Kemahiran Membaca dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab (original) (raw)
Kebolehan membaca merupakan salah satu daripada perkara asas yang perlu ada pada setiap individu yang ingin menguasai sesuatu bahasa. Mempelajari bahasa Arab memerlukan kemahirankemahiran yang tertentu dan kemahiran membaca adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai selain kemahiran bercakap atau lisan, kemahiran menulis dan kemahiran mendengar. Kertas ini membincangkan kemahiran membaca sebagai salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk mempelajari bahasa Arab. Beberapa aspek utama tentang kemahiran ini diketengahkan bagi melihat kepentingan kemahiran ini khususnya dalam pembelajaran bahasa Arab. Antara yang dibincangkan ialah tujuan membaca, ciri-ciri pembaca yang baik, jenis bacaan, dan peringkat membaca. Juga dinyatakan langkah pengajaran tahap rendah, pertengahan, dan lanjutan; masalah penguasaan bacaan bahasa Arab dan gaya pembelajaran, serta pengenalan bentuk bacaan intensif dan ekstensif. Kemahiran membaca dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah masih berada pada tahap lemah kerana pelajar tidak dapat menguasai kemahiran bahasa ini disebabkan kurang berminat terhadap bahasa Arab di samping kurang penggunaan bahasa ini dalam interaksi seharian. Pelajar hanya mempelajari bahasa ini di sekolah dengan masa yang terhad dan kurang kesedaran tentang kepentingan bahasa ini menjadikan pembelajaran bahasa ini berada di tahap yang masih lemah.