aspek nilai pekerjaan yang dipegang serta mengenalpasti jenis persekitaran kerja, hubungan, dan kefungsian yang selari dengan nilai yang dipegang. Namun demikian, inventori ini tidak digunakan secara meluas dalam kajian berkaitan aspek pekerjaan atau kaunseling kerjaya sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Pedofilia dipercayai telah berlaku sejak dahulu lagi tetapi ianya tidak dinyatakan, didefinisi, a... more Pedofilia dipercayai telah berlaku sejak dahulu lagi tetapi ianya tidak dinyatakan, didefinisi, atau dikaji dengan formal sehingga abad ke-19. Pada awalnya pedofilia digelar sebagai paedophilia erotica kemudian dikenali sebagai pedofilia (pedophilia) pada abad ke-20. Istilah pedofilia bukanlah sahaja digunakan bagi mendefinisikan tarikan atau rangsangan seksual terhadap kanak-kanak, manakala istilah pedofilia juga sering digunakan dalam penguatkuasa perundangan untuk merujuk kepada pelaku seksual terhadap mangsa bawah umur. Antaranya
Aspek-aspek seperti kecenderungan, personaliti, latar belakang, hubungan kekeluargaan, dan intele... more Aspek-aspek seperti kecenderungan, personaliti, latar belakang, hubungan kekeluargaan, dan intelektual dipercayai menjadi asas kepada proses pemilihan kerjaya individu dalam Teori Keperluan dan Kerjaya yang diperkenalkan oleh Anne Roe. Antara perkara penting yang perlu dijelaskan untuk memahami konsep Teori Keperluan dan Kerjaya Anne Roe adalah: 1) Pengaruh Psikoanalisis Freud dan Hierarki Keperluan Maslow; 2) Pengaruh interaksi awal ibu bapa dan anak-anak; 3) Perkembangan minat dan sikap; 4) Sistem klasifikasi pekerjaan Anne Roe; dan 5) Penggunaan Teori Keperluan Anne Roe dalam kaunseling kerjaya. Roe turut berpendapat bahawa faktor jantina, status ekonomi, latar belakang keluarga, pendidikan, kemahiran, kebolehan fizikal, kelemahan, rakan-rakan, tahap kognitif, minat, nilai, dan keperluan tertentu juga boleh mempengaruhi perkembangan personaliti dan kerjaya individu (Roe, 1957). Kata kunci: kerjaya, kaunseling kerjaya, pemilihan kerjaya, personaliti, keperluan Pengenalan Pada era globalisasi ini, kerjaya menjadi satu keperluan bagi setiap individu demi kelangsungan hidup. Kerjaya membentuk kehidupan dan menentukan status sosioekonomi, gaya hidup, sikap dan persepsi seseorang. Peredaran zaman menuntut perubahan pekerjaan yang selari dengan perubahan ekonomi negara. Namun kini dunia pekerjaan menjadi lebih kompleks dengan pelbagai perubahan dan cabaran. Globalisasi, perkembangan teknologi, perubahan ekonomi, peluang pendidikan, kerjaya wanita, peningkatan jangka hayat dan budaya menuntut perubahan kerjaya dan dunia perkerjaan. Menurut Mohamed Fadzil (2002), kerjaya adalah kerja atau aktiviti untuk memenuhi keperluan psikologi, ekonomi dan sosial individu. Manakala Zunker (1998) menyatakan kerjaya sebagai satu aktiviti dan peranan yang dimainkan dalam profesion, pekerjaan dan kerja yang berkaitan dengan tugas sepanjang hidup. Oleh yang demikian, kerjaya ialah