PERKEMBANGAN PROFESIONAL KE ARAH PEMBANGUNAN MODAL INSAN GURU (original) (raw)
Abstrak Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan cabaran-cabaran yang menyebabkan guru lemah dalam perkembangan profesional mereka. Definisi perkembangan profesionalisme dan pembangunan modal insan dijelaskan diikuti ciri-ciri guru profesional juga dikupas terlebih dahulu sebelum menyentuh aspek cabaran yang mempengaruhi guru dalam perkembangan profesionalisme mereka. Kemudian, ia diikuti dengan cadangan dalam membangunkan profesionalisme guru. Di antara strategi khusus yang telah diutarakan seperti mengadakan sistem pementoran di sekolah, konsep belajar seumur hidup, mengadakan program perkembangan staf, mengadakan aktiviti dalam ‘Lesson Study’, menggalakkan amalan reflektif, mengaktifkan program Bimbingan Rakan Sekerja, menggalakkan kerja berkumpulan dan lain-lain. Perkembangan profesional guru juga dilihat dari perspektif Islam untuk membangunkan hakikat diri guru itu sendiri iaitu rohnya (‘spiritual science’). Perkembangan ini akan melahirkan guru-guru yang seimbang pembangunan akal, roh dan nafsunya. Adalah diharapkan kertas konsep ini akan dijadikan panduan kepada semua pihak dalam memastikan pendidikan menjadi lebih berkesan. Harus diingat bahawa pendidikan itu ialah nyawa, roh dan nadi pada sesuatu bangsa dan negara. Identiti sesuatu bangsa ditentukan oleh pendidikan ertinya pendidikanlah yang akan menentukan maju atau mundurnya sesuatu bangsa, bertamadun atau tidak, berani atau penakut, bersatu atau berpecah, berjiwa besar atau kecil dan ada cita-cita atau tidak. Pendidikan jugalah yang akan menentukan hala tuju sesuatu bangsa di sesebuah negara samada bangsa itu menjadi satu bangsa yang baik atau jahat, lembut atau kasar, bangsa yang individunya memikirkan diri sendiri atau memikirkan bangsa, agama dan negaranya. Kata Kunci: Pembangunan modal insan, perkembangan profesional, guru, sistem pementoran, program perkembangan staf, amalan reflektif