Impak Konflik Perebutan Kepulauan Diaoyutai-Senkaku ke atas Hubungan Ekonomi China-Jepun (original) (raw)
Kepulauan Diaoyutai atau Senkaku merupakan sebuah kepulauan yang terletak 170 km dari Taiwan, 330 km dari China, 170 km dari Ishigaki (Jepun) dan 410 km dari Okinawa (Jepun) di Laut China Timur, tepatnya berada pada garis koordinat 25°47'53 " Lintang Utara dan 124°03'21" Bujur Timur, kepulauan ini hanya mempunyai luas 7 km 2 . Secara geografi, Kepulauan Senkaku berada di perairan Laut China Timur yang terletak kira-kira 120 batu dari Taiwan, 120 batu dari dataran China dan 200 batu dari bandar Naha, Okinawa Jepun Kepulauan ini terdiri daripada kumpulan pulau kecil dan batu karang di sekitarnya (Rujuk peta pada lampiran). Dengan hal tersebut menjadikan kepulauan Senkaku atau Diayoutai ini mempunyai daya tarik yang terletaknya lokasi strategik kerana berada di jalur pelayaran antarabangsa yang sibuk serta mempunyai populasi ikan yang besar, gas bumi dan juga mengandungi kandungan minyak yang banyak (Rizki, 2012: 5).
Sign up for access to the world's latest research.
checkGet notified about relevant papers
checkSave papers to use in your research
checkJoin the discussion with peers
checkTrack your impact