KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA PEMIKITAN i-THINK MEMBERI KESAN TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR (original) (raw)
TAJUK KAJIAN : KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA PEMIKITAN i-THINK MEMBERI KESAN TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR BAGI TEMA BUMI DAN ALAM SEMESTA TAHUN 5 1.0 PENGENALAN : Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal untuk meningkatkan kemampuan intelek pelajar berfikir secara kritis dan kreatif dan ianya adalah selari dengan penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Penghasilan ideaidea baru oleh pelajar dapat dilakukan apabila pelajar dapat berfikir secara kritis dan kreatif dengan mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang diterapkan oleh guru di dalam proses pengajaran mereka. Proses ini dapat dijalankan dengan menerapkan kepada pelajar-pelajar melalui soalan-soalan beraras tinggi dan kaedah penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan. Jenis-jenis kemahiran berfikir terdapat dalam pelbagai aliran pemikiran dan pandangan. Kemahiran berfikir ini dapat dibahagikan kepada dua jenis secara amnya iaitu KBKK. Di dalam mata pelajaran Sains Sekolah Rendah, terdapat banyak kemahiran-kemahiran berfikir yang telah disenaraikan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dilaksanakan di dalam proses pengajaran guru di dalam atau luar kelas bagi meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.
Loading Preview
Sorry, preview is currently unavailable. You can download the paper by clicking the button above.