e-Kerajaan: Ke Arah Mewujudkan Budaya e-Pengguna Dalam Kalangan Rakyat Malaysia (original) (raw)

ABSTRAK e-Kerajaan merupakan satu transformasi penawaran perkhidmatan awam daripada pihak kerajaan yang dahulunya dilakukan secara manual tetapi kini dikendalikan secara elektronik. Objektif utama pelaksanan sistem e-Kerajaan ini adalah untuk memperbaharui dan mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan jentera pentadbiran kerajaan Malaysia dan menjadi pemangkin kepada pembangunan MSC. Seiring dengan pembangunan e-Kerajaan, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menggalakkan orang ramai menggunakan aplikasi ini. Malangnya jumlah rakyat Malaysia yang menjadi pengguna aplikasi e-Kerajaan (atau dikenali sebagai e-Pengguna) adalah masih rendah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi penggunaan e-Kerajaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kajian juga turut mengenal pasti keperluan dan permintaan rakyat terhadap sistem e-Kerajaan yang mampu mendorong mereka untuk menjadi e-Pengguna secara berterusan. Sebanyak 700 borang soal selidik diedar di sekitar sembilan daerah dalam negeri Selangor. Soalan yang diedar meliputi kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar Selangor. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil analisis mendapati faktor umur, bangsa, tahap pendidikan dan kumpulan perkhidmatan e-Pengguna mempengaruhi tahap penggunaan sistem aplikasi e-Kerajaan Malaysia. Selain itu, faktor pemilikan dan kemudahan ICT serta kemahiran penggunaan teknologi maklumat juga mempengaruhi penggunaan aplikasi ini. Saluran alternatif capaian e-Kerajaan, khidmat bantuan dalam talian dan kemudahan pusat capaian internet awam pula merupakan keperluan utama yang diinginkan oleh rakyat untuk memudahkan penggunaan sistem e-Kerajaan. Faktor dan keperluan ini dipercayai mampu meningkatkan jumlah e-Pengguna sistem e-Kerajaan dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan Malaysia. Kajian lanjut untuk mengenal pasti medium promosi yang berkesan untuk meningkatkan tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap sistem e-Kerajaan turut dicadangkan.

Sign up for access to the world's latest research.

checkGet notified about relevant papers

checkSave papers to use in your research

checkJoin the discussion with peers

checkTrack your impact