Amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Melalui Kaedah QFD (Quality Function Deployment). (original) (raw)

Secara kelaziman, syarikat, jabatan mahupun instutusi pendidikan akan menyediakan kajian kepuasan pelanggan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. TQM merupakan satu falsafah pengurusan yang berkembang dan institusi pendidikan juga tidak lari dalam pelaksanaan TQM. Segala input dari pelanggan seperti rungutan dan ketidakpuashatian pelanggan akan diambil kira untuk memperbaiki sistem sedia ada. Kajian ini adalah untuk menilai input yang diperoleh dari pelanggan (pelajar) tentang pengajaran dan pembelajaran pensyarah (P&P) dengan menggunakan kaedah Quality Function Deployment (QFD). Secara kebiasaan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dinilai dengan menggunakan borang soal selidik oleh pelajar pada penghujung sesi pengajaran (Giolla, 1999; Marsh, 1987). Namun dalam pendekatan metode QFD, maklumat yang diperoleh dari soal selidik akan di hubungan antara “suara pengguna” (voice of consumer/ what) dan juga aspek kualiti pengajaran (how’s). Ianya berperanan dalam meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan pengajaran yang lebih baik. Kajian kepuasan dilihat sangat signifikan dalam menilai dan mengenalpasti jurang-jurang yang wujud dalam elemen perkhimatan bagi memperbaiki mutu khidmat pelanggan.

PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN MENERUSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN FESYEN DAN PAKAIAN INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA

2016

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti penerapan kemahiran keusahawanan menerusi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Fesyen dan Pakaian dari aspek mengenalpasti aktiviti keusahawanan yang dijalankan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan borang soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A yang berhubung maklumat diri responden manakala bahagian B berkenaan kemahiran keusahawanan. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah keseluruhan populasi iaitu seramai 69 orang yang terdiri daripada pelajar Diploma Teknologi Tekstil dari IKBN Kuala Langat dan IKBN Wakaf Tapai. Data yang telah dikumpul dan dianalisis menggunakan statistik deskritif untuk mendapatkan skor peratusan, min dan sisihan piawai. Ujian T pula digunakan untuk mengenalpasti samada terdapat perbezaan yang signifikan di antara aktiviti keusahawanan di kedua buah IKBN tersebut. Data menunjukkan penerapan tahap kemahiran melalui aktiviti keusahawanan di IKBN adalah berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min adalah 3.8. Bagi aktiviti keusahawanan yang dijalankan di IKBN Kuala Langat dan IKBN Wakaf Tapai menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (t=0.080; p>0.05) di kedua buah IKBN tersebut. Kajian ini mencadangkan penambahbaikan kaedah mentadbir soal selidik supaya dapatan benar-benar menjawab persoalan kajian.

Prosiding LIS (e- Jurnal LIS Liga Ilmu Serantau 2018)

Prosiding Internasional, 2018

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahii kerana dengan izinNya, seminar Liga Ilmu Serantau 2018 dapat dilaksanakan buat kali ke-5. Kelangsungan penganjuran seminar ini adalah hasil jalinan kerjasama yang erat antara Politeknik Mersing, Pusat Penyelidikan dan Inovasi Politeknik & Kolej Komuniti, Institut Perguruan Tinggi Ibnu Sina, Batam, dan juga Politeknik Jambi. Bagi penganjuran kali ini, tahniah diucapkan kepada Politeknik Jambi selaku penganjur utama seminar. Institusi yang cemerlang haruslah cemerlang dari semua aspek yang merangkumi pembangunan pelajar, pembangunan ahli akademik dan juga pembangunan penyelidikan. Untuk itu, adalah jelas bahawa Seminar LIS ini merupakan ruang kepada semua ahli akademik untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam mengembangkan lagi ilmu yang seterusnya dapat dimanafaatkan oleh institusi dan komuniti masing-masing. Dengan mengambil tema “ Implementation of Competitive Research Towards Local Source Base Industrialization”, penganjuran seminar ini merupakan usaha penting dan berterusan dalam menyediakan ruang kepada para penyelidik untuk terus mengkaji dan membangunkan industri berasaskan sumber tempatan sekaligus meningkatkan mutu kehidupan masyarakat setempat seiring dengan perkembangan pesat ekonomi dan industri global serta bersedia mendepani cabaran revolusi industri 4.0. Adalah diharapkan penyelidik juga dapat memanafaatkan platform seperti ini untuk meningkatkan kemajuan diri dan kerjaya masing-masing seterusnya mencapai kejayaan yang lebih gemilang. Semoga Seminar LIS ini dapat diperkembangkan lagi ke negara-negara serumpun yang lain seperti Singapura dan Brunei pada penganjuran kali ke-6 tahun hadapan. Selain daripada pembentangan kertas penyelidikan, Seminar LIS ini dapat diperluaskan lagi skop aktivitinya dengan melibatkan pameran hasil inovasi staff dan projek-projek pelajar. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh Sekretariat Seminar Liga Ilmu Serantau kali ke -5 yang telah berusaha untuk menjayakan seminar ini. Kepada semua peserta diucapkan selamat mengikuti seminar. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi dan jalinan silaturahim kerjasama ini dapat diteruskan dalam apa jua bidang

SPIN_2014.pdf

DIGES ILMIAH, 2015

ABSTRAK RAJA NUR AZMIRA BTE RAJA IBRAHIM KOLEJ KOMUNITI BATU GAJAH Diges Ilmiah diterbitkan sebagai bahan rujukan kepada semua dari sudut bahan inovasi, penyelidikan dan penulisan. Perkongsian ini dibuat agar dapat menyebarluaskan ilmu berkaitan bahan penyelidikan , inovasi dan penulisan kepada tenaga pengajar, pelajar dan mereka yang berkaitan. Penulisan bahan inovasi dibuat supaya inovasi yang dihasilkan boleh menjadi pemudahcara kepada tenaga pengajar untuk menyelesaikan masalah pelajar yang berdepan dengan kesesuaian penggunaan produk inovasi yang dihasilkan. Menurut Ricki Rakhmadi; Inovasi adalah suatu penemuan baru yang berbeda dari yang sudah ada atau yang sudah dikenal sebelumnya. Orang atau wirausahawan yang selalu berinovasi, maka ia dapat dikatakan sebagai seorang wirausahwan yang inovatif. Manakala Muhammad Salim Islahi (2014), menyatakan inovasi merupkan sesuatu yang baru dalam situasi soaial tertentu yang digunakan untuk menjawab atau memecahkan suatu permasalahan. Dalam menuju negara maju malalui perkongsian ilmu begini mempercepatkan proses capaian ilmu dan mengembangkan idea kepada para pengajar dan pelajar untuk memperluaskan daya imaginasi untuk menghasilkan lebih banyak produk-produk inovasi yang bermutu tinggi serta disebarluas. KATA KUNCI : inovasi , pemudahcara, sebarluas

Loading...

Loading Preview

Sorry, preview is currently unavailable. You can download the paper by clicking the button above.

EProceeding of ICIEd

Association of Malaysian Muslim Intellectuals, No. 7, Jalan 2/2B, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA., 2020