PRINSIP KEILMUAN UNTUK MENGKRITIK PEMENTASAN TEATER Disediakan oleh (original) (raw)

Kritikan membicarakan soal intelek dan fikiran, memenuhi keinginan manusia yang berfikir, mengenai apa yang seharusnya ada dan apa yang seharusnya tidak ada. Tidak semua hal boleh dijadikan sasaran atau objek kritikan. Tidak semua benda yang wujud boleh dikritik. Rumput, kayu, pasir, atau Tuhan tidak boleh dijadikan objek kritikan. Sasaran kritikan ialah sesuatu fakta yang termasuk dalam lingkungan tanggungjawab manusia seperti politik, organisasi masyarakat, pendapat, bangunan, muzik atau kesusasteraan (Baharuddin Zainal, 1989. mks. 34). Pengkritik melihat sesuatu di depan matanya dan membandingkan dengan kenyataan lain yang seharusnya dilakukan oleh manusia. Dengan demikian ia melakukan perbandingan iaitu membandingkan sesuatu yang ada dengan sesuatu yang mungkin ada. Perbuatan membanding-bandingkan objek atau kenyataan ini merupakan aspek penting dalam kritikan. Pemikiran tentang betapa pentingnya apresiasi dan kritikan drama atau teater telah muncul sejak tahun 1950an lagi dan terus berkembang sehingga kini. Dalam masa ini para pelibat teater mahupun audien telah lama mencari-cari beberapa pendekatan yang sesuai untuk memahami, menganalisis dan mengkritik bidang teater. Namun fikiran-fikiran itu tidak pernah matang, malah kegiatan kritikan itu telah berjalan secara tidak seimbang dan wajar. Kita melihat telah timbul bermacam-macam bentuk kritikan terhadap teater baik bersifat PAGE 1