e- Prosiding (Abstrak) Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2018.pdf (original) (raw)

Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnia Nya dapat saya menulis sepatah dua kata dalam e-Prosiding (Abstrak) Penyelidikan Pendidikan 2018. Tahniah kepada penyumbang kertas kerja yang telah memerah keringat untuk menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang pendidikan. Sempena Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan (PPIPK) kali ke-3 bagi tahun 2018. IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor telah menjadi tuan rumah untuk menghimpunkan ahli akademik dalam pelbagai bidang dan latar belakang institusi dengan matlamat yang sama seperti tema persidangan iaitu "Melestarikan Penyelidikan dan Inovasi ke Arah Revolusi Industri 4.0". PPIPK 2018 merupakan platform dalam menghasilkan penyelidik dan ahli inovatif yang cemerlang dan berketerampilan. Dalam usaha untuk menterjemahkan hasrat dan objektif pendidikan, setiap ahli akademik tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai kemelut dan cabaran dalam dunia pendidikan. Kecemerlangan dan kehebatan sesebuah persidangan tidak mungkin kita saksikan; tanpa adanya jawatankuasa dan urus setia. Justeru, tidak adil jika kita tidak mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Amalan penyelidikan ini akan membantu institusi pendidikan mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif selaras dengan usaha menjadikannya sebagai sebuah institusi yang cemerlang. Para ahli akademik perlu berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulum dalam perspektif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara. Contohnya peka kepada perubahan dunia dan sedar tentang keperluan negara. Seseorang ahli akademik juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan dengan menguasai penyelidikan dan inovasi. Sebagaimana yang telah diketahui penyelidikan merupakan wadah untuk perkongsian ilmu dan penemuan baharu dalam amalan dunia pendidikan masa kini. Semua ini pastinya akan dapat menjana kecemerlangan ilmu dan akhlak dalam kalangan warga pendidik. Sehubungan itu, penulisan kertas kerja dan perkongsian idea pada kali ini diharapkan akan dapat meneroka isu-isu terkini dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan sesuai dengan hasrat negara untuk menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Tahniah kepada Jabatan PIPK, IPGKTI, Johor yang berjaya menerbitkan e-Prosiding (Abstrak) Penyelidikan Pendidikan bagi tahun 2018 dan diharap usaha ini dapat diteruskan.

Sign up for access to the world's latest research

checkGet notified about relevant papers

checkSave papers to use in your research

checkJoin the discussion with peers

checkTrack your impact

Sign up for access to the world's latest research

Penulis merakamkan penghargaan kepada Universiti Malaya dan Kementerian Pendidikan atas bantuan menyediakan dana bagi penyelidikan yang dilakukan. (FRGS -FP024-2013B

Makalah ini membincangkan pembelajaran bahasa Melayu yang menggunakan Kit Asas Membaca bagi kanak-kanak lembam pada peringkat asas membaca. Kit ini dibangunkan berasaskan Model Membaca Searclight yang memfokus kepada empat elemen utama, iaitu pengecaman huruf dan pengetahuan grafik, fonik, pengetahuan tentang konteks, dan pengetahuan tentang tatabahasa. Kemahiran membaca merupakan lanjutan daripada kemahiran psikolinguistik lain seperti mendengar, bertutur, dan menulis. Namun, masih ramai kanak-kanak menghadapi masalah dalam bacaan, terutamanya kanak-kanak lembam, iaitu individu yang mempunyai kemahiran menerima pembelajaran yang lemah berbanding dengan rakan sebayanya. Keupayaan mengenal huruf, membatangkan suku kata, mengeja, dan sebagainya semasa membaca adalah lemah.Dalam makalah ini, perbincangan akan ditumpukan kepada pengecaman huruf dan pengetahuan grafik sahaja. Modul pengajaran ini dibahagikan kepada empat objektif pembelajaran. Setiap objektif yang ingin dicapai pula adalah berdasarkan Taksonomi Bloom (1956) yang meliputi tiga domain, iaitu kognitif, psikomotor, dan afektif. Kandungan Kit Asas Membaca ini pula melibatkan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), aktiviti pengayaan, dan Ujian Penilaian Kemahiran Membaca berdasarkan modul yang telah diajar.

Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007

Kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi stres guru pelatih KPLI j.QAF semasa menjalankan praktikum serta mengetahui tindakan mereka dalam menangani stres tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual yang dijalankan terhadap empat orang responden. Instrumen yang digunakan ialah semi struktur temu bual yang difokaskan kepada beberapa tema penting kajian. Kajian ini mendapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi stres guru pelatih ialah kurang mempunyai pengalaman sebagai guru, masalah memilih kaedah pengajaran dan penggunaan alat bantuan mengajar yang sesuai, masalah penyediaan set induksi yang sesuai, kerja-kerja perkeranian dan tugas-tugas lain bukan mengajar. Tindakan-tindakan responden dalam menghadapi stres ialah seperti menghiburkan hati dengan berbual-bual dengan rakan-rakan, meluahkan perasaan kepada rakan-rakan dan ada yang berjalan-jalan mengelilingi bangunan sekolah. Dapatan kajian telah memberi maklum balas tentang stres guru pelatih dan amat berguna kepada BPG untuk merancang strategi-strategi tertentu ke arah menangani stres mereka.

Prosiding Seminar Kebangsaan ICT Dalam Pendidikan (2013) 81

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) dalam kalangan guru pelatih di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sampel kajian seramai 200 guru pelatih empat program. Kaedah tinjauan diguna untuk mengumpul data dan dianalisis dikemuka dalam min, sisihan piawai dan pekali korelasi menggunakan perisian "Statistical Package of the Sosial Sciences" (SPSS). Kajian mendapati ada perbezaan dalam tahap PTPK guru pelatih bagi setiap semester. Dapatan juga mendapati wujud perbezaan PTPK mengikut kursus professional. Kursus profesional pendidikan didapati mempengaruhi PTPK guru pelatih. Kata kunci: Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan, Guru pelatih UPSI I. P ENGENALAN

Prosiding Seminar Nasional Pendidikan

2015

ABSTRAK Pendidikan formal dimulai dari tahap sekolah dasar dimana seorang anak mendapatkan semua informasi yang dialami dalam kehidupan sehari-hari. Luas wilayah Indonesia yang sangat luas menjadi salah satu faktor kurangnya kemerataan kualitas, mutu dan sumberdaya yang ada. Kualitas pendiidkan dapat dilihat dari hasil belajar siswa. Salah satu faktor yang mempengaruhi hasil belajar adalah motivasi belajar dan kedisiplinan. Kedua hal tersebut memiliki keterkaitan satu sama lain terhasap hasil belajar. Oleh karena itu, dilakukan sebuah penelitian tentang apa strategi yang dilakukan untuk meningkatkan prestasi belajar siswa SD X di Salatiga ditinjau dari motivasi belajar dan kedisiplinan. Untuk mendapatkan jawaban dari pertanyaan di atas maka dilakukan sebuah penelitian dengan teknik pengumpulan data berupa wawancara dan pengambilan nilai sebagai hasil belajar siswa. Setelah data dianalisis dapat diketahui bahwa data tersebut normal sehingga dilakukan tindak lanjut dengan medan ggunak...

Loading...

Loading Preview

Sorry, preview is currently unavailable. You can download the paper by clicking the button above.