Faqih Suryo - Academia.edu (original) (raw)

Faqih Suryo

Uploads

Papers by Faqih Suryo

Research paper thumbnail of 82156444-Kesan-Agihan-Zakat-Dalam-Membasmi-Kemiskinan

Statistik kutipan zakat Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan pada setiap tahun. Majlis Agama I... more Statistik kutipan zakat Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan pada setiap tahun. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal umat Islam juga telah menyediakan pelbagai skim bantuan dalam usaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan asnaf fakir miskin. Namun sejauhmana kesan agihan zakat terhadap asnaf fakir miskin masih belum dikenalpasti. Sehubungan itu kajian ini dijalankan untuk mengukur kesan agihan zakat dalam membasmi kemiskinan dan ketidakseimbangan agihan pendapatan penerima zakat di kalangan asnaf fakir miskin Negeri Sembilan. Pembuktian empirikal dilakukan ke atas 230 orang responden asnaf fakir miskin daripada daerah Seremban, Rembau dan Jelebu masing-masing mewakili 10% daripada populasi yang menerima bantuan zakat dari MAINS dengan menggunakan kaedah temu bual dan borang soal selidik. Analisis data menggunakan indeks kemiskinan iaitu kadar kemiskinan, jurang kemiskinan, purata jurang kemiskinan dan nisbah jurang pendapatan. Selain itu indeks ketidakseimbangan agihan pendapatan turut digunakan bagi mengukur kesan agihan zakat. Kajian membuktikan agihan zakat yang dilaksanakan oleh MAINS berkesan mengurangkan kadar kemiskinan, menurunkan jurang kemiskinan, mengecilkan purata jurang kemiskinan dan memperbaiki nisbah jurang pendapatan. Manakala analisis ketidakseimbangan agihan pendapatan mendapati keluk Lorenz semakin menghampiri garisan keseimbangan agihan pendapatan. Ini bermakna agihan zakat telah berjaya memperbaiki ketidakseimbangan agihan pendapatan dalam kalangan masyarakat miskin di Negeri Sembilan. Begitu juga nilai pekali Gini turut menunjukkan agihan zakat telah berjaya memperbaiki agihan pendapatan asnaf fakir miskin.

Log In