Teori Psikologi Sosial Dalam Psikologi Dakwah (original) (raw)

Abstrak Kertas kerja ini memfokuskan tentang teori psikologi sosial yang boleh diaplikasikan dalam psikologi dakwah masa kini. Perbincangan tentang psikologi dakwah tertumpu kepada definisi, metodologi dakwah dan perkaitan antara dakwah dengan teori psikologi sosial semasa. Perbincangan seterusnya memperincikan tentang Teori Pembelajaran Sosial, Teori Tingkah Laku Terancang dan Teori Pertukaran Sosial. Kertas kerja ini diakhiri dengan kesimpulan tentang pengaplikasian dan pengamalan teori psikologi moden dalam bidang dakwah.