Measuring the Efficiency of Colleges at the University of Al-Qadisiyah-Iraq: A Data Envelopment Analysis Approach (Mengukur Kecekapan Kolej-Kolej di Universiti Al-Qadisiyah-Iraq: Satu Pendekatan Analisis Data Envelopment (original) (raw)
This study aims at measuring the efficiency of the colleges at University of Al-Qadisiyah for the academic year 2015-2016. Data Envelopment Analysis (DEA) was employed with alternative models, namely, CRS-I, CRS-O, VRS-I, and VRS-O. The number of enrolled students, lecturers, employees, and teaching assistants were used as inputs, while the number of students with bachelor's degree and published research in national and international journals were used as outputs. The results indicate that 58% of the colleges reached their optimum economic size according to the efficiency scale since these colleges reached full efficiency. The college of Nursing is a peer college for inefficient colleges. To achieve full efficiency, there must be either significant reductions in their inputs with the same amount of output (input oriented) or significant increases in output retaining the current amount of inputs (output oriented). In general, the efficiency score of University of Al-Qadisiyah indicated the possibility of reducing its available resources by 10% retaining the current amount of output to be efficient, or expanding the University's output by 1% retaining the current amount of inputs. Therefore, it is imperative that the decision makers at the University of Al-Qadisiyah and its colleges that have not achieved the required efficiency examine the factors that have contributed to this outcome in order to acquire knowledge of weaknesses and imbalances in their inputs and outputs. They could exploit the available resources efficiently by comparing their inputs and outputs with those of peer colleges. ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengukur kecekapan kolej-kolej di Universiti Al-Qadisiyah bagi tahun akademik 2015-2016. Data Envelopement Analysis (DEA) telah digunakan dengan pelbagai model iaitu CRS-I, CRS-O, VRS-I, dan VRS-O. Bilangan pelajar yang mendaftar, pensyarah, pekerja, dan pembantu pengajar digunakan sebagai input manakala bilangan pelajar yang memperolehi sarjana muda dan bilangan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal kebangsaan dan antarabangsa digunakan sebagai output. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa 58% daripada kolej-kolej tersebut mencapai saiz ekonomi yang optima menurut skala kecekapan kerana kolej-kolej tersebut mencapai kecekapan penuh. Kolej Kejururawatan merupakan kolej rakan bagi kolej-kolej yang tidak cekap. Untuk mencapai kecekapan penuh, perlu ada penurunan yang signifikan dalam input dengan amaun output yang sama (orientasi input) atau peningkatan yang signifikan dalam output dengan amaun input yang sama (orientasi output). Secara umumnya, skor kecekapan bagi Universiti Al-Qadisiyah menunjukkan terdapat kemungkinan bagi universiti tersebut untuk mengurangkan sumber sedia ada sebanyak 10% dengan mengekalkan amaun output semasa atau menambahkan outputnya sebanyak 1% dengan mengekalkan amaun input semasa. Justeru, pembuat keputusan di Universiti Al-Qadisiyah dan kolej-kolejnya yang belum berjaya memperolehi kecekapan yang dikehendaki perlu mengkaji faktor-faktor yang telah menyumbang kepada hasil ini dan pengetahuan tentang kelemahan serta ketidakseimbangan dalam input dan output. Mereka boleh menggunakan sumber-sumber sedia ada dengan cekap dengan membandingkan input dan output mereka dengan kolej rakan.