Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning di kalangan Pelajar Tahun Lima,Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia (original) (raw)

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning

Abstrak : Perkembangan teknologi yang pesat memberikan impak kepada bidang pendidikan. Bidang pendidikan mengalami perubahan seiring dengan arus perubahan globalisasi. E-learning merupakan satu fenomena yang melanda dunia pendidikan negara. Namun ia telah lama diaplikasi di negara-negara maju kerana ia dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana faktor isi kandungan, kaedah komunikasi dan maklumat tambahan mempengaruhi penggunaan e-learning di kalangan pelajar-pelajar tahun empat, Fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada 102 pelajar yang dipilih secara rawak mudah daripada 120 pelajar. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5. Bilangan sampel adalah berdasarkan kepada jadual Krejcie, R.V dan Morgan, D.W. Nilai alpha bagi soal selidik ialah, α = 0.966. Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor adalah tinggi. Maka, ketiga-tiga faktor ini merupakan antara faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan elearning. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang maklumat yang berguna kepada pihak-pihak yang berkaitan agar dapat meningkatkan lagi tahap penggunaan e-learning serta memaksimumkan penggunaannya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN e-PEMBELAJARAN DAN KESAN TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR

Diges ilmiah, 2021

Pendidikan abad ke 21 tidak terpisah daripada mengikut perkembangan teknologi dunia pendidikan berasaskan penggunaan e-pembelajaran. Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam penggunaan e-pembelajaran yang melibatkan 70 orang pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Merlimau.Terdapat empat faktor yang dikaji iaitu faktor kandungan kursus, peranan pensyarah, peralatan pembelajaran dan proses e-pembelajaran. Kajian ini adalah berbentuk kajian diskriptif dihuraikan dalam bentuk min dan peratus. Data diperoleh daripada soal selidik dan dianalisa menggunakan SPSS 23.0. Dapatan kajian mendapati secara keseluruhannya, faktor-faktor yang mendorong dan mempengaruhi pelajar dalam penggunaan e-pembelajaran berada pada pada tahap yang amat baik. Hasil kajian ini mendapati faktor proses e-pembelajaran paling memberi kesan terhadap responden iaitu min (4.60) diikuti faktor kedua tertinggi iaitu peranan pensyarah (4.45),kandungan kursus (4.24).Manakala min paling rendah dan memberi kesan yang minima adalah faktor peralatan epembelajaran (4.13).Selain itu juga kajian ini menunjukkan bahawa semua faktor tidak mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus DUA6022 komunikasi dan penyiaran Islam sesi Jun 2020.Pelbagai pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam melahirkan graduan yang berkualiti demi kelestarian pembangunan negara.

Kajian Signifikansi Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan e-Learning Pada Siswa SMK Global Informatika Tangerang

2017

Increasing the role of information systems / information technology through e-Learning media allows evaluated so as to know the needs that need to be developed and maintained its existence. For that, there needs to be a study to find out how much e-learning earmarking role in the learning process students in school. The research was done by using Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) model that able to explain and predict the factors that significantly influence in the use of e-Learning at SMK Global Informatika Tangerang. The UTAUT model in this study was tested by validation process on the factors that significantly influence in the use of e-Learning done by using SEM analysis and AMOS software. The result of this research is that Effort Expectancy and Facilitating Condition have significant effect on Behavior Intention and Use Behavior. Thus the conclusion obtained is the e-Learning media accessed by students of SMK Global Informatika Tangerang is very easy t...

Faktor-Faktor yang Memengaruhi Perilaku Belajar Mahasiswa E-Learning

Binus Business Review, 2014

E-learning becomes one alternative for limited education infrastructure in Indonesia. So technological innovation website is used as one alternative content educational. So that the effectiveness of e-learning system should have constructivism approach when they use this system. This research aims to find variables that could influence e-learning students’ behavior when they use the system. Survey was conducted on e-learning students from Online Binus University and Indonesia Open University (UT).The result of the primary data was processedusing Wrapls 3.0 to process the structure equation model of the frame research. Ten hypotheses were proposed but only some hypotheses were valid. Variables such as motivation, digital literacy, and satisfaction affected directly to the attitude of understanding student learning, while the curriculum material product and interaction e-learning website did not influence the behavior of student e-learning attitude.

KESEDIAAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH TERHADAP PENGGUNAAN E– LEARNING

ABSTRAK E– Learning adalah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudahcara dan meningkatkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ia adalah sebagai pelengkap dalam P&P dan menyokong pengalaman pembelajaran pelajar secara bersemuka dan bukan bersemuka.Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tahap pengetahuan pelajar, sikap dan motivasi pelajar dalam penggunaan e– learning di Politeknik Sultan Azlan Shah. Responden kajian terdiri daripada 74 pelajar semester 1 Jabatan Kejuruteraan Awam pengkhususan kejuruteraan awam bagi sesi Disember 2014. Data prima dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 16.0 untuk mendapatkan statistik dalam bentuk kekerapan, peratus, min dan ujian t untuk melihat perbezaan antara jantina dan kelas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar, sikap dan motivasi pelajar dalam penggunaan e– learning adalah pada tahap sederhana dengan skor min 3.16. Dapatan kajian mendapati bahawa tiada perbezaan bagi tahap pengetahuan, sikap dan motivasi pelajar terhadap e– learning antara pelajar lelaki dan perempuan tetapi terdapat perbezaan bagi tahap pengetahuan pelajar, sikap dan motivasi pelajar dalam penggunaan e– learning antara kelas DKA 1A dan DKA 1B. Secara keseluruhannya, kesediaan pelajar terhadap penggunaan e– learning pada tahap sederhana. KATA KUNCI: e– learning,politeknik 1. PENGENALAN Dalam meniti arus kemodenan teknologi maklumat dan komunikasi merupakan teknologi yang diperlukan pada masa kini. Teknologi wujud sebagai perantaraan untuk menyebarkan pelbagai jenis maklumat dalam pelbagai cabang terutamanya dalam bidang pendidikan. e– Learning merupakan satu bentuk revolusi pendidikan yang berorientasikan sistem pembangunan web (WBL). Ianya semakin popular dan digunakan sebagai salah satu medium pengajaran dan pembelajaran masa kini bagi tujuan formal di institusi pendidikan. e– Learning sebagai media elektronik dapat membawa perubahan pada proses pembelajaran baik kepada pelajar mahupun kepada tenaga pengajar itu sendiri. Pelajar dapat menjimatkan tenaga teknikal dan boleh memperoleh banyak maklumat menerusi e– learning ini. e– Learning boleh didefinisikan sebagai satu pembelajaran elektronik, di mana pada peringkat awal berfungsi sebagai satu koleksi pakej pengajaran dan pembelajaran informasi dalam pendidikan lanjutan. Ianya juga dicapai pada bila-bila masa di mana sahaja dan ianya juga disampaikan secara elektronik. (Dichantz,2001). Kehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah teristimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya terknologi maklumat. Selain itu, penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran semakin penting pada masa kini sebagaimana menurut Nor Hashim (1996) , cara yang paling berkesan untuk memanfaatkan keupayaan komputer adalah dengan menjadikan alat untuk membantu kerja-kerja kita supaya menjadi lebih mudah dan berkesan. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudah cara proses pembelajaran dan pengajaran atau lebih khususnya e– learning menjadikan pelajar lebih aktif dan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya. Konsep pembelajaran sedemikian yang tertumpukan pelajar melalui teknologi e– learning dijangka melahirkan siswazah yang lebih bertanggungjawab, bebas dan berdikari serta boleh bersaing di persada antarabangsa.Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauh manakah kesediaan pelajar menerima e– learning dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Faktor Kritis Kesiapan E-Learning Pendorong Perfoma Belajar Ekonomi Siswa SMA Selama Pandemi Covid-19

2021

This study aims to analyze the effect of e-learning readiness factors, including self-competency, perceived usefulness, self-directed learning, motivation, and financial on the economic learning performance of high school students. This study used a quantitative approach. A total of 177 students were involved in this study. The data were collected through questionnaires and documentation. Regression analysis was used to analyze the data. The results of the study showed that four factors of e-learning readiness, namely self-competency, perceived usefulness, self-directed learning, and financial partially had a significant effect on students' economic learning performance (exam scores). Self-directed learning emerged as the strongest factor for driving students' economic learning performance (exam scores), and sequentially followed by self-competency, financial, and perceived usefulness factors. Another factor, namely motivation partially has no effect on students' economi...