KEBOLEHBACAAN SYARHU IBNU ‘AQIL SEBAGAI BUKU TEKS STAM : SATU TINJAUAN LITERATUR (original) (raw)
Kajian ini membentangkan kajian-kajian kebolehbacaan yang dijalankan terhadap buku teks bahasa Arab yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar khasnya Syarhu Ibnu ‘Aqil sebagai buku teks STAM. Buku teks merupakan satu bahan bantu mengajar yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran, khususnya pendidikan bahasa Arab di Malaysia. Tahap kefahaman pelajar terhadap kandungan mata pelajaran dipengaruhi oleh tahap kebolehbacaan buku teks pelajaran tersebut. Bahkan kajian menunjukkan bahawa buku teks yang baik bukan sahaja meningkatkan kefahaman pelajar, malah meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran. Tujuan kajian ini adalah i) melihat kajian-kajian kebolehbacaan yang telah dijalankan terhadap buku teks bahasa Arab dan ii) melihat adakah terdapat kajian kebolehbacaan yang telah dijalankan terhadap Syarhu Ibnu ‘Aqil dan mencadangkan beberapa perspektif baru yang boleh dikaji hasil dari pemerhatian yang dijalankan. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini adalah dengan membuat analisis literatur mengenai kebolehbacaan buku teks bahasa Arab. Kajian ini mendapati bahawa terdapat kajian kebolehbacaan yang telah dijalankan terhadap buku teks STAM. Namun, kajian ini melihat beberapa buku teks STAM belum dikaji kebolehbacaannya, termasuklah Syarhu Ibnu ‘Aqil