Ciri-ciri senibina landskap sekolah di Lembah Klang-Langat (Landscaping the environment for learning in Malaysia: The characteristics of the Klang-Langat Valley’s school landscapes) (original) (raw)

Ciri-ciri senibina landskap sekolah di Lembah Klang-Langat

2014

Di samping menambah keindahan persekitaran, dengan reka bentuk berkonsep dan ciri tertentu landskap sekolah seharusnya boleh berfungsi membantu proses pembelajaran dan pendidikan. Ciri-ciri landskap sekolah di Malaysia masa kini masih belum menggambarkan prinsip asas falsafah pendidikan negara. Artikel ini bertujuan untuk mengklasifikasi cirri dan mengenal pasti konsep landskap sekolah di Lembah Klang-Langat. Bagi tujuan itu kajian ini menggunakan data primer yang dikutip melalui cerapan di lapangan menggunakan kaedah senarai semak terhadap 104 buah sekolah di Lembah Klang-Langat yang dipilih secara rawak berstrata; dan data sekunder yang diperoleh daripada pelbagai agensi berkaitan. Hasil kajian menunjukkan 44.6% landskap sekolah di wilayah ini cenderung berkonsepkan landskap buatan, khususnya sekolah di bandar. Konsep landskap lain yang popular termasuklah English dan Nusantara. Dari segi tipologi 89.4% merupakan landskap tradisional. Rata-rata landskap sekolah dihiasi dengan komponen kejur seperti tangga taman, pasu bunga, papan tanda, perabut taman, mural dan gazebo. Pokok peneduh, renek, penutup bumi, rumput, pokok buah-buahan dan herba merupakan komponen lembut yang popular. Kolam ikan dan pancuran pula adalah komponen buatan yang sering ditemui. Elemen fasiliti yang popular pula termasuklah pondok pengawal, tong sampah, laluan pejalan kaki, petak letak kereta dan but telefon. Komponen fauna yang popular pula meliputi burung dan rama-rama. Sedangkan komponen flora yang utama meliputi bunga kertas bagi spesies pokok renek, pandan wangi bagi spesies herba dan rumput kerbau bagi spesies penutup bumi. Penilaian dari segi estetika menunjukkan majoriti landskap sekolah yang dicerap hanya pada tahap sederhana menarik sahaja. Keseluruhan hasil kajian ini cenderung untuk menunjukkan bahawa landskap sekolah di Lembah Klang-Langat belum dimajukan sehingga dapat berfungsi menyokong proses pembelajaran.

Perancangan dan pengurusan landskap di Klebang, Melaka

Malaysian Journal of Society and Space, 2020

Perancangan dan pengurusan landskap memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelestarian landskap dalam pembangunan sesebuah kawasan rekreasi. Perlaksanaan perancangan landskap yang terancang dapat meningkatkan kualiti kawasan rekreasi dan dalam masa yang sama memastikan keharmonian masyarakat terpelihara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemudahan dan elemen landskap sama ada mencukupi atau tidak. Selain itu, kajian ini juga mengkaji tahap kepuasan masyarakat terhadap perancangan landskap serta memberikan cadangan konsep pembangunan landskap yang sesuai di kawasan kajian. Kawasan kajian yang dipilih ialah Dataran 1Malaysia Klebang, Melaka. Kaedah kajian yang digunakan iaitu temu bual informal, kaedah soal selidik dan pemerhatian di lapangan. Sampel kajian yang diambil ialah seramai 80 orang responden berdasarkan teknik persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek perancangan, pembangunan, perlaksanaan dan pengurusan landskap di kawasan kajian berada di tahap sederhana dan perlu diperbaiki untuk mencapai tahap kelestarian yang lebih baik. Beberapa cadangan penambahbaikan seperti penambahan terhadap pokok teduhan dan renek yang mencukupi, pembangunan elemen air, penambahbaikan laluan pejalan kaki, penambahbaikan terhadap perabot taman dan elemen landskap kejur dan elemen landskap lembut di sekitar kawasan kajian. Ini penting untuk memastikan matlamat asal penubuhan kawasan rekreasi sebagai kawasan riadah serta untuk kesejahteraan hidup masyarakat dapat dicapai.

The Mapping of Geography Courses at Universiti Pendidikan Sultan Idris with a Standard Curriculum for Secondary School in Malaysia/ Pemetaan Kursus Geografi di Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah di Malaysia

Sains Humanika, 2019

The purpose of this article is to map the curriculum of Bachelor of Education in Geography programme with the Standard Document of Curriculum and Assessment (DSKP) in school. An analysis of document been implemented to examine the linkages between the geography curriculum at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) towards the geography subject in Standard Curriculum for Secondary School (KSSM) of form one, two and three. The relationship matrix of paralleled themes was identified with the ATLAS.ti software. The themes examined comprised of physical geography, human geography and geographic skills. The results showed that 14 out of 16 courses of BED Geography were parallel with the Geography DSKP for form 1 to 3. There were eight topics in the DSKP of KSSM Geography that were not related in any Geography BED Instructional Plan, which involved two form 1 topics, titled Kedudukan and Lakaran Peta Malaysia; three form 2 topics, namely Telekomunikasi di Malaysia, Jenis dan Kemajuan P...

Analisis terhadap pembangunan landskap hutan rekreasi di Selangor,Malaysia

2013

Pembangunan landskap hutan-hutan rekreasi di Malaysia dilaksana dan diurus oleh pihak Jabatan Perhutanan. Namun, perkembangan pesat yang dialami oleh kawasan tersebut menyebabkan pengurusan hutan rekreasi berkenaan diserahkan kepada pihak lain seperti lembaga pelancongan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Senario ini telah menyebabkan pembangunan landskap hutan rekreasi menerima impak yang besar ekoran pembangunan kawasan lebih menekankan kepada kaedah untuk memperoleh sumber pendapatan untuk mengurus dan juga keuntungan. Hal ini menggugat kelestarian kawasan berkenaan. Keadaan ini timbul disebabkan oleh dua isu utama,iaitu isu pembangunan dan isu pengurusan. Kedua-dua isu tersebut telah menyebabkan beberapa kawasan hutan rekreasi mengalami kegagalan kerana kekurangan pengunjung dan tidak mendapat sokongan masyarakat setempat. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis perlaksanaan pembangunan tiga tapak landskap hutan rekreasi di Selangor sebagai kes. Dua kaedah kajian digunaka...

GARIS-GARIS BESAR PROGRAM PENGAJARAN (GBPP) (Pakai Format Landscape

KODE MATA KULIAH/SKS : K3 TDY 34 DESKRIPSI SINGKAT ISI MK : Kuliah ini merupakan perkenalan dasar dengan salah satu kebenaran iman Kristen. Kekristenan mengakui bahwa Allah menyelamatkan manusia karena cinta kasih-Nya yang tak terhingga. Kasih yang menyelamatkan itu mencapai puncak pernyataannya dalam fakta Allah sendiri menjadi manusia melalui penjelmaan Sabda-Nya. Sebagai manusia Sang Sabda disebut Immanuel dengan nama personal Yesus Kristus dari Nazaret. Ia menyatakan kasih Allah yang menyelamatkan manusia melalui seluruh peristiwa hidupnya. Ia berkeliling dari kota ke kota dan dari desa ke desa sambil mengajar dan berbuat baik. Ajaran dan karyanya, dan terutama melalui sengsara wafat dan kebangkitan-Nya menjadi pelaksanaan kehendak dan rencana Allah di antara manusia. Karena itu setiap pertemuan menjadi kesempatan perjumpaan antara mahasiswa dengan peristiwa hidup Yesus, ajaran dan karyanya sebagai jalan menuju pengenalan, pemahaman dan penghayatan akan pengakuan iman Kristen yang dinyatakan oleh kaum beriman dalam gelar-gelar Yesus.

Penilaian karektor landskap melayu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia

2008

Kajian karektor landskap Melayu ini meliputi senibina landskap yang berteraskan kepada fungsi dan budaya. Karektor ini terdiri daripada dua komponen penting dalam pembentukan landskap Melayu iaitu tanaman dan perabot laman. Setiap komponen ini mempunyai nilai budaya dan kesenian tersendiri serta mempamerkan simbol budaya Melayu yang wujud di dalamnya. Nilai budaya Melayu yang tertakluk kepada kepercayaan, alam fikir dan budaya fikir masayarakat Melayu yang berkait rapat dengan adat dan budaya kehidupan Melayu menjadi asas kepada kosmologi Melayu. Ini ditunjukkan secara tersirat dalam parameter kajian ini iaitu melalui aspek rekabentuk, kesenian, susunatur, simbol dan fungsi. Elemen-elemen yang terdapat di persekitaran kawasan kediaman Melayu mempunyai nilai dan simbolisme yang tersirat yang dapat difahami dengan penghayatan terhadap maksud yang hendak disampaikan sama ada dari aspek budaya mahu pun fungsinya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif dalam mengenalpasti elemen dan komponen landskap Melayu secara fizikal mahupun metafizikal. Kaedah kualitatif merangkumi aspek simbolisme dalam landskap Melayu yang diperolehi melalui pemerhatian dan temubual yang dibuat terhadap penghuni rumah. Kaedah kuantitatif pula digunakan untuk mendapat taburan komponen-komponen yang terdapat di dalam kediaman rumah Melayu bagi menentukan jenis, fungsi dan kesamaan secara keseluruhan. Data-data yang diperolehi daripada kajian ini, memperjelaskan terdapatnya unsur fungsi dan simbol tertentu dalam setiap elemen-elemen landskap persekitaran yang secara langsung atau tidak langsung membuktikan kewujudan landskap Melayu. Di akhir kajian, beberapa karektor landskap Melayu dikenalpasti sebagai panduan merekabentuk sebuah landskap Melayu yang bersesuaian dengan persekitaran moden.

Permodelan fizikal bagi kajian muara Sungai Langat

Jurnal Kejuruteraan, 2006

Kajian ini meneliti perilaku plum sedimen semasa memasuki laut. la menggunakan model fizikal dan teknik penderiaan jauh. Namun begitu, kertas ini hanya membincangkan penggunaan model fizikal dalam kajian sedimen terampai di kawasan Muara Sg. Langat. Pemodelan muara ...

Kompleks Gelinciran Tanah Kundasang: pemetaan terperinci di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang (The Kundasang Landslides Complex: a detailed mapping of the Kundasang National Secondary School area), Sabah

Bull Geol Soc Malaysia

Kerosakan paling meluas akibat gelinciran tanah di Kundasang, Sabah berlaku di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang dalam daerah tersebut. Pemetaan geologi kejuruteraan terperinci telah dilakukan di kawasan sekolah untuk menentukan faktor penyebab ketakstabilan tanah dan kerosakan pada beberapa struktur binaan. Hasil pemetaan menunjukkan ketakstabilan berpunca daripada pergerakan pada dua sistem gelinciran tanah berskala besar yang dinamakan sebagai K2 dan KS. Tapak sekolah ini terletak pada sempadan antara dua sistem tersebut yang juga merupakan sebahagian daripada kesatuan gelinciran tanah yang lebih besar yang dinamakan Kompleks Gelinciran Tanah Kundasang. The most extensive damage incurred by the landslide at Kundasang, Sabah occurred at the Kundasang National Secondary School. A detailed engineering geological mapping of the school area was carried out to ascertain the causing factor for the ground instability and the extent of damage on several man-made structures. The results show that the instability arises from movement of two large scale landslide systems designated previously as K2 and KS. The school straddles the boundary between these two landslide systems which form a part of the large Kundasang Landslide Complex.