AMINUDDIN BAKI (original) (raw)

satu nama yang tidak asing lagi di Malaysia khususnya di dalam dunia pendidikan. Sudah hampir 50 tahun beliau meninggal dunia, tetapi semangat perjuangannya di dalam bidang pendidikan masih dapat dirasai sehingga sekarang. Sumbangan idea dan keringatnya juga memang tidak dapat dinafikan. Pada tanggal 26 Januari 1926, bumi Malaysia bertuah kerana dikurniakan seorang pejuang Melayu, Aminuddin bin Baki. Beliau dibesarkan di sebuah perkampungan Mandailing di Chemor bersama tujuh adik-beradiknya yang lain. Pejuang pendidikan ini telah dibesarkan dan diberi didikan yang secukupnya. Pada usia kecilnya, beliau menerima didikan di sebuah sekolah atap iaitu Sekolah Melayu Chemor antara 1932 hingga 1936, dan didikan agama Islam pada sebelah petang dan malam di bawah tunjuk ajar Ustaz Dahlan. Setelah itu, beliau menyambung pendidikannya di Sekolah Anderson, Ipoh dan telah berjaya melayakkan dirinya menduduki Special Malay Class. Beliau belajar dari tahun 1936 sehingga tahun 1941. Beliau seorang yang tekun dan sangat mencintai ilmu. Beliau juga sentiasa mengingatkan anak-anak Melayu untuk kuat berusaha dan mementingkan ilmu. Antara kata-kata beliau : "Tiada miskin seorang pelajar kerana sedikit harta dan keluarga, Tetapi miskin seorang pelajar kerana sedikit ilmu dan amal. Tiada kaya seorang hartawan kerana banyak harta dan keluarga, Tetapi kaya seorang hartawan kerana banyak ilmu dan amal." 1 Kedatangan tentera Jepun ke Malaysia telah menghantar pula beliau ke Sekolah Convent Jalan Gopeng di Ipoh untuk mempelajari kursus bahasa Jepun, Kamigayo. Setelah lulus di dalam kursus ini, beliau telah melayakkan diri beliau 1 Rozeman Abu Hassan. Biografi Aminuddin Baki Arkitek Pendidikan Negara, 2008 : Kuala Lumpur, ms 23.

Sign up for access to the world's latest research.

checkGet notified about relevant papers

checkSave papers to use in your research

checkJoin the discussion with peers

checkTrack your impact