PERANAN PEGUAM SYARIE DI DALAM SISTEM (original) (raw)
ABSTRAK " Sesungguhnya Allah memerintahkan agar kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak, dan apabila kamu menghukum sesama menusia maka hukumlah dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. " 2 PENDAHULUAN Hak mempertahankan diri sudah lama dikenali oleh masyarakat dunia. Pelbagai bangsa sudah menerima amalan guaman melibatkan dalam usaha membentuk pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian. Pada zaman Nabi Musa a.s, di kalangan kaum Yahudi terdapat tokoh-tokoh yang terlibat dengan profesion yang menyamai profesion guaman. Tokoh-tokoh ini bertugas menyelesaikan masalah yang timbul antara individu tanpa menerima apa-apa bayaran. Kedudukan mereka seolah-olah sebahagian daripada anggota kehakiman.3 Dalam undang-undang Rom, seorang wakil boleh mengambil tempat pihak yang mendakwa atau yang didakwa melantiknya melalui kata-kata simbolik yang diucapkan di hadapan pihak lawan.4 Cara ini kemudiannya berakhir dengan diganti oleh satu wakil yang dikenali dengan wakil awam atau pendakwaraya.5