DAKWAH MEDIA (original) (raw)

2016, Seminar Antarabangsa Aqidah, Dakwah Dan Syariah (IRSYAD 2016), 10 Mei 2016

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dakwah adalah sangat penting untuk dimanfaatkan sebaik dan sebijak mungkin. Kewujudan media sosial seperti facebook, twitter, whatsapp, telegram, instagram dan lain-lain menjadi wasilah kepada para da'ie pada hari ini untuk berkomunikasi dengan gologan sasaran mereka dengan lebih rapat dan mesra. Kombinasi antara elemen dakwah dan teknologi mewujudkan satu fenomena yang mampu mencetuskan natijah untuk pembangunan jiwa ummah. Namun begitu, bukan semua da'i mampu mengunakan medium ini dengan sebaiknya kerana masalah seperti penyebaran hadis palsu atau maklumat yang tidak tepat seringkali berlaku di sana sini. Ia adalah amat merugikan kerana dakwah media sosial ini mampu menjadi pelengkap kepada dakwah media tradisional dalam menyampaikan mesej Islam yang sebenarnya. Oleh itu, penulisan ini akan melihat isu ini dari perspektif al-Quran dan al-Sunnah. Ayat-ayat yang berkaitan serta hadis-hadis baginda Rasul s.a.w akan dianalisis untuk membentuk satu peraturan, strategi, pendekatan yang terbaik dalam membantu da'i berdepan dengan cabaran dakwah yang semakin hebat. Kata Kunci :Dakwah, Media Sosial, al-Quran dan al-Sunnah PENDAHULUAN Dalam dunia era globalisasi yang semakin pesat membangun ini, penggunaan internet menjadi semakin penting. Ia sudah menjadi suatu keperluan yang mesti ada dalam kehidupan sehari-harian. Kini, penggunaan internet bukan saja di kalangan orang dewasa atau yang bekerjaya, bahkan ia telah menjadi kegunaan bagi semua lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak, remaja, pelajar sekolah, dan ibu bapa. Penggunaan internet adalah pelbagai dan antaranya ialah untuk pencarian maklumat, menambahkan pengetahuan, hiburan serta untuk berbual. Penggunaan teknologi yang semakin canggih membantu manusia dalam mendapatkan maklumat dengan kadar yang begitu pantas. Malahan, pakar telah meramalkan salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah maklumat. Penggunaan media sosial seperti internet yang meluas melalui laman Blog, Facebook, Twitter, Skype, Instagram dan lain-lain di samping media massa yang sedia ada seperti akhbar, radio, televisyen merancakkan lagi penyebaran maklumat dan informasi dalam masyarakat. Justeru itu, media massa memainkan peranan dan tanggungjawab yang penting serta amanah yang sangat berat dalam menyampaikan maklumat yang benar, tepat dan berfaedah kepada masyarakat. Bukan itu sahaja, bahkan maklumat yang