PELANCONGAN LESTARI MALAYSIA MENDEPANI BENCANA ALAM: KES GEMPA BUMI RANAU (2015) MALAYSIA'S SUSTAINABLE TOURISM TO FACE NATURAL DISASTER: A CASE STUDY OF RANAU EARTHQUAKE (2015 (original) (raw)

2019, asian journal of environment, history and heritage

Abstrak Integrasi pengurusan bencana alam ke dalam pembangunan pelancongan lestari kini menjadi satu keperluan yang mendesak khususnya dalam mendepani fenomena bencana alam. Sungguh pun begitu, Malaysia masih kurang inklusif dalam mempraktikkan integrasi tersebut walaupun destinasi pelancongan Malaysia turut sama dilanda bencana. Oleh itu, kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti situasi yang dialami pelancongan Malaysia mendepani bencana alam dengan melihat kejadian gempa bumi Ranau, Sabah sebagai kes kajian. Maka, pendekatan kemudahterancaman terhadap bencana alam diadaptasi bagi memandu kerangka kajian ini. Untuk metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual mendalam terhadap wakil agensi terlibat dan sokongan data sekunder. Analisis tematik pula digunakan sebagai kaedah untuk menganalisis data kajian. Keputusan kajian menunjukkan kurangnya integrasi pengurusan bencana alam dalam pelancongan Ranau menerusi isu dan cabaran yang dialami mereka semasa dilanda gempa bumi. Secara tidak langsung melonggarkan keutuhan kelestarian pelancongan Ranau. Signifikannya, pengurusan bencana alam perlu diperkukuhkan dengan melibatkan usaha semua pihak khususnya komuniti pelancongan dan pihak kerajaan kerana ia merupakan salah satu struktur asas yang memangkin keberkesanan peranan pembangunan pelancongan lestari di Malaysia terutamanya mendepani bencana alam. Kata Kunci: Pelancongan lestari, pengurusan bencana, gempa bumi, isu dan cabaran, pelancongan Malaysia Abstract The integration of natural disaster management with sustainable tourism development is an essence preparatory tool in facing the natural disaster events. However, Malaysia is lack of implementation towards the integration although the natural disaster events are inescapable including tourism destinations in Malaysia. Thus, this study aimed to identify the real situation of natural disasters events faced by Malaysia's tourism as Ranau, Sabah earthquake event as the case study. Vulnerability approach towards natural disasters is adopted to drive the research framework. Methodologically, this study using the qualitative approach through in-depth interview to gain the information from the stakeholders (Ranau's tourism agencies), supported with secondary data. While, thematic analysis is used as data analysis method. Overall, results show the absence of natural disaster