PENDEKATAN KOMUNIKASI IBUBAPA MENURUT AL-QURAN BERDASARKAN KISAH NABI YA’QUB A.S. (original) (raw)

2019, 6th International Research Management and Innovation Conference 2019

Dewasa ini, ibubapa menghadapi cabaran dari segi menentukan keseimbangan antara kerjaya dan keluarga. Tambahan pula dengan kewujudan keluarga komuter dan keluarga sandwich memerlukan persefahaman antara pasangan suami isteri dan pengurusan anak-anak yang efektif. Keterhadan masa bersama anak-anak merupakan antara faktor kepada masalah hubungan dalam keluarga. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan komunikasi ibubapa menurut al-Quran. Metodologi kajian berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis ayat al-Quran secara khusus kepada kisah Nabi Ya’qub AS dalam berhadapan dengan karenah anak-anaknya. Hasil kajian merumuskan walaupun Nabi Ya’qub AS seorang rasul, baginda tidak terlepas daripada diuji dengan pelbagai ragam anaknya terutama pemisahan dirinya dengan anak yang paling dikasihi, Nabi Yusuf AS. Baginda didapati menggunakan kedua-dua bentuk komunikasi lisan dan bukan lisan. Kajian ini juga menemukan pendekatan komunikasi yang diamalkan oleh Nabi Ya’qub terhadap anak-anaknya iaitu berkasih sayang, memelihara rahsia, menyampaikan mesej dengan jelas, menggunakan bahasa yang baik, bersikap sabar dan optimis, menganjurkan diskusi, memberikan tanggungjawab, memohon keampunan untuk anak dan berwasiat dengan tauhid. Contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Ya’qub ini perlu dijadikan motivasi bagi ibubapa bekerja khususnya yang berhadapan dengan konflik menguruskan masa antara kerja dan keluarga.

Sign up for access to the world's latest research.

checkGet notified about relevant papers

checkSave papers to use in your research

checkJoin the discussion with peers

checkTrack your impact