Ecological Predictors of the Parenting Behaviour of Malay Mothers (original) (raw)

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor yang berkaitan dengan kualiti tingkah laku keibubapaan di kalangan ibu Melayu. Sampel kajian terdiri daripada 128 ibu Melayu bersama anak mereka yang berumur di anrara 8 hingga 9 tahun, yang telah dipilih secara persampelan sistematik untuk kajian ini. Data telah dikumpulkan secara temubual dan pemerhatian di rumah respond en. Kualiti tingkah laku keibubapaan telah diukur menggunakan 'Home Observation for Measurement of the Environment (HOME) (Caldwell dan Bradley 1984). Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan di antara ciri ibu, ciri anak dan faktor kontekstual dengan tingkah laku keibubapaan ibu Melayu. lbu yang mempunyai tahap pendidikan, penghargaan kendiri dan pendapatan keluarga yang lebih tinggi menunjukkan tingkah laku keibubapaan yang lebih berkualiti berbanding dengan ibu lain dalam kajian. Walau bagaimanapun, ibu yang mempunyai bilangan anak yang ramai dan mempunyai persepsi bahawa anak sukar untuk dijaga menunjukkan tingkah laku keibubapaan yang kurang menyokong. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa pelbagai faktor dalam ekologi keluarga bergabung untuk mempengaruhi kualiti penjagaan ibubapa terhadap anak. Hasil kajian ini mempunyai implikasi penting untuk perancangan program keibubapaan dan pendidikan kehidupan keluarga.