Menghargai Dialektik dalam Islam: Meninjau Kritikan Ibn Sina ke atas Atomisme (original) (raw)
2019, E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan
Falsafah bernafas dengan dialektik, dan falsafah Islam tidak terkecuali. Ia merupakan sebuah tradisi yang sarat dengan dialektik, dijana oleh para faylasuf Muslim daripada aliran berbeza sejak abad ke-8M sehingga sekarang. Terdahulu, al-Kindi telah mengusulkan antitesisnya ke atas tesis hayula Yunani yang dipelopori Aristotle. Demikian juga dengan Ibn Sina yang telah melancarkan kritikan ke atas faham atomisme beberapa dekad kemudiannya. Abad ke-16 menyaksikan Mulla Sadra mencabar faham Aṣālat alMāhiyyah tajaan Suhrawardi menerusi Asfārnya. Sementara pada era penjajahan British di India, Muhammad Iqbal telah menyuarakan kritikannya ke atas epistemologi panteisme. Dan pada hari ini, negara yang dipimpin berlandaskan faham autoriti juruagama wilāyat al-faqīh telah dikritik oleh Abdolkarim Soroush sejajar dengan prinsip demokrasi. Mengambil semangat ini, maka makalah ini ditulis, dengan harapan untuk menyingkap kepentingan kritikan dalam wacana falsafah, di samping objektifnya dan kaedahnya dalam membangunkan sistem falsafah. Tanpanya, tidak ada daya yang mampu mendorong proses pembinaan pengetahuan, dan kedinamikan idea-idea falsafi yang kita kecapi hari ini tidak akan terhasil.
Loading Preview
Sorry, preview is currently unavailable. You can download the paper by clicking the button above.