Proximate Composition and Antioxidant Activity of Dried Belimbing Dayak (Baccaurea angulata) Fruits (Komposisi Proksimat dan Aktiviti Antioksidan Buah Belimbing Dayak (Baccaurea angulata (original) (raw)

ABSTrACT Baccaurea angulata or locally known as 'belimbing dayak' or 'belimbing hutan' is an underutilized fruit indigenous to Borneo with its proximate analysis and antioxidant values are yet to be explored. Proximate analysis and antioxidative properties of oven-dried B. angulata fruits of three fractions; whole fruit, skins and berries were evaluated. From the analysis conducted, whole fruit, berries and skins fraction of B. angulata contained 2.83%, 5.15% and 0.28% of total fat; 3.11%, 3.43% and 3.89% of protein; 16.66%, 19.09% and 11.37% of moisture; 4.57%, 3.68% and 7.28% of total ash and water activity (A w) of 0.41, 0.44 and 0.44, respectively. Evaluation of antioxidant activities using ferric reducing ability of plasma (FRAP), 1,1-diphenyl-2-pycrylhydrazyl (DPPH) and Trolox/ABTS equivalent antioxidant capacity (TEAC) revealed that the skins fraction exhibits highest antioxidant activities (p<0.05) followed by whole fruit and berries fractions. The antioxidant activities were significantly correlated (p<0.05) with total phenolic and total flavonoid content but not to anthocyanins. Considering the nutritional values it contained, B. angulata is another good source of natural antioxidants with significant health benefits and high value for commercialization. ABSTrAK Baccaurea angulata atau lebih dikenali sebagai belimbing dayak atau belimbing hutan oleh masyarakat tempatan merupakan sejenis buah yang tergolong dalam buah-buahan nadir dan berasal dari Borneo. Makronutrien dan bahan antioksida yang terkandung di dalam buah ini masih belum dikaji. Analisis proksimat dan ciri-ciri bahan antioksida yang terkandung di dalam tiga pecahan buah B. angulata, iaitu keseluruhan bahagian buah, bahagian kulit dan bahagian isi buah telah dijalankan. Ketiga-tiga pecahan tersebut terlebih dahulu dikeringkan dengan menggunakan relau. Hasil analisis menunjukkan bahawa keseluruhan bahagian buah, bahagian kulit dan bahagian isi buah B. angulata masing-masing mengandungi 2.83%, 5.15% dan 0.28% jumlah lemak; 3.11%, 3.43% dan 3.89% protein; 16.66%, 19.09% dan 11.37% kelembapan; 4.57%, 3.68% dan 7.28% jumlah abu dan 0.41, 0.44 dan 0.44 aktiviti air (A w). Penilaian aktiviti antioksida menggunakan ujian kebolehan penurunan ferum pada plasma (FRAP), ujian 1,1-difenil-2-pikrilhidrazil (DPPH) dan ujian kapasiti antioksida setara Trolox/ABTS (TEAC) menunjukkan aktiviti antioksida yang paling tinggi (p<0.05) pada bahagian kulit diikuti dengan bahagian keseluruhan buah dan bahagian isi buah. Aktiviti antioksida tersebut secara signifikan (p<0.05) berkorelasi dengan kandungan jumlah fenol dan flavonoid, tetapi tidak dengan antosianin. Justeru, dengan nilai nutrisi yang terkandung dalam B. angulata tersebut, ia boleh dianggap sebagai antara sumber bahan antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan dan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Kata kunci: Antioksida; Baccaurea angulata; buah-buahan nadir; fitokimia; komposisi nutrisi iNTroDuCTioN