HUBUNGAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DAN PENERIMAAN MESEJ DAKWAH (original) (raw)
Media telah menjadi satu elemen penting dalam sistem komunikasi serta mempunyai pengaruh yang signifikan dalam pembentukan kehidupan masyarakat hari ini. Di era teknologi, fokus kini tertumpu kepada penggunaan media sosial sebagai alat perkongsian dan penyebaran maklumat. Secara khususnya, pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh media sosial harus digunakan secara efektif. Ini meliputi juga penyebaran pelbagai mesej komunikasi dakwah seiring dengan konsep amar maaruf nahi munkar yang dititikberatkan dalam Islam. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana penggunaan media sosial mempengaruhi penerimaan mesej dakwah dalam kalangan mahasiswa. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penggunaan media sosial yang berperanan mempengaruhi tahap penerimaan mesej dakwah melalui media sosial. Data diperolehi daripada 99 responden yang berumur 18 hingga 27 tahun dan secara aktif menggunakan media sosial. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang dilakukan menerusi tinjauan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada pelajar jurusan Asasi, Diploma dan Sarjana Muda di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Dengan menggunakan analisa SPSS (Statistical Package for Social Sciences), hasil kajian mendapati 83% responden telah menggunakan media sosial melebihi tempoh 3 tahun dan majoriti 61% responden melayari media sosial Facebook sebagai pilihan utama. Hasil ujian regresi pelbagai pula mendapati penerimaan mesej dakwah di media sosial dalam kalangan mahasiswa banyak dipengaruhi oleh faktor ciri interaktif yang didapati di media sosial sebagai penyumbang utama. Kajian ini menunjukkan bahawa ciri-ciri interaktif yang diperoleh daripada media sosial telah mempengaruhi tahap penerimaan mesej dakwah dalam kalangan mahasiswa.
Sign up for access to the world's latest research.
checkGet notified about relevant papers
checkSave papers to use in your research
checkJoin the discussion with peers
checkTrack your impact